Thursday, April 1, 2010

Awang Sulung Lembah Klau buat gila lagi!

Oleh ARIS FEZUL ISMAIL



RAUB:
Cerita Pengurus Felda Lembah Klau, Awang Sulung belum berakhir. Beliau yang bertanggungjawab merehatkan 3 orang peneroka termasuk yang berusia 72 tahun di lokap polis IPD Raub dan kemudiannya mengepong rumah Hj Borhan tempat Mazlan Aliman sedang berdailog, seterusnya membawa kepada penahanan Mazlan dua hari di lokap sama, beberapa hari lepas buat gila lagi.

Kali ini mangsanya ialah Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang ingin bertemu ahli ahli PAS di Markaz Cawangan. Awang Sulung seperti sebelumnya mengarahkan pihak keselamatan Felda (FELSCO) membuat 'roadblok' di jalan masuk ke Felda tersebut. Dia mengambil alih kerja polis untuk jaga pimpinan PAS.

Awang Sulung bagi alasan tidak ada permit sedangkan ceramah di markas tidak perlukan permit. Selepas Dato Tuan bertegas, ceramah dapat dijalankan. Tetapi ceramah tidak boleh guna pembesar suara. Selepas jam 12 malam mesti keluar.

Pengurus Felda yang berlagak sebagai polis tunggu hingga jam 12. Selepas itu dia datang lagi meminta Dato Tuan segera bersurai. Gelagatnya dia macam OCPD! Yang nyatanya Awang Sulung sudah mengambil alih tugas Umno untuk mengganggu ceramah PAS yang di sisi undang-undangnya tak perlukan permit. Dato Tuan sempat nasihatkan dia, jangan sibuk hal politik, lebih baik balik tidur!

Semasa beliau dia mengganggu ceramah Mazlan, mungkin ada yang berkata si Awang Sulung bertindak 'macam orang gila', tapi bila dia teruskan perangai buruknya, bolah lah saya pinjam ayat ayat dari sajak Dinsman,'dia benar benar gila'.

Peguam Fadhli tolonglah percepatkan fail saman ke atas Awang Sulung sebelum dia betul betul gila. Bimbang nanti mahkamah lepaskan dia kerana di sahkan gila!

NOTA EDITOR: Ada tiga perkara yang patut direnungkan, barangkali Awang Sulung gagal belajar daripada bekas OCPD Rompin Hanapi Daud yang didapati bersalah menceroboh markas PAS dalam kes saman oleh Dr Hatta, juga banyak kes-kes lain polis bersalah.

Kedua, beliau tidak sedar sebenarnya Felda buakn sebauh kerajaan sdn bhd. malah masih berada dalam negeri Pahang, yang mana tanah-tanah Felda tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri.

Ketiga, Awang Sulung terlalai bahawa beliau hanya makan gaji dengan Felda yang turut sama-sama dibangunkan dengan titik peluh peneroka. Jika beliau merasa mahu berkhidmat dengan Umno, elok letak jawatan dan masuk bertanding pilihan raya!

No comments:

Post a Comment