Monday, August 16, 2010

Kenapa Felda hutang RM3 bilion dari KWSP?

Pihak kerajaan yang selama ini menggunakan wang Felda secara tidak telus, didesak menjelaskan sebab tindakan agensi pemaju tanah yang bertukar menjadi badan korporat itu mendapatkan pinjaman RM3 bilion ringgit dari Kumpujavascript:void(0)
Publish Postlan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bagi warga Felda negeri Pahang, penjelasan tersebut perlu kerana perkara tersebut telah menimbulkan keraguan apakah benar kedudukan kewangan badan berkanun itu stabil, sedangkan dalam sebulan dua ini semua pihak yang senafas dengan Umno bingkas bangkit mempertahankan bahawa Felda amat kukuh kedudukan kewangannya.

Perkara tersebut didedahkan oleh bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Tan Kee Kwong melalui laman web TvSelangor.com.

"Baru-baru ini mulanya 3 tahun konsep Felda Global yang Perdana Menteri Najib Razak impikan. Peruntukkan yang sudah diguna ialah sebanyak RM3 billion termasuk wang pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Kalau Felda banyak wang kenapa perlu atau terpaksa pinjam dari KWSP?" soal Dr Tan.

Kerajaan sebelum ini membidas dakwaan bahawa Felda diancam kemuflisan. Kerajaan bagaimanapun akui bahawa rizab tunai Felda susut daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009.

"Banyak kontraktor dan subkontraktor yang buat kerja untuk Felda, dalam terdapat aduan bahawa Felda telah berhutang sebanyak RM300 juta kepada kontraktor. Sudah 8 bulan berlalu tetapi 8 sen pun tak dibayar. Kalau Felda ada banyak wang saya minta pihak Felda dan pengerusi Najib sila jawab," kata Dr Tan.

Sementara itu, pekerja-pekerja yang mencarum dalam KWSP turut mempersoalkan tindakan pinjaman mudah kepada Felda, meskipun dalam bentuk pelaburan.

Seorang pekerja, Zulkifli Omar, berkata dengan kedudukan kewangan dan cara pengurusan Felda sekarang, beliau tidak yakin wang yang mereka carum itu dapat dikembalikan.

No comments:

Post a Comment