Thursday, April 8, 2010

Umno perguna PPD, PAID anjur program



Oleh DPP ROMPIN

ROMPIN: Dalam mendabik dada merekalah juara rakyat umno terus dengan rakus mempergunakan segala kemudahan kerajaan dan jabatan tertentu untuk mencapai cita-cita politik mereka. Jika dalam pilihanraya Hulu Selangor yang bakal diadakan beberapa hari lagi golongan Mahasiswa awal-awal diingatkan agar tidak terlibat berkempen dan berpolitik terutamanya yang memihak Pakatan Rakyat. Kononnya mereka tidak akan sekali-kali mempolitikkan sistem persekolahan dan pendidikan negara. Tapi apa yang sebaliknya berlaku di Rompin.

Jika sebulan yang lalu kebanyakan ibu-bapa di sebuah sekolah di Keratong terkejut dengan tindakan sebuah sekolah menjemput Timbalan ketua bahagian umno Rompin yang bukan `YB’ dan tidak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan untuk merasmikan mesyuarat agung PIBG, kini lain pula ceritanya. PAID anjur

Baru-baru ini kami mendapat satu laporan bersama salinan bukti yang umno sekali lagi menggunakan institusi Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Agama Islam Daerah untuk menganjurkan program yang dinamakan `seminar agama dan pendidikan’.

Program ini dianjurkan oleh umno bersama jabatan tersebut bagi para guru , pegawai dan pelajar-pelajar sekolah. Satu surat pekeliling yang beralamatkan Pejabat Pelajaran Daerah Rompin itu terang-terang meletakkan umno di awal ayat berbanding pejabat pelajaran dan pejabat agama Islam. Apakah peranan umno dalam hal ini?

Tidak bolehkan pejabat pelajaran daerah dan pejabat agama menganjurkan program ini secara bersama tanpa melibatkan umno?

Apakah agenda di sebaliknya sehingga peranan umno seakan terlampau penting dalam urusan ini sehingga boleh bekerjasama dengan jabatan kerajaan? Atau adakah dasar baru satu malaysia membolehkan parti-parti politik tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat bekerjasama dengan mana-mana agensi atau jabatan kerajaan jika alasannya untuk kepentingan pelajar?

Ini seakan mencerminkan kakitangan kerajaan tidak cekap dan tidak ada kemahiran untuk menganjurkan program bagi para pelajar sehingga terpaksa melibatkan `kemahiran’ umno untuk menjayakannya. Ini juga adalah satu tamparan hebat bagi para pegawai kerajaan yang ingin menjalankan tugas untuk negara dan rakyat tanpa apa-apa kepentingan tapi seakan di bayangi oleh bayang-bayang umno.

Pas Kawasan Rompin mengutuk keras tindakan ini dan berharap agar pihak pihak bertanggungjawab menyiasat dengan telus. Sistem pembelajaran dan jabatan kerajaan mestilah dibersihkan sepenuhnya daripada campurtangan mana-mana parti politik termasuk umno seperti yang dilaung-laungkan mereka selama ini.

Jangan pula kekangan hanya kepada Pas dan Pakatan Rakyat tapi tidak pada umno Barisan Nasional!.

No comments:

Post a Comment