Monday, August 2, 2010

Pendokong Umno di Felda mulai kepanasan

Teruja dengan sedikit kejayaan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) sehingga membangkitkan semangat peneroka-peneroka Felda di seluruh negara bagi menuntut keadilan, Umno terpaksa menggunakan segala cara yang ada bagi membendungnya.

Sebab, seperti diakui Timbalan Menteri Felda Datuk Ahmad Maslan, tanah-tanah rancangan Felda adalah lubuk Umno.

Terbaru, seorang generasi kedua Felda yang berjaya dalam perniagaan iaitu Pengerusi syarikat korporat Syarikat Air Selangor (Syabas) Tan Sri Rozali Ismail, datang ke Pahang untuk road-show mempertahankan Umno yang menguasai Felda.

Dalam program yang dihadirinya di di Jengka 7, pada Sabtu lalu, Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) itu mendendangkan semula lagu yang dinyayikan oleh pemimpin Umno: bahawa “Felda tidak bankrap”.

Dalam pidatonya bersama pemuda-pemuda Umno yang kebanyakannya warga Felda, beliau menganggap isu ‘Felda bankrap’ hanyalah tohmahan dan retorik pembangkang untuk menjejaskan kredibiliti Felda dan pemimpin kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, apabila disebut Felda, ia bukan membabitkan pengurusan Felda sahaja, malah peneroka dan generasi kedua yang terbabit secara langsung dalam pembangunan setiap rancangan.

“Warga Felda perlu menolak tohmahan itu kerana kedudukan kewangan sangat stabil dan kukuh. Felda mempunyai sistem kewangan teratur sejajar dengan peraturan ditetapkan kerajaan.

“Warga Felda perlu bermuafakat dan bekerjasama di bawah satu bumbung untuk membantu kerajaan, menyumbang idea dan tenaga sebagai cara mengenang budi Felda terhadap keluarga, bangsa serta negara,” lapor akhbar Sinar Harian.

Kita percaya, anak peneroka Felda Gedangsa ini tidak pernahpun melihat akaun Felda, tetapi mendendangkan lagu sedemikian bagi menunjukkan betapa beliau dan kumpulannya tetap menyokong apa saja tindakan Umno yang dilakukan terhadap peneroka dan Felda.

Rozali berkata, warga Felda bangga dikenali sebagai anak peneroka kerana institusi itu sangat hebat dan ternama bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tempatan malah luar negara.

“Ramai anak Felda berjaya sama ada di dalam mahupun luar negara dengan bantuan Felda dalam pelbagai bidang terutamanya untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

“Jika hendak dibandingkan dengan masyarakat bukan Felda, mereka lebih susah. Warga Felda bernasib baik kerana di tanah rancangan ini, banyak bantuan dihulurkan untuk meningkatkan taraf hidup peneroka,” katanya.

Beliau berkata, warga Felda berada dalam pelbagai bidang kerjaya termasuk keusahawanan di dalam dan luar negara, hasil daripada sistem kekeluargaan diamalkan Felda.

Kita akui, ramai anak-anak peneroka Felda yang berjaya dalam hidup, termasuklah Rozali sendiri, Ada maklumat mengatakan, sebagai CEO Syabas, pendapatan beliau ialah RM430,000 sebulan hasil perniagaan air!

Tapi cuba bandingkan dengan anak-anak peneroka lain yang ada di rancangan. Ada yang adik beradik ramai tetapi kerana tidak ada tanah terpaksa bersempit-sempit dengan adik beradik lain menumpang di rumah orang tua yang sebuah itulah hingga beranak pinak. Ada yang diusir oleh adik beradik sendiri apabila Akta GSA hanya membenarkan seorang penama tanah Felda, tidak difaraid.

Ada yang kerjanya seperti kuli Indonesia, tetapi makan gaji dengan Felda Plantations dan Felda Techno Plants mengerjakan ladang sendiri. Kehidupan mereka tidak menggambarkan anak kepada peneroka yang telah membangunkan Felda sejak setengah abad dengan bermandi keringat, air mata dan darah.

Memang ramai yang berjaya tetapi mereka berada di luar rancangan. Tetapi kebanyakan mereka ini dikurniakan otaknya agak cerdik dan menempa nama di Lembah Kelang dan di bandar-bandar besar seperti korporat dan profesional lain. Yang itu tidak menjadi masalah, kerana mereka berjaya pun bukan kerana Felda, tetapi merit dan rezeki mereka.

Bagaimana bagi anak-anak peneroka yang kurang bernasib baik? Kenapa masalah penagihan dadah, gejala sosial dan kemiskinan tegar menjadi isu besar di tanah rancangan Felda?

Apa yang kita kesalkan ialah sikap Felda yang terlalu berorientasikan bisnes kini, sehingga nilai-nilai kebajikan sudah diketepikan. Felda ibarat kacang lupakan kulit yang tidak mengenang jasa dan budi peneroka.

Sebab itu bagi kita baik GWGF, MBFM dan lain-lain lagi, tidak payahlah bertindak menjadi pembela Umno, walaupun kita tahu kebanyakan pemimpin mereka sudah senang lenang kerana menceburi politik. Yang penting, tumpukan usaha membela nasib rakan-rakan seFelda dalam tanah rancangan yang masih daif dan terkila-kial untuk meneruskan kehidupan.

Mungkin mereka tidak sepandai pemimpin GWGF dan MBFM mencari kesempatan, tetapi mereka ini sentiasa sahaja digunakan undi mereka bagi memnangkan Umno/BN pada setiap kali pilihan raya.

Ingatlah, mereka orang Melayu. Jangan ditutup kesusahan dan kedaifan mereka hanya kerana untuk kepentingan politik Umno!


4 comments:

  1. petubuhan ANAK kan tak register.. dek kerana pertubuhan yang haram ini..dok citer utk melaga2kan generasi... jadi bersatu lah wahai anak2 peneroka.. jgn dok nak tuduh menuduh yang bukan2.. yang elok kita ikutkan.. yang tak elok kita perbetulkan...

    ReplyDelete
  2. Eloklah tu... bersatu di bawah Umno, biar senang nak tipu lagi. Sebab bila ada orang dedahkan perkara keburukan yg dilakukan Umno terhadap Felda, tuduh saja yang mendedahkan itu sebagai pemecahbelah, pengkhianat, penyangak.. bla.. bla... kan ke senang tu...

    Lepas tu bolehlah Umno perbodohkan apa saja terhadap peneroka...

    ReplyDelete
  3. Tuan Punya Blog,

    Isu FELDA Bangkrap sudah dijawab dan dibuktikan. Jika ia masih lagi dikatakan fitnah, Ahmad Maslan boleh berdiskusi dgn pihak2 yg menohmah tersebut. Jika ada ketirisan, kelompangan, rasuah dll spt didakwa, sila dakwa pd SPRM. Confirm akan disiasat. Jika tidak Pengerusinya akan letak jawatan.

    Rozali Ismail ni anak peneroka. Dia dah berjaya. Mungkin dia ada pendekatan nak menabur bakti pd generasi FELDA spya menjadi lebih baik. Dia sebagai someone dlm negara perlulah jugak berkhidmat utk negara. Takkan dia nak jaga company dia saja.

    Dan tak payahlah nak memburuk2kan peribadi dia dan bina persepsi gaji dia 4 ratus ribu lebih sebulan. Tengoklah company dia besar mane. Awat tak pergi cek Syed Bukhari punya gaji ke, Nazir punya gaji ke, CEO Public Bank punya gaji ke, Azman Hashim punya gaji ke??

    Saje nak buat dosa...

    ReplyDelete
  4. ANAK PENEROKA JUGAAugust 4, 2010 at 1:15 PM

    Rozali ni memanglah baik (pada pandangan Umno), dan dia datang ke Felda di Pahang ni pun mmg kerana utk tubuhkan koperasi GWGF.

    Anak Peneroka tahukah itu?

    Dgr cerita, koperasi itu dimodalkan sendiri oleh Rozali sebanyak RM10 juta. Hasilnya nanti sudah pasti koperasi itu akan mendapat byk projek dari Felda.

    Jadi selepas ini sudah tentulah yg kaya akan bertambah kaya!

    Macam ni lah... oleh kerana Rozali dah kaya, kalau betul sayangkan generasi kedua Felda, buka saja saham dalam Syabas itu kepada mereka. Supaya kekayaan itu melebar kepada warisan Felda.

    Eloklah... dari Felda dia datang, kepada Felda dia kembali (kekayaan)...

    ReplyDelete