Oleh MAZLAN MOHD YASIN
ROMPIN: Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Rompin kali ke 26 pada 17 April telah dirasmikan oleh En.Roslan bin Zainal al-Ahmadi, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang.
Mesyuarat di Markas Sepakat, Kuala Rompin itu telah dihadiri lebih 200 orang perwakilan dan pemerhati dari tiga DUN dari seluruh Kawasan Rompin , iaitu DUN Tioman, DUN Muadzam Shah dan DUN Ibam.
Dalam ucapannya antara lain Roslan telah mengingatkan tentang perlunya pimpinan dan ahli di semua peringkat mendokong Pelan Induk PAS Pahang (PIPP) bagi memenangi PRU 13 dan menawan Negeri Pahang.
Di samping itu juga pemimpin di peringkat kawasan perlulah menjadi murabbi kepada pimpinan dan ahli diperingkat cawangan. Murabbi bermaksud mampu berperanan sebagai fasilitator , moderator dan executor .
Mesyuarat berakhir pada jam 3.00 petang setelah meluluskan tiga usul untuk diangkat ke Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung pada Jun,2010 di Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment