Friday, April 9, 2010

BN kalah jika Palanivel calon

oleh SAK MONGKOL

Saya belum pergi round kat Hulu Selangor lagi secara menyeluruh. Semasa saya berkunjung ke Hulu Bernam tempoh hari, saya melihat parti yang memerintah Selangor sedang giat membuat persiapan. Bendera parti PAS ada di serata tempat.

Saya harap orang UMNO sudah membiasakan diri dengan kesedaran bahawa di negeri Selangor , UMNO ialah parti pembangkang. Jadi bila kita golongan pembangkang, perlakuan kita jangan lah angkuh sangat. Tutur kata kita biar lah berpada. Biar pandai merendah diri. Lagi pun UMNO tidak mampu lagi mengaku bahawa ia mewakili orang Melayu. Semasa PRU 2008, calun UMNO hanya dapat 2 juta lebih undi. Selebih nya, 3.7 juta orang Melayu termasuk ahli UMNO tak sokong calun UMNO.

Selangor negeri yang terkaya di Malaysia di kuasai oleh pembangkang. Kita mesti ingat kerajaan PR tidak memerlukan bantuan kerajaan pusat untuk membangunkan negeri. 'kemerdekaan' yang lahir dari kekuatan ekonomi, membentuk fikiran dan minda yang juga merdeka. Apabila minda rakyat sudah merdeka, cara kempen yang lama, sudah tidak boleh di pakai lagi. Kita tak boleh ugut2, kita tak boleh marah marah.

Apa yang boleh di buat oleh MP2 dari BN dalam negeri Selangor? Jika mereka membawa pembangunan, rakyat akan kata, lihat- kepentingan kita tidak terancam walaupun negeri di kuasai oleh pihak lawan. Makanya, jika mereka terus meyokong parti lawan BN, kemajuan kawasan tidak terjejas. Bahkan mungkin lebih rancak, sebab BN nak bukti bahawa mereka lebih perihatin. Apatah lagi, jika kemenangan di HS kali ini sangat bererti kepada penerimaan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib. Kemajuan dan imbuhan akan mengalir betul2 macam ampang pecah.

Jika mereka tidak membawa pembangunan , rakyat akan menolak mereka dalam pilihanraya yang akan datang. Maka nya, sama ada rakyat pilih MP BN atau tidak, bukan lah perhitungan yang sangat penting.

Jadi, sokongan rakyat tidak lagi bergantung kepada cakap membawa kemajuan atau tidak. Tapi sokongan rakyat akan di tentukan oleh siapa, kualiti dan keperibadian calun. Kalau calun tidak tepat, rakyat akan tolak. Walaupun di sokong oleh jentera BN seluruh Negara.

Sebab itu, dalam pilihanraya kecil HS, saya melihat ia sebagai pilihanraya yang mungkin bermasaalah untuk BN.

Ini pilihanraya kecil. Pada saya, perkara menjaga sensiviti parti komponen bukan suatu perkara yang mustahak berbanding dengan perhitungan dalam pilihanraya umum. MIC di bawah Samy Velu bukan lagi parti politik kaum India yang signifiken. Hanya perasaan menjaga sensiviti sahaja menyelamatkan parti MIC. Kepada saya kerana fakta fakta ini, apa yang MIC fikir tidak releven untuk kita buat masa ini. Biar mereka buktikan kerelevenan mereka dahulu. Dia nak meraung ke, Samy Velu nak buka baju ajak kita bertumbuk ke, semua nya tidak relevan.

Yang lebih mustahak ialah memenangi pilihanraya kecil ini. Dan suka atau tidak suka, kemenangan kita bergantung kepada calun yang di pilih.

Kita nak cakap mengenai kemajuan? Kemajuan yang di pentingkan oleh rakyat ialah apa yang mereka boleh nikmati secara lansung segera dan secara peribadi. Beri duit RM 100 seorang, Beri hak milik tanah yang ketika masa Mat Taib dan Khir Toyo, amat sukar di perolehi kecuali anda dari Demang Lebar Daun. Ini kepada mereka lebih penting daripada isiu buat atau tak buat university atau buat atau tak buat pusat PERMATA.

