Tuesday, August 31, 2010

Merdeka dan peristiwa 13 Mei

Hari ini ialah hari merdeka. Namun elok juga diteliti peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam negara kita iaitu tragedi 13 Mei. Bagaimanapun rencana ini dicedok daripada sumber aliran perdana yang mungkin tidak berapa tepat kerana mengikut acuan pemerintah.

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969



Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen)
telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato'Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Pembangkang meraikan kemenangan


Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang MelayuRejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu


Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.


Panggung Odeon


Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.
Persepsi

Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.

Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[4] yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen


Angka korban


Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [5]

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

* Melayu : 86 orang

* Cina : 342 orang

* Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati hidangan arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Mageran telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar trajedi tersebut tidak berulang. Diantara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat pada perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar.

Monday, August 30, 2010

Lagi buang bayi, ditemui dalam beg kertas disangkut pada tiang papan tanda

Di tengah-tengah keributan media Umno yang kononnya ‘mempertahankan kesucian surau’ dari dijejaki orang bukan Islam, meletus pula kisah terbaru seorang bayi lelaki yang masih hidup dengan badannya dibaluti kain batik ditemui dalam sebuah beg kertas di kawasan Pangsapuri Brunsfield di Seksyen 13, Shah Alam, semalam.

Agensi berita Bernama memetik Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata beg kertas yang memuatkan bayi itu disangkut pada tiang papan tanda di simpang lampu isyarat kawasan kediaman itu.

Bayi yang masih bertali pusat dan mempunyai uri itu ditemui oleh orang awam pada pukul 5.30 petang, katanya ketika dihubungi.

"Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi itu dilahirkan dalam tempoh kurang dari 24 jam dan berdasarkan warna kulit, polis tidak menolak kemungkinan bayi itu berbangsa Melayu atau Indonesia," katanya. Noor Azam berkata bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)Klang untuk rawatan.

Kes terbaru ini menjadikan penemuan bayi dalam bulan puasa ini sahaja sudah lebih 10 orang. Dikhabarkan dalam tempoh lima tahun ini sahaja sudah hampir 300 kes buang bayi. bayangkan, dikatakan itu hanya baru 20 peratus daripada kes sebenar sedangkan 80 peratus lagi 'diseembunyikan'.

Apa nak jadi dengan negara ini dan bangsa Melayu? Tampaknya pihak Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan dan media gerak sarafnya bukan main handal lagi untuk mempertahankan Islam. Tapi sayang, Islam yang dianuti mereka ialah Islam yang telah ‘diUmnokan’.

Betapa sayangnya Umno kepada 'Islam', kini 'Islam' sudah menjadi hak eksklusif parti itu.

Sedangkan permasalahan umat Islam sebenar seolah-olah tidak dipedulikan!



Ahli MIC terima sumbangan PAS

TEMERLOH: Arumugam a/l Ramasamy 53, dari Kampung Megat Segama Songsang, merupakan ahli MIC Temerloh.

Enem tahun lalu malapetaka telah menimpanya di mana beliau ditimpa kemalangan, iaitu sewaktu menunggng motorsikal di Batu 7, Kampung Awah dan dilanggar kereta.

Akbat kemalangan tersebut, bapa kepada enam anak itu telah dipotong kedua-dua belah kakinya hingga ke peha.

Namun tidak ada yang sudi membantunya menghulurkan kerusi roda untuk memudahkannya bergerak ke sana-sini, sehinggalah kedatangan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad ke rumahnya Sabtu lalu.

Dalam majlis ringkas jam 6.30 petang itu, Tuan Ibrahim dan Syed Hamid telah menyumbangkan kerusi roda baru dan hamper mengandungi barang-barang keperluan.


Saturday, August 28, 2010

Adun Kerdau kawin lagi selepas dua bulan kritikal

TEMERLOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, yang kritikal dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Mei lalu sehingga menimbulkan spekulasi pilihan raya kecil (PRK), akan menamatkan zaman dudanya selepas hari raya ini.

Akhbar The Star melaporkan, Zaharuddin akan berkahwin dengan wanita yang berusia 30 tahun lebih muda daripadanya, Rozlifah Ahmad, 33, after Hari Raya.

“Sudah empat tahun saya bersendirian selepas pemergian isteri saya dulu. Sekarang saya jatuh cinta semula, dengan izin tuhan,” katanya ketika menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim dan elaun ketua-ketua kampung dalam Dun Kerdau.

Pada Mei lalu, Zaharuddin dimasukkan ke wad di IJN berikutan kondisi kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi barah usus sehingga menimbulkan spekulasi diadakan PRK bagi Dun berkenaan.

Zaharuddin yang bersyukur kerana ditemukan dengan Rozlifah, dikatakan kini sedang merancang satu tarikh “hari besar” bagi perkawinannya dan menambah lima orang anaknya telah merestui perkawinannya itu.

Zaharuddin yang masih menerima sesi rawatan fisioterapi secara regular mula bertugas semula bulan lalu dan menghadiri sehari sidang dewan undangan negeri baru-baru ini.

Pada pilihan raya lepas, Zaharuddin mengalahkan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.



Balendran ikrar untuk menangkan PAS

Pertama kali bertemu beliau yang sering mengikut bapanya menghadiri program, saya hanya menganggap Balendran, 24, seorang pemuda biasa yang peramah dan tampan seiras pelakun Bollywood, tanpa menduga beliau mempunyai bakat besar sebagai pemimpin.

Sehinggalah baru-baru ini tatkala mendengar beliau berpidato sebagai Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sempena pelancaran DHPP peringkat negeri Pahang di Jerantut.

Anak kepada Timbalan Ketua DHPP Pusat, N. Balasubramaniam ini ternyata berbakat dan menampilkan ciri-ciri kepimpinan.

Paling menarik ialah beliau berjaya memukau perhatian pendengar dengan meluahkan perasaan mewakili kaum India di Malaysia yang telah sekian lama tertipu dengan parti kerajaan.

