Wednesday, April 14, 2010

Zaid Ibrahim calon Pakatan PRK Hulu Selangor

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, 59, dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan Zaid telah diistiyharkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira jam 11:25 minit malam tadi dihadapan lebih 5,000 ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di dewan Pusat Komuniti Serendah, Hulu Selangor.

Turut hadir dari PAS Presidenya, Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung, Mustapa Ali dan Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli.

Lain-lain pemimpin Pengarah Pilihan Raya Pas, Abdul Halim Abdul Rahman, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Mohd Hassan Ali ahli jawatankuasa agung Pas, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Dr Mariah Mahmud, Siti Zailah Yusuf. Turut kelihatan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Khalid Samad dan lain-lain.

Manakala pemimpin DAP pula yang hadir, Dr Tang Seng Giaw dan Ronnie Liu.

Semua pemimpin PKR termasuk peresiden, Dr Wan Azizah Ismail hadir. Mereka yang lain, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Md Akim, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fauziah Salleh, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon BN Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan 25 April ini.

No comments:

Post a Comment