Sunday, April 4, 2010

Pengetua Sekolah Abu Bakar meninggal ketika mesyuarat

TEMERLOH, 4 April: Pengetua Sekolah Menengah Abu Bakar, Puan Fakriyyah, 56, meninggal dunia mengejut hari ini ketika Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) hari ini, dipercayai akibat serangan jantung.

Menurut sumber, Allahyarhamah yang sebelum ini lama berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab, dikatakan tidak sedarkan diri ketika mesyuarat, hampir tumbang tetapi sempat disambut. Beliau disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Beliau meninggalkan suami yang dikenali sebagai Zul.

No comments:

Post a Comment