Tuesday, August 17, 2010

Isteri PJ PAS Perak kembali ke Rahmatullah

Isteri kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husein telah kembali ke Rahmatullah pada jam 2.20 petang tadi dan akan disembahyangkan di Masjid Raja Nazrin, Rapat Jaya Tambahan, Gopeng, Ipoh selepas solat Isya’ malam ini.

Menurut kenyataan melalui pesanan ringkas oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Hj. Masduki kepada Selamatkan Pahang, Ustazah Hajjah Rafeah bt Ramli yang menderita sakit barah payu dara sejak sekian lama, tetapi kini sejak sebulan ini.

Guru agama itu menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Ipoh tenat dan kritikal sejak dua minggu lepas.

Selamatkan Pahang bagi pihak PAS Pahang mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada Ustaz Abu Bakar dan bersabar di atas ujian ini.

Al Fatihah...


No comments:

Post a Comment