“Sekian lama kami menaruh harapan untuk hidup lebih bererti di bumi Malaysia ini, setiap kali diberi kepercayaan oleh BN untuk memberikan kehidupan yang sempurna. Kami juga diulit dengan janji yang indah. Apa yang kami ingin hanya sebidang tanah sekadar untuk mendirikan rumah sebagai tempat berteduh dan bercucuk tanam. Inginkan pendidikan yang sempurna untuk anak cucu kami. Sayangnya kami hanya sekadar ditaburi segunung janji sebelum kami membuang undi. Beginilah hidup kami sejak lebih 50 tahun yang lalu,” ucapnya dalam bahasa Melayu yang fasih menyorot nasib bangsanya yang ketinggalan tetapi paling setia menyokong BN selama ini.

Apa yang diutarakannya ialah nasib bangsa India yang sejak ratusan tahun dulu dibawa penjajah ke sini untuk menjadi buruh ladang dan tidak banyak berubah meskipun sudah lebih setengah abad merdeka di bawah kerajaan BN.

“Bangsa kami terus hidup dalam keadaan ketinggalan. Tiba-tiba ditakdirkan Tuhan, kami telah dipertemukan dengan sinaran cahaya bulan purnama iaitu PAS. Selama ini kami telah ditakutkan bahawa PAS akan memaksa orang bukan Islam sepuya memeluk Islam, PAS Zalim dan negara akan huru hara jika PAS memerintah.

“PAS akan mengharamkan kebudayaan dan adat resam kaum lain. Kami takut lagi ditakutkan terhadap PAS pada ketika itu. Namun segala-galanya berubah apabila tuhan mentakdirkan Tok Guru Datuk Nik Aziz memerintah Kelantan, barulah kami faham bahawa PAS tidak seperti yang digambarkan oleh mereka yang dusta dan suka melemparkan fitnah.”

Memang selama ini Umno/BN berjaya mengekalkan kuasa dengan memainkan isu perkauman. Oleh kerana PAS merupakan lawan Umno, maka kepada orang Melayu PAS dipropagandakan sebagai pengganas, ekstrim dan anti bukan Melayu. Fenomena ini berterusan sehinggalah Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di mana berlaku anjakan paradigma di mana PAS tidak lagi ditakuti seperti sebelumnya.

“Apabila kami melihat Tok Guru sendiri meraikan sami-sami dalam majlis yang dihadiri Tok Guru bahkan pernah mengangkat tangan Penasihat Persatuan Hindu Sanggam. Maka fahamlah kami bahawa PAS dan pemimpinnya adalah orang yang mulia, yang mencintai kedamaian dan kasih sayang sesama manusia yang menghormati manusia lain walaupun bebrbeza agama dan bangsa, yang berlaku adil apabila diberi amanah dalam pemerintahan”.

Hujah Balendran, setelah rapat dan bergaul dengan PAS, barulah mereka faham bahawa Islam tidak pernah menghalang kebudayaan agama lain apatah untuk memaksa orang bukan Islam supaya masuk Islam.

“Sesungguhnya kami amat merasa bersalah dan berdosa kepada Tuhan kerana selama ini kami telah membenci orang yang baik-baik dan jujur dalam hidup dan perjuangan mereka.

“Justeru itu, untuk menebus kembali kesilapan kami sebelum ini kerana membenci orang yang baik-baik ini, kerana termakan fitnah Umno, MCA dan MIC maka kami dengan ini berjanji akan terus memberi sokongan kepada PAS dan akan bekerja kuat agar PAS menang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah ikrar kami dari Pemuda DHPP Pahang. Kepada pimpinan PAS, ambillah janji dan ikrar kami ini sebagai semangat untuk terus mara ke hadapan. Kami setia kepada anda selagi mana anda setia dengan perjuangan Islam.

“Kami tahu bahawa Islam adalah untuk semua dan keadilan Islam adalah untuk semua. Andaikata Tuhan menganugerahkan kemenangan kepada anda, jangan sekali-kali mengkhianati kami, kelak Nabi anda dan Tuhan Allah akan melaknat anda lantas anda akan dimurkai Tuhan dan manusia pun akan membenci anda kerana anda mengkhianati amanah Tuhan.

“Wahai Tuhan, engkau dengarlah akan ikrar dan rintihan kami ini dan saksikanlah bahawa kami berdiri teguh bersama PAS,” katanya dengan penuh bersemangat.

Gambar:
1. Balendran
2. Menerima cenderamata dari Nik Aziz sempena pelancaran DHPP Pahang

Friday, August 27, 2010

Keputusan akhir saman RM11 juta: Sah kilang Felda menipu!

Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 26 Ogos (Khamis) akhirnya menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan saman RM11 juta oleh 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan.

Dengan keputusan berkenaan, kes yang berlarutan selama lebih sepuluh tahun itu, sah menyebelahi setiap peneroka dan dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.

Sekali gus, keputusan tersebut mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan berdasarkan kes yang serupa iaitu penipuan kilang Felda yang menggredkan sawit peneroka pada harga yang jauh lebih rendah.

Sebelum ini 766 peneroka dari Felda Sering dan Raja Alias turut menyaman agensi tersebut atas isu yang sama. Di negeri Pahang sendiri 4,000 peneroka akan tampil menyaman Felda atas penipuan yang sama.

Selain wajib membayar RM11 juta kepada peneroka yang tertipu sejak 1995, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Peneroka diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.

Harga barang: PR hantar memo kepada menteri

BERA: Bertindak daripada aduan rakyat yang pada ketika ini dibebani dengan kenaikan melambung harga barangan keperluan harian, Pakatan Rakyat (PR) Pahang telah menyerahkan memorandum kepada kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK ), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipejabat pusat ahli parlimennya, disini , semalam (26 Ogos).

Memorandum enam perkara itu diserahkan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Setiausaha Sulit Menteri, Tahzir Husein. Hadir sama pimpinan PR Pahang serta para penyokong.

Memorandum bertajuk Isu Kenaikan Harga Barangan Dan kawalan Kepentingan Kepenggunaan Bagi Pembelaan Rakyat melahirkan rasa kesal atas tindakan kerajaan memotong subsidi barang dan kenaikan harga minyak sehingga menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan di pasaran.

Antara enam cadangan yang dikemukakan PR ialah menuntut kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Kerajaan juga didesak mengkaji semula polisi pemberian (AP) bagi pengimportan barangan keperluan asas supaya ianya tidak dimonopoli pihak tertentu sahaja sehingga mencacatkan pasaran.

Kerajaan melalui KPDNKK juga didesak meningkatkan kecekapan pengagihan bekalan barangan keperluan serta meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras peniaga yang tidak bertanggungjawab.


Thursday, August 26, 2010

Pertelagahan Umno-MCA ulangi Operasi Lalang 1987?


TEMERLOH: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pertelagahan Umno dan MCA dalam perangkap politik perkauman pada masa ini boleh mengulangi peristiwa pada 1987 yang membawa kepada Operasi Lalang.

“Saya nampak suasana masa ini mirip-mirip seperti senario 1987 di mana pertelagahan (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin dengan (Presiden MCA Datuk Seri Chua) Soi Lek mengingatkan kita pada tahun itu apabila Najib dan Lee Kim Sai cabar mencabar dalam isu perkauman.

“Tetapi akhirnya berlaku Operasi Lalang di mana pemimpin pembangkang seperti Mohd Sabu dan Lim Guan Eng yang disumbatkan ke dalam ISA,” katanya.

Beliau berkata demikian kelmarin ketika berceramah di Kampung Bangau Tanjung dekat sini. Turut berceramah YDP Kawasan Ustaz Abd Rahim Latif dan Ketua Urusan Ulamak Kawasan Ustaz Arifin Abdullah.

Dr Dzul selanjutnya memberitahu, Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac 2008 merupakan satu lanskap politik baru yang Umno cukup gerun dan takut.

Katanya, apabila rakyat mendapat maklumat mereka akan berubah.

“Akhirnya terasa kematangan politik rakyat. Kalau kita mampu urus politik baru ini, kita boleh kuasai iaitu ketika majoriti rakyat telah sampai maklumat.”

“Kemenangan pada PRU yang akan datang ialah terpulang kepada kepimpinan PR memaklumatkan rakyat. Inilah peranan media alternatif, kalau kita bijak mengurus perubahan.”

Dr Dzul turut menyatakan kadar pelaburan luar negara (FDI) pada masa ini berada pada paras yang amat teruk di mana sebanyak RM23 bilion yang keluar tetapi hanya RM4 bilon yang masuk.

“Ini menyebabkan negara ini telah terkebelakang daripada Filipina dan Myanmar dan hanya setaraf dengan Timor Leste. Ini menyebabkan negara kita terperangkap dalam pendapatan rendah.

“Antara sebabnya ialah 4.3 juta tenaga buruh asing terutama dalam industri pembinaan dan perladangan. Kerajaan hari ini tidak ada kaedah untuk melonjakkan pendapatan rakyat. Sebab itu persoalan pekerja asing mesti ditangani,” ujarnya.

Mengenai isu pasir yang melibatkan Kerajaan Pakatan Selangor, Dr Dzul berkata beliau tidak bimbang kerana ia hanya dipolitikkan.

“Selepas kita mengambil alih kerajaan Selangor, kita buat untung. Jika kerajaan BN dulu bagi setiap 3,000 tan pasir kerajaan hanya dapat kutip RM5 juta. Sedangkan Kerajaan PR sekarang bagi jumlah yang sama, kita boleh dapat hasil sebanyak RM18 juta melalui syarikat KKSB.

“Dalam masa yang sama berjuta-juta ringgit nilai pasir di Johor yang mengalir ke Singapura setiap hari terus dibiarkan, kenapa didiamkan?,” soal Dr Dzul.

Mengenai suara-suara sumbang yang mengatakan DAP perkudakan PAS tidak benar langsung kerana berdasarkan persefahaman yang ditandatangani tahun lalu itu DAP sanggup berkorban untuk bersetuju dengan tiga tonggak perlembagaan iaitu Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedaulatan raja-raja.

Dr Dzul bergambar bersama Ustaz Rahim, YB Syed Hamid dan Ustaz Arifin



Wednesday, August 25, 2010

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin

Meskipun dunia komunikasi semakin maju dengan perkembangan perhubungan SMS, emel, twitter dan sebagainya, namun ucapan selamat hari raya secara tradisional tetap tidak dilupakan.

Bagi tahun ini sahaja, tidak kurang 1,000 keping kad ucapan raya pimpinan negeri mula diedarkan kepada pelbagai lapisan masyarakat dan sasaran. Ia bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di samping meraikan tanggal kemeriahan 1 Syawal yang bakal menjelma, iaitu hari kemenangan umat Islam.

Kelihatan kakitangan BPPNP begitu asyik memproses persiapan kad raya sebelum dihantar.

Kelebihan berpuasa dari sudut sains

Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak).
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

ebook fast Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.

2. Dr. Yuri Nikolayev - Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

3. Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

5. Elson M. Haas M.D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan - Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.

8. Dr. Muhammad Munib dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energi, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

-Panji Hitam

Tuesday, August 24, 2010

Layan-layan perasaan: Dari emel sahabat

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??


Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??


Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??


Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??


Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.....


Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.


Kirim balik jika awak anggap saya teman awak selamanya.
Kirim ke semua teman awak......dan lihat berapa banyak teman yang sayang awak!!!!!!!!!!!!!
frenz never break..............