Bila MB Selangor beri hak milik kepada mereka yang menduduki tanah, saya tidak heran. Orang UMNO pun tidak perlu heran. Ini perkara yang biasa di lakukan oleh menteri besar dalam negeri2 yang BN memerintah. Jadi kita tidak dapat guna isiu memberi 'imbuhan kerana pilihanraya' sebagai modal kempen. Sebabnya, pihak lawan kita akan guna tektik yang sama. Bahkan bila PM Najib melawat kawasan FELDA dalam kawasan Hulu Selangor, ucapan PM pun di anggap sebagai ucapan yang mengugut.

Kawasan parlimen HS ada 3 DUN- Batang Kali, KKB dan Hulu Bernam- ketiga tiga nya di kuasai oleh UMNO/BN. Diatas kertas, kawasan parlimen HS sepatutnya di menangi oleh BN. Apa yang ada dalam 3 DUN tersebut? Common denominator yang didepan mata kita ialah- ke3 DUN tersebut berwakilrakyatkan orang Melayu. Ini lah common denominator yang membayangkan citarasa pengundi. Arwah Dr Zainal orang Melayu- maka atas dasar ini lah beliau menang dalam pilihanraya 2008 dahulu.

Kenyataan yang tidak dapat di sangkal ialah bahawa suara rakyat HS menuntut ahli parlimen nya juga orang Melayu. Jika kita membelakangkan perhitungan ini, maka sukar sedkit kita meramalkan kemenangan BN sebagai terjamin.

Saya sempat bercakap dengan beberapa orang pengundi dalam HS- mereka mengakui bahawa tidak kenal dengan arwah Dr Zainal ketika dia menawarkan diri sebagai MP kawasan. Dan saya ingin sebut disini bahawa orang2 yang saya jumpa ialah orang UMNO. Tapi mereka undi Dr Zainal sebab dia Melayu dan calun BN ialah Palanivel.

Rakyat menolak Palanivel sebab dia bukan calun Melayu. Sama ada pembaca mahu mengangap ini sebagai kenyataan rasis atau tidak, ianya adalah kenyataan. Takkan saya nak sebut Palanivel Indiaputra?

Itu yang pertama. Kedua, rata rata nya orang beranggapan bahawa Palanivel tidak buat kerja semasa jadi MP HS. Siapa peduli apa awak tulis dalam website? Sesiapa pun boleh tulis dan letak gambar apa apa dalam website. Jika sudah ada 2 perkara mudharat- rakyat tidak hendak dan awak tidak berkerja, macam mana Palanivel mahu menang? Orang India pun akan menolak calun MIC sebab mereka lebih mahu mengajar Samy Velu. Ertinya, orang India ada motivasi yang lain untuk membiarkan calun MIC di kalahkan.

Lihat kepada demografi kawasan HS. Menurut Suruhanjaya Pilihanraya, terdapat 64,500 pengundi berdaftar di HulSel Ini termasuk 799 pengundi pos. Dari jumlah pengundi itu:- 53peratus Melayu, - 26 Cina, - 19 India.- 2 peratus Orang Asli and bangsa lain. Sudah pasti jumlah pengundi inilah yang akan di cumbui oleh BN dan PR

Katalah yang keluar mengundi ialah sebanyak 80% atau lebih kurang 50,000 orang.
Bagaimana rakyat mengundi? Rakyat akan undi mengikut citarasa perkauman.

* Daripada 50,000, pengundi Melayu sebanyak 26,500. Dari jumlah ini BN munkin hanya dapat 45% iaitu sebanyak 12,000.

* Dari 50,000 jumlah pengundi cina yang keluar mengundi ialah 13,000 orang. BN mungkin hanya dapat 10% undi orang cina atau sebanyak 1500.

* Daripada 50,000 tersebut, pengundi India hanya 19% atau 10,000.

Berapa pengundi India yang MIC mampu serahkan kepada BN? Paling kuat saya rasa 40% atau hanya 4,000 orang.

Jika kita jumlahkan semua pengundi ini, 12,000+1500+4000= 17,500 sahaja. Diatas kertas, calun BN jika dari parti MIC hanya ada undi asas sebanyak 17-18,000 sahaja.
Apakah faktor yang boleh menambahkan jum;lah 17, 500 kepada jumlah yang memenangkan BN? BN memerlukan 10,000 lagi untuk menang di HS.

~ Sak Mongkol ialah bekas Adun Pulau Manis, Pekan (2004 - 2008)

No comments:

Post a Comment