Anak-anak saya bercerita, juri rancangan Raja Lawak terbaru itu telah jatuh sakit mengejut, iaitu demam denggi berdarah. Rupa-rupanya anak-anak saya ikuti perkembangan ‘artis pujaannya’ itu.
Pagi ini Apabila membuka internet dalam satu portal berita, Din Beramboi disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.
Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi, tetapi sempat ke udara dalam rancangan tetapnya sebelum itu.
“Patutlah Din Beramboi bagi wasiat minta Alex (peserta akhir Raja Lawak) ambil alih tempatnya dalam rancangan pagi di Radio Era itu, abah,” kata anak sulung saya.
Nampaknya dia lebih tahu dari saya tentang hal-hal seperti ini!
No comments:
Post a Comment