Wednesday, August 4, 2010

Haji akui pernah langgan pelacur Siam

TEMERLOH: Kes saman malu bernilai RM10 juta melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Tengku yang juga Ketua Bahagian Umno Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad dengan bekas Setiausaha Umno bahagian tersebut Haji Zulkifli Othman, akan diputuskan pada 21 Oktober depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian pada sesi perbicaraan sebelah petang 4 Oktober, selepas kedua-dua peguam pihak plaintif dan defendan menggulung hujah masing-masing.

Pertelingkahan dua orang kuat Umno Lipis itu bermula semasa kempen pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno bahagian tersebut pada tahun 2008 di mana Abdul Rahman menentang Exco Kerajaan Negeri Datuk Mohd Soffi Razak bagi jawatan Ketua Bahagian.

Pada 21 Ogos 2008 Zulkifli (defendan), yang dikaitkan sebagai 'orang Sofi' telah membuat surat akuan bersumpah yang didakwa telah memburuk-burukkan Abdul Rahman (plaintif). Antara lain surat tersebut memuatkan tuduhan: “YB Abdul Rahman ialah seorang yang suka berhibur dan berpoya-poya sehinggakan selalu pergi ke Golok di Thailand. Perjalanan yang dilakukan ialah sehingga awal 2003 dengan bukti cop keluar masuk pada pasportnya.”

“Untuk menghilangkan cop pada pasportnya, dia telah membuat satu laporan polis menyatakan bahawa parportnya telah hilang dan supaya dapat digantikan dengan yang baru. Ini telah dilakukan apabila dia terpaksa mengikuti satu rombongan Jawatankuasa Negeri Pahang bagi lawatan ke Sulawesi, Indonesia yang diketuai oleh Datuk Sharkar Shamsuddin.”

“Ini bagi menggambarkan bahawa beliau seorang yang bersih. Laporan akuan ebrsumpah dibuat supaya rakyat tidak dikaburi dengan lagak kepura-puraan yang digayakan sebagai seorang pemimpin yang baik dan bersih.”

Abdul Rahman menganggap perkatan-perkataan tersebut bersifat fitnah jahat sehingga menyebabkan beliau merasa aib dan juga boleh menyebabkan reputasinya serta kerjayanya sebagai Adun, pemimpin Umno dan pemimpin masyarakat terencat.

Bertolak daripada tuduhan oleh Zulkifli itu, Abdul Rahman telah mengarahkan peguamnya dari Tetuan Sazali & Lim meminta maaf, memberhentikan fitnah dan membayar ganti rugi tetapi tidak diendahkan oleh defendan.

Selain memohon ganti rugi berjumlah RM10 juta, Abdul Rahman juga menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah 6 % setahun daripada tarikh 10 Disember 2008 dan faedah 8 % setahun daripada tarikh writ saman diserahkan.

Kedua-dua plaintif dan defendan hadir bersama penyokong masing-masing.

Sementara itu orang ramai yang mengikuti kes berkenaan tergamam seketika apabila defendan mengakui pernah 'melanggan pelacur' ketika berkunjung ke Thailand, apabila disoal oleh peguam Ahmad Nizam Hamid yang mewakili Abdul Rahman.






No comments:

Post a Comment