Duit loteri habis, petani bakar diri
http://www.bharian.com.my/articles/Duitloterihabis_petanibakardiri/Article
Jenuh rakyat yang cintakan perdamaian membidas, menghentam hatta berdemonstrasi bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan Malaysia pimpinan Najib daripada meluluskan lesen judi.
Kerana mana-mana agama pun, mengharamkan judi kerana judi membawa kepada kemusnahan kepada sesuatu bangsa dan tamadun.
Namun semuanya dipandang sepi, kerana bagi mereka industri judi boleh menghasilkan cukai dan pendapatan. Akan tetapi, sikap sedemikian akhirnya sering memberi padah kepada rakyat sendiri yang memang sudah berstatus tahi judi.
Terbaru di Kuching, seorang petani warga tua yang pernah hidup mewah selepas memenangi wang loteri berjumlah hampir RM1 juta lima tahun lalu berakhir dengan dia membakar dirinya sendiri kerana kehabisan wang berkenaan.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku dalam minggu ini, mangsa yang hanya dikenali sebagai Khoo, 63, berasal di Batu 29, Jalan Kuching-Serian, dikatakan bertindak mengorek lubang kubur di belakang rumahnya sendiri sebelum menyimbah petrol dan menyalakan api pada tubuhnya.
Demikianlah bahana judi yang boleh membawa kesengsaraan individu dan keluarga. Dan sebab itulah Islam mengharamkan judi.
Bayangkan, itu baru satu kes. Sesiapapun tidak dapat menafikan telah berlaku beribu-ribu kes lagi yang seumpama itu sejak Umno mentadbir 53 tahun lalu dan menjadikan judi sebagai satu industri pendapatan.
PAS selama ini berjuang bermati-matian adalah untuk mencegah gejala yang seumpama inilah. Namun lawan PAS bukannya kaki judi, yang menjadi penyubur kepada gejala judi ialah Umno sendiri, selaku tulang belakang kerajaan BN.
Kerajaan inilah yang kononnya menguar-uarkan dasar ‘rakyat didahulukan’.
Mahu mencegah judi? Tidak dapat tidak mestilah dijatuhkan dulu kerajaan Umno/BN. Lantaran kerajaan tersebut tertubuh dan berdiri daripada penjanaan hasil-hasil judi selama ini. Dalam masa yang sama, judi inilah membawa kepada rumah tangga, masyarakat dan rakyat keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment