TEMERLOH, 3 April: Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hasan hari ini merasmikan Muktamar PAS Kawasan Temerloh kali ke-23, menggantikan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali di Darul Amin, Sungai Gau.
Serentak dengan itu, beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan merasmikan pelancaran kutipan dana bangunan baru Markas Darul Amin yang bernilai kira-kira RM400 juta.
Beliau juga turut diberi penghormatan menyerahkan cek bayaran kepada tuan tanah Markas PAS Darul Ansar, Chempaka, Lanchang.Takiyuddin, selaku Bendahari Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPP) dalam ucapannya, banyak menekankan keperluan mempersiapkan jentera dan keperluar pilihan raya kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja berdasarkan keperluan semasa Umno/BN.
Kira-kira 200 perwakilan menghadiri muktamar yang berlanjutan hingga ke petang itu.
Beberapa usul telah diterima tanpa bahas manakala dua usul daripada AJK PAS Kawasan telah dibahaskan dengan hebat dan panas.
Usul tersebut ialah: 1. MENDESAK KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI YANG DIKUASAI PAS MEWUJUDKAN JAWATANKUASA HISBAH (OMBUDSMAN) SUPAYA MENJADI PEMANTAU DAN PEMANDU KEPADA WAKIL-WAKIL RAKYAT, PEMIMPIN DAN KAKITANGAN KERAJAAN DARIPADA PENYELEWENGAN, RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA. JUSTERU SUDAH TENTU DAPAT MEMPERTINGKATKAN MARUAH ISLAM DAN PARTI SENDIRI DI MATA UMUM.
2. MENDESAK PAS PUSAT AGAR TIDAK MELANTIK PENGERUSI JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI DARIPADA KALANGAN AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT SEBALIKNYA HENDAKLAH DILANTIK DI KALANGAN AHLI PAS YANG PROFESIONAL, VETERAN DAN BERKELAYAKAN. INI DEMI UNTUK MENJAGA KEWIBAWAAN DAN KREDIBILITI BADAN ITU SENDIRI AGAR TIDAK DILIHAT BERKEPENTINGAN. SERENTAK DENGAN ITU KEKANGAN PERLEMBAGAAN PARTI HENDAKLAH DIPINDA BAGI MEREALISASIKAN KEHENDAK DI ATAS.
No comments:
Post a Comment