Wednesday, March 31, 2010

Orang Asli Bukit Rok bangkit bantah agensi kerajaan ceroboh tanah

TEMERLOH: Orang Asli Bukit Rok memfailkan tuntutan bagi menghalang kerajaan Pahang daripada memajukan tanah seluas 2,023 hektar di Padang Kepayang, Bera.

Mereka mendakwa tanah berkenaan adalah tanah adat dan kawasan rayau hak milik Orang Asli kerana tanah itu telah diakukan oleh nenek moyang mereka sejak sebelum Perang Dunia Kedua.

Dakwa mereka lagi, terdapat dokumen pengakuan daripada kerajaan semasa pemerintahan penjajah Inggeris memperuntukan tanah tersebut milik mereka. Namun yang menjadi pertikaian status rizab Orang Asli tidak dimasukkan ke dalam pelan di pejabat daerah.

Dengan ketiadaan status tersebut pelbagai pihak boleh sewenang-wenangnya menceroboh termasuk pihak kerajaan atas alasan memajukan kawasan.

“Jadi kes ini boleh dianggap kes kerajaan lawan rakyat. Kerajaan menidakkan hak kami melalui eksplotasi undang-undang sehingga kami terpaksa berlawan dengan kerajaan di mahkamah, sedangkan tanah yang mahu dimajukan bagi pihak lain itu terang-terang hak milik kami sejak turun-temurun,” kata Rosmani yang menyaman kerajaan.

1 comment:

  1. Lawan yik...lawan..amek saudara nizam jd loyer..kerajaan bn pahang nk bengkrap dah..
    yik tak ade duit boleh la dia orang buli yik...tengok cina senang senag je bukak tanah haram beribu hektar,lepas tu dapat geran lak...cina tu banyak duit..
    Ramai lagi orang nak saman kerajaan pahang ni..tak lama lagi ada orang saman pejabat tanah.Kerajaan dah tak ada duit.'rakyat didahulukan' masa susah je..ada yang kena bayar cukai untuk 10 tahun akan datang.kenapa yik?KERAJAAN DAH BENGKRAP!!yik baca la sinar harian,macam macam cerita yang benar.Akhbar kerajaan tu keputusan nombor ekor aje yang benarnya..yang lain semua menipu!pilihan raya ni nanti ramai ramai kita pangkah pas.kalau pangkah bn maka akan menyumpit dalam pekan la yik jawabnya!apa taknya?tanah hutan yik kerajaan dah rampas!

    ReplyDelete