Monday, August 23, 2010

Orang ramai kecam kerajaan kenaikan harga barang

Makin hari rakyat di negara ini semakin terhimpit kehidupannya! Demikianlah rumusan yang dapat dibuat terhadap keluhan-keluhan rakyat berikutan melambungnya harga barang sedangkan pendapatan rakyat tidak meningkat.

Segala-galanya bermula dengan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menaikkan harga lima jenis barang termasuk minyak, gula dan gas pertengahan bulan lalu yang ternyata mengakibatkan melambungnya harga barangan kegunaan harian pada paras yang luar biasa ketika ini.

Sekali gus, ia sudah tentu memberi kesan besar kepada pengguna, iaitu rakyat terutama apabila terpaksa berbelanja lebih dalam bulan Ramadhan ini dan dijangka makin teruk menjelang hari raya nanti disebabkan harga barang dijangka meningkat lagi kerana permintaan.

Apa yang dirasakan perit ialah barangan keperluan naik mendadak sedangkan pendapatan rakyat tidak meningkat. Oleh kerana barangan tersebut tidak dapat tidak mesti dibeli kerana keperluan, golongan pengguna tidak ada pilihan dan seterusnya mereka terus tertindas dan teraniaya.

Rungut mereka, keadaan ini bersalahan sama sekali dengan slogan ‘rakyat didahulukan’ sebagaimana yang dimomok-mokkan selama ini. Ia juga bertentangan dengan manifesto BN sendiri yang kononnya mengagendakan ‘tradisi membela rakyat’.

Antara barang runcit dan keperluan harian yang mendadak naik ialah bawang putih, bawang merah, lada kering, ikan bilis, ikan sardin, telur dan ubi kentang yang meningkat dari 30 ke 80 peratus.

Barang-barang keluaran Nestle juga dikatakan meningkat seperti Milo. Manakala harga ayam pula dikatakan melambung sehingga 200 peratus.

Ini sudah dapat dijangkakan kerana apabila harga minyak dinaikkan oleh kerajaan BN, ia bermakna kos pengangkutan semua jenis barang meningkat tanpa dapat dielakkan. Teorinya senang, apabila setiap kos meningkat, kos tersebut akan dikembalikan kepada pengguna.

Namun begitu golongan peniaga tidak boleh dipersalahkan dengan kenaikan yang amat membebankan pengguna ini kerana mereka juga terpaksa mendapatkan barangan pada harga yang lebih tinggi daripada biasa sehingga terpaksa mengeluarkan modal yang lebih besar.

Lagipun peniaga tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dengan kenaikan harga barangan kerana mereka perlu meneruskan kehidupan melalui perniagaan. Bagaimana kerajaan mahu membanteras peniaga daripada menaikkan harga sedangkan kerajaan juga menaikkan harga barangan sesuka hati melalui subsidi rakyat.

Seorang peniaga runcit, Mohd Nor Salleh, ketika ditemui Selamatkan Pahang berkata kebanyakan barangan tersebut naik mendadak selepas kerajaan menaikkan harga minyak, gula dan gas bulan lalu.

“Dulu saya beli ubi kentang daripada pemborong sekilo dengan harga RM2, sekarang dah naik RM2.80. Bagi lada kering pula dulu seguni RM9.50 sekarang dah naik RM12. Telur gred A pula dulu harga satu sarang kos RM8.50 sekarang dah RM10.

“Peruncit seperti saya ini tiada pilihan, apabila beli dengan kos yang lebih tinggi dan keluarkan modal lebih saya terpaksa menjualnya pula dengan lebih mahal daripada biasa. Mana-mana peniaga pun macam itu, tidak ada yang mahu rugi atau pilihannya terpaksa tutup kedai.”

Mohd Nor berpendapat kenaikan mendadak harga barangan pada masa ini disebabkan kegagalan kerajaan sendiri bertindak mengawal di samping kesalahan memotong subsiri rakyat.

“Kerajaan mungkin boleh menetapkan harga siling pada barang kawalan. Tetapi tidak ada siapa dapat mengawal kenaikan harga barangan yang lain. Bagi saya di sinilah kegagalan kerajaan,” katanya.

Berniaga bukan lagi kerjaya pilihan

Seorang peniaga restoran, Jefri Ramli, 41, yang paling terasa sejak kenaikan barang ialah peniaga makanan sepertinya. Katanya, modal dikeluarkan lebih besar sehingga kos menjadi tinggi sedangkan untung sedikit. Ini ditambah lagi dengan terpaksa menjelas pelbagai jenis cukai yang dikenakan seperti cukai majlis, premis dan lain-lain.

“Sekarang ini peniaga seperti kami terpaksa memadai dengan keuntungan kecil, sebab kalau dinaikkan harga makanan kemampuan membeli orang ramai jadi terhad dan perniagaan kami pun terjejas. Kalau dulu orang kata jika nak kaya kena beniaga sebab 9 per 10 rezeki melalui perniagaan. Tapi saya rasa sekarang kenyataan itu boleh dinilai semula.”

“Masalahnya harga minyak terlampau kerap naik menyebabkan harga barang melambung. Sejak 2009 saya pasti keuntungan merosot 30 ke 40 peratus akibat kos yang tinggi sedangkan harga makanan kami tak naikkan.

“Saya fikir kerajaan kena buat sesuatu bagi mengawal harga barang kerana setakat ini kerajaan jelas gagal,” katanya.

Seorang pengguna Sidi Maarof, 48, berkata kenaikan harga barangan keperluan pada masa ini amat membebankan golongan bekerja sendiri sepertinya kerana pendapatan tidak meningkat selaras dengan kenaikan harga barang.

“Orang bekerja sendiri macam saya ini paling terasa bebanan dengan kenaikan harga barang sebab pendapatan kami tak bertambah. Sekarang ini teruk, lebih-lebih lagi dalam bulan puasa dan untuk menghadapi hari raya ini.

“Jika kenaikan harga barang ini disebabkan pemotongan subsidi oleh kerajaan, jadi ini jelas salah kerajaan yang membelakangkan konsep yang diciptanya sendiri iaitu rakyat didahulukan,” tegasnya.

Kakitangan kerajaan Zulkafley Abdul Hamid, 45, berkata semua pihak terkesan dengan peningkatan mendadak harga barangan sekarang kerana tidak ada bonus yang diberi.

“Kos kehidupan rakyat sekarang ini semakin meningkat dan banyak peruntukan harian terpaksa dipotong demi untuk survival keluarga. Saya rasa keadaan ini menyebabkan kehidupan makin tidak selesa.

“Saya fikir jika peningkatan harga barang disebabkan pemotongan subsidi, maka kembalikanlah subsidi itu kerana ia merupakan hak rakyat.”

Kerajaan gagal kawal harga

Sementara itu Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang Ramli Abdul Rahman berpendapat, bebanan yang dihadapi rakyat sekarang kesalahannya terletak kepada kerajaan kerana kegagalan mengawal harga barangan.

Katanya, kesalahan bukan masalah peniaga sebab terpaksa menaikkan harga kerana mereka telah mengambil pada harga yang sudah tinggi daripada pemborong.

“Saya nampak dua sebab yang menyebabkan kenaikan harga barang. Pertama monopoli pemborong utama yang tiada persaingan dan kedua pengurangan subsidi oleh kerajaan.

“Kenaikan harga ini berikutan pengurangan subsidi seperti dicadangkan Datuk Seri Idris Jala ketika membentangkan cadangan rasionalisasi subsidi pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi Mei lalu.

“Sepatutnya subsidi tidak boleh dikurangkan kerana kerajaan telah mengenakan tidak kurang tiga kali cukai bagi setiap barangan daripada pengimport, hinggalah kepada pengilang, pemborong dan pengguna. Ini jelas kerajaan menunjukkan kegagalan dalam pengawalan harga barang keperluan,” jelasnya.

Ramli berkata, janji pemotongan subsidi oleh Perdana Menteri dulu ialah bagi penjimatan perbelanjaan untuk digunakan pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Katanya, implikasi pemotongan subsidi jelas tidak memberi faedah kepada rakyat sebaliknya ‘mencekik’ leher rakyat kerana akibatnya ialah melambungnya harga barang.

Seorang pengguna lagi yang enggan diperkenalkan namanya, menganggap kenaikan harga barang jelas merupakan kegagalan menteri yang menjaga hal ehwal pengguna sendiri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, jika seorang menteri yang lengkap dengan jentera pemantau dan pasukan penguatkuasa pun masih gagal menangani harga barangan yang melambung, apakah yang didapat diharap lagi oleh rakyat sebagai pengguna?

“Saya nampak menteri ini hanya suka bersilat dengan rakyat. Contohnya bila gula tiada di pasaran dia akan kata elok takde gula supaya tak kena kencing manis. Bila gula naik harga dia kata pulak itu pun lebih murah berbanding Thailand, Flipina dan macam-macam lagi. Begitulah juga dengan barang-barang lain.

“Jadi kerja menteri ini nak bersilat dengan rakyat saja... bukannya nak menyebelahi rakyat yang sentiasa dalam penindasan akibat sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan di negara ini,” hujahnya.

Beliau berkata, lojiknya menteri pengguna sepatutnya membela hak pengguna, bukannya membuli pengguna.




Ustaz Kamal sumbang wang tunai masjid-masjid dalam Dun Kerdau

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, bekas calon Parlimen Kuala Krau Ustaz Kamal Asaari berkenan memberi sumbangan wang bernilai RM500 bagi setiap masjid dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau, dalam Parlimen Kuala Krau.

Sumbangan tersebut diagihkan sempena majlis berbuka puasa kepada setiap masjid di dalam dun kerdau di Masjid Kampung Pulau Pasir Mandi, baru-baru ini.

Antara imam-imam yang datang menerima sumbangan daripada Ustaz Kamal ialah dari Masjid Teluk Sentang, Baduk, Desa Purun, Krai, Pulau Pasir Mandi, Telumemerima sumbangan wang tunai dan buah kurma oleh Ustaz Kamal k Sabak, Batu Sawar, Rumpun Makmur, Jengka 22, Jengka 23, Jengka 25, Masjid Paya Taram, Bandar Kerdau, Masjid Tekal, Masjid Umar Abdul Aziz Ketumbit dan Masjid Ketam.

Turut menerima sumbangan lima orang penduduk miskin dan kurang upaya (OKU) yang berada dikampung tersebut

Pada program berkenaan, turut diadakan majlis tempat : masa & atucara : tahlil, berbuka puasa, solat Maghrib, tazkirah, solat isyak dan tarawih.






Khemah Bazar Ramadan depan masjid negeri dipukul taufan

KUANTAN: Lebih 30 peniaga Bazar Ramadan di depan Jalan Mahkota di bandar ini, terkejut dan panik selepas khemah utama yang menempatkan kira-kira 36 gerai diterbangkan angin kencang yang melanda secara tiba-tiba, ketika orang ramai sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa, petang semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang itu, pengunjung Bazar Ramadan terbabit bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas khemah diterbangkan ribut.
Hanya seorang peniaga cedera ringan pada bahagian tangan akibat terkena tiang khemah yang melayang, manakala peniaga lain dan pengunjung tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang peniaga, Omar Yaacob, 53, berkata beliau sedang sibuk melayan pengunjung di gerainya apabila secara tiba-tiba angin kuat menerbangkan khemah di situ.

Kejadian berlaku terlalu pantas dalam kira-kira dua hingga tiga saat saja dan saya lihat khemah terangkat ke atas lalu terbalik.

Orang ramai yang sedang membeli belah dan peniaga bertempiaran lari bagi mengelak daripada terkena tiang khemah.

Sebelum itu, beberapa peniaga cuba memegang tiang khemah bagi mengelakkannya diterbangkan angin, tetapi ribut terlalu kuat dan kami terpaksa melepaskannya, katanya yang menjual air minuman.
Omar dari Kuala Penor berkata, kejadian seumpama itu pertama kali dialaminya sejak berniaga di Bazar Ramadan lebih 10 tahun.

Seorang lagi peniaga, Mohd Nor Maidin, 24, yang menjual nasi beriani berkata, beliau mendengar suara orang menjerit dan melihat khemah pada bahagian depan padang bola di situ, terangkat dan diterbangkan angin.

Sejurus kemudian, hujan lebat menyebabkan masing-masing cuba mencari tempat berteduh.

Saya bernasib baik kerana gerai saya berada di bahagian belakang, katanya yang berniaga di situ sejak tiga tahun lalu.

Seorang pengunjung, Maziah Ariffin, 24, berkata beliau bersama seorang rakannya yang menaiki kereta melalui kawasan itu terkejut melihat beberapa bumbung khemah bergerak sebelum terangkat.

~ bharian


Sunday, August 22, 2010

Yusof Nor mulai rasa tergugat?

Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor berkata di Kuala Terengganu, cubaan pembangkang untuk masuk ke Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah satu gangguan yang tidak diingini oleh warga komuniti itu, kata Pengerusinya .

Menurut pemegang PhD Tasauf ini, pihak-pihak terlibat sebenarnya mahu melihat peneroka dan pentadbiran dalam organisasi itu berpecah-belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk.

"Mereka serang dan fitnah Felda kerana nampak Felda semakin berkembang, sebab itu mereka nak masuk dalam Felda," katanya kepada pemberita di sini semalam selepas menyampaikan saguhati kepada 19 Pengerusi Masjid dalam Rancangan Felda Terengganu dengan setiap seorang menerima sebanyak RM300.

Saya mungkin tak mahu komen banyaklah, sebab selama ini orang pun tahu pembangkanglah yang telah mencelikkan mata peneroka daripada terus dijadikan 'hang tebus' sepanjang zaman.

Apa yang terjadi sebelum ini peneroka-peneroka di tanah rancangan dicekik seperti kuli estet, sedangkan tanah ladang 10 ekar itu hak milik mereka secara sah.

Siapa Felda? Felda adalah agensi pemaju tanah yang dilantik pada ketika Allahyarham Tun Razak dulu. Dan Felda bukan pemilik tanah. Pemilik tanah hanyalah peneroka dan setiap apa yang mereka miliki telah dikira hutang oleh Felda yang dipotong setiap bulan sejak mereka masuk dulu lagi.

Ramai peneroka seolah-olah menganggap atau merasakan merupakan mereka buruh ladang Felda. Tarafnya bolehla diibaratkan orang India yang baru dibawa ke Malaya dulu untuk menjadi kuli di estet-estet. Umno sebenarnya mahukan para peneroka merasai seperti orang India itulah, semoga terus mudah dikawal dan dihitung.

Bekas Menteri Agama Umno ini takut sangat peneroka jadi cedik. Sebab seseorang apabila dia cerdik, dia akan menuntut hak dan keadilan bagi diri dan masyarakatnya.

Yusof Nor bergaji besar, dia kena jaga kepentingan pihak dia, Najib dan Umno jadi untuk itu, peneroka tidak boleh mendapat kesedaran dan pengetahuan... bimbang-bimbang hilang kepentingan.

Felda memiliki pengundi Melayu melebihi 95 peratus di setiap rancangan. Inilah yang mahu dijaga kerana merupakan kubu Umno terakhir.

Rumah Terbuka Anak Muda di Perantauan raya ketiga

Dewan Pemuda PAS Pahang merancang awal untuk mengadakan majlis Rumah Terbuka Anak Muda di Perantauan yang akan diadakan pada 12 September 2010 (Ahad) bersamaan dengan hari raya ketiga Aidil Fitri tahun ini di Dataran Semarak Jengka 15.

Menurut ketuanya, Suhaimi Saad, perhimpunan yang bermula jam 9.30 pagi itu akan diserikan dengan amanat khas yang akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kepada anak anak muda diperantauan.

"Dewan Pemuda PAS Pahang juga sedang berusaha menjemput pimpinan PAS yang lain dan Dewan Himpunan Penyokong PAS," menurut Suhaimi.

Turut dijemput ialah pimpinan PKR, DAP dan NGO.

"Besarlah harapan Dewan Pemuda PAS agar semua pendokong PAS dan Pakatan Rakyat dapat turut hadir ke himpunan ini."

Kaunter semakan pemilih dan Daftar pemilih turut akan dibuka.

"Jangan lupa bawa anak-anak untuk agihan Duit raya Dewan Pemuda PAS. Sumbangan dalam bentuk makanan juga dialu-alukan pada hari himpunan tersebut."

Sumbangan kewangan boleh terus ke Akaun Dewan Pemuda PAS Pahang: Bank Islam 06028010011067

Saturday, August 21, 2010

Anwar mungkin ke penjara: Wan Azizah

Hati isteri mana yang boleh tenang jika suami tercinta menjadi ‘buruan’ lawan politiknya sepanjang masa sejak 12 tahun lalu. Namun berat mata memandang, berat lagi mahu memikul.

Bayangkan, ada yang berpendapat kes mahkamah yang ada dikatakan hanya sebagai satu ‘helah’ untuk menyumbat suaminya semula ke penjara demi untuk menutup mulutnya atau cubaan menghalangnya mengepalai gelombang kebangkitan rakyat.

Mungkin itu hanya satu andaian, akan tetapi sekurang-kurangnya itulah pandangan dan pengamatan sesetengah pihak lebih-lebih lagi bagi bahu yang memikul.

Semua itu dihadapi dan dilalui dengan tabah serta tenang oleh Presiden Pari Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tentang apa yang berlaku terhadap suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Usaha untuk menghalang Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya bermacam-macam, antaranya ialah mengaibkan Anwar. Sebab itu saya anggap kes yang berjalan sekarang sekadar ulang tayang. Sudah sepuluh tahun Anwar diaibkan, dia dah masuk penjara dan pernah dibelasah setengah mati. Sekarang kes yang serupa sengaja diketengahkan semula iaitu menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu.”

Wan Azizah berkata demikian ketika ditemui Siasah selepas merasmikan program Himpunan Orang Asli Pahang Zon Tengah anjuran PKR di Temerloh baru-baru ini.

Selamatkan Pahang cuba mendapatkan pandangannya dalam kes kontroversi melibatkan tuduhan liwat Anwar yang dikatakan sedang menjadi perhatian dunia kerana dilihat sebagai ‘perbicaraan politik’ yang menentukan masa depan politik Ketua Umum PKR.

“Tapi cuba tengok kes ini dah mula ditertawakan dunia. Mula-mula pihak pembela tak boleh dapatkan salinan laporan pengadu dan sekarang timbul pula cerita penuduh (Saiful) ada hubungan dengan pegawai pendakwa. Jadi tanyalah dengan mana-mana lawyer, dari segi undang-undang kes ini sepatutnya stripe off .

“Barisan peguam bela mendapat khidmat pakar dari Australia yang mahir mengenai DNA dan berpengalaman luas di peringkat antarabangsa tetapi dia tidak mendapat apa-apa bahan daripada pihak pendakwa. Jadi bagaimana dia nak consult apa?,” soalnya.

Wan Azizah menjelaskan, jika dalam amalan perbicaraan biasa, pendakwa terpaksa menunjukkan bahan bukti. Dalam hal hubungan intim antara pengadu dengan pendakwa pula, beliau menganggapnya sebagai tidak beretika dan tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menimbulkan banyak keraguan. Katanya, siapakah yang boleh menjamin laporan polis itu tidak akan dipinda, sedangkan dia mempunyai akses kepada laporan tersebut.

Tegasnya lagi, di peringkat antarabangsa, institusi kehakiman Malaysia mulai dilihat merosot. Apa lagi pemimpin tertinggi kerajaan sendiri bertindak menyerang ketua pembangkang itu secara personal. Umpamanya mengatakan Anwar membayar untuk muncul dalam CNN. Tetapi sebaliknya yang terdedah ialah Datuk Seri Najib yang membayar supaya artikelnya tersiar dalam akhbar di Amerika.

Berdasarkan rentetan apa yang berlaku, apakah akhirnya Anwar akan diseret ke penjara?

“Saya rasa begitu... dan pada akhirnya memang kita serahkan segala urusan ini kepada Allah. Sebab nyawa kita pun di tangan Tuhan. Mereka hanya boleh merancang, tetapi kita yakin Allah juga sebaik-baik perancang.”

Wan Azizah juga melihat strategi media arus perdana memain dan mempropagandakan isu Selangor ialah bagi merampas negeri itu sebelum pilihan raya umum (PRU) sebagaimana dilakukan terhadap kerajaan negeri Perak.

“Kita jangan lupa Selangor merupakan sebuah negeri paling kaya di negara ini. Kita tahu mereka tak jangka negeri ini jatuh ke tengan PR pada PRU lepas. Jadi tidak hairanlah mereka meletakkan sasaran untuk merampasnya kembali dengan apa cara sekali pun. Ini diikrarkan sendiri oleh Najib selaku Pengerusi Umno Selangor pada Jun lalu.

“Memang saya akui tiap-tiap wakil rakyat PR pernah dan sedang ‘didekati’ oleh pihak tertentu supaya mereka melompat. Usaha ini berterusan dengan ugut, beli untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan. Tetapi berdasarkan perkembangan yang saya ikuti dengan rapat, kejatuhan kerajaan Pakatan tidak akan berlaku. Malah bagi mereka yang berada di Selangor pada masa ini, tidak terkesan pun dengan propaganda dan gerak saraf yang dimainkan Umno/BN,”katanya.

Bagi Wan Azizah, PRU ke 13 akan datang menjanjikan persaingan sengit walaupun kedua-dua pihak BN dan PR yakin masing-masing boleh membentuk kerajaan kerana suasana politik ini umpama pendulum.

“Pada 1999 orang Melayu menolak Umno/BN tetapi bukan Melayu menyebelahi parti itu. Tetapi pada 2004, atas isu Perdana Menteri baru dan Mr. Clean Melayu dan bukan Melayu kembali kepada BN. Tetapi pada 2008 pula terbit Makkal Sakti, penyelewengan dan sebagainya sehingga menyebabkan bukan Melayu dengan majoriti besar menolak BN.

“Selepas dua tahun ini, kenapa Umno banyak memainkan isu perkauman? sudah tentu kerana pakar strategi mereka mahu membendung orang Melayu daripada menyeberang kepada PR. Kerana, mereka juga percaya seperti yang saya katakan tadi bahawa politik ini umpama pendulum.”

Wan Azizah mengakui, kemungkinan orang-orang Melayu yang hanya bergantung maklumat dengan media arus perdana yang dikongkong pemerintah, sedikit sebanyak akan termakan juga dengan kempen-kempen agresif berbentuk perkauman ini.

Bagaimanapun, beliau menyeru aktivis PR agar tidak perlu cemas kerana akhirnya kebenaran akan mengatasi kebatilan.

Wan Azizah mengambil contoh bagaimana masyarakat Orang Asli yang selama ini dianggap bahan untuk memenangkan BN dalam PRU, pun sudah boleh berubah.

“Setelah 52 tahun merdeka, keadaan hidup Orang Asli, penempatan, pendidikan, kesihatan dan ekonomi mereka masih jauh ketinggalan dan tidak terbela. Bahkan tanah adat dan kawasan rayau mereka tidak digazet dan semakin banyak tanah dan hutan kawasan mereka yang diceroboh sehingga menyukarkan Orang Asli mencari makan, meskipun mereka merupakan penyokong tegar Umno/BN selama ini,” ujarnya.

Wan Azizah berkata, baru-baru ini Orang Asli di Selangor berjaya mendapatkan pampasan melalui mahkamah daripada Kerajaan Malaysia sebanyak RM16 juta setelah tanah yang mereka miliki turun temurun telah 16 tahun digunakan menjadi lebuh raya.

“Itupun setelah Selangor dikuasai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR),”katanya.

“Saya yakin dengan perkembangan terakhir, Orang Asli akan berubah daripada menyokong BN kepada menyokong PR. Jika Orang Asli yang selama ini dikaitkan begitu liat untuk berubah pun daripada menyokong BN boleh menukar anjakan politik mereka kepada PR, saya penuh yakin bangsa-bangsa lain termasuk orang Melayu pun pasti akan menurut langkah yang sama.”

Mengenai lagak pemimpin Umno hari ini yang tiba-tiba ‘lembik tengkuk’ bercakap tentang perpaduan Melayu sehingga begitu galak dan bernafsu mengajak PAS bersatu, Wan Azizah menganggapnya sebagai perangkap politik stail lama parti itu yang sedang terdesak.

“Seperti juga kata Tok Guru Nik Aziz, Umno ini bila dalam keadaan terdesak barulah dia cari PAS. Ini bukan kali pertama, cuba tengok sejarah selepas pilihan raya 1969, 1999 dan 2008. Tapi cuba tengok pada masa mereka kuat iaitu pada 1982 dan 2004, ada timbul isu perpaduan Melayu?

“Saya juga lihat ini satu helah untuk memecahbelah, meragukan dan cuba untuk melagakan sesama parti dalam Pakatan, PKR, DAP dan PAS ragu meragui antara satu sama lain,” jelasnya.

Untuk isu perpaduan yang cuba dimainkan Umno ini, Wan Azizah sempat meninggalkan dua rangkap pantun yang menarik:

Semasa Umno berada gagah,
PAS dianggap seperti sampah;
Bila Umno sudah lemah,
Baru teringat perpaduan ummah.

1 Malaysia perpaduan Melayu,
Kami ingat perpaduan negara;
Rakyat Malaysia jangan tertipu.
Umno/BN lupakan saja.




Umno jangan halang tazkirah di masjid

Saya cukup merasa terpanggil apabila membaca artikel bertajuk “Mengembalikan kegemilangan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu” (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mengembalikankegemilanganmasjidsebagaipusatpenyebaranilmu/Article/index_html) tulisan kolumnis Dr Zaini Ujang di muka surat 29 akhbar Berita Harian bertarikh 20/08/2010 (Jumaat) .

Memang sepatutnya begitulah, masjid boleh dijadikan tempat penyebaran ilmu yang boleh membawa kepada kemajuan rohani dan material umat.

Antara lain penulis berkenaan menulis: “Setiap kali Ramadan, masjid di seluruh dunia bertukar suasana. Meriah dan penuh dengan acara. Selain majlis berbuka puasa dan solat tarawih, masjid juga menjadi kunjungan untuk bertadarus al-Quran, tazkirah dan qiamulail.”

Penulis mungkin pernah membaca sejarah Islam bahawa kegemilangan ilmu pada zaman kegemilangan Islam silam adalah bermula daripada masjid. Ertinya, masjid seharusnya bukan sahaja dimakmurkan sebagai tempat ibadah khususiah kepada Allah SWT., malah mestilah dikembangkan keilmuan melalui pengajian-pengajian dengan sistematik dan terkawal.

Bagaimanapun, masjid yang berada di bawah negeri pemerintahan Umno/BN pada masa ini tidak mudah untuk dibudayakan dengan pengajian ilmu.

Sebagai contoh, masjid-masjid di negeri Pahang pada bulan Ramadhan ini tazkirah seolah-olah ‘dihalang’, meskipun kita tahu bahawa kuliah itu adalah untuk menceritakan tentang kebenaran.

Mungkin kenyataan ini ada yang mengatakannya sebagai prejudis, tetapi memang sesetengah masjid di negeri ini mendapat arahan bertulis daripada pihak berkuasa supaya mengadakan Solat Tarawikh dengan jumlah 20 rokaat.

Apa maksudnya itu jika tidak bermaksud untuk menghalang tazkirah?

Jadi, hanya AJK dan pegawai masjid yang berani sahaja yang membenarkan diadakan tazkirah di masjid mereka.

Pada satu ketika dulu masjid-masjid di negeri Pahang ini telah ‘dirampas’ kuasa pentadbirannya apabila Ahli-ahli jawatankuasa (AJK) ditentukan oleh Jabatan Agama Islam Pahang. Ertinya, ahli kariah tidak berkuasa lagi melantik AJK masjid mereka.

AJK lantikan imam itu pula sudahtentu ditampilkan daripada Umno. Dan jangan terperanjat, sebahagian daripada mereka sebenarnya amat asing dan bukan ahli masjid pun.

Mungkin tujuan lantikan itu adalah untuk membendung supaya tidak menular pengaruh pensyarah yang dirasakan tidak pro-Umno dalam kuliah-kuliah yang disampaikan. Sejak itu banyak kuliah di masjid-masjid di negeri ini berkubur.

Saya masih ingat, pada satu ketika apabila mahu diadakan forum perdana di Masjid Peramu, Kuantan terdapat anggota polis dan FRU yang cuba menghalang majlis berkenaan berlangsung.

Berbalik kepada isu pengajian di masjid ini, sepatutnya pihak berkuasa sedar bahawa kegawatan sosial dan akhlak yang berlaku pada hari ini sememangnya memerlukan satu penekanan dan fokus khusus. Mungkin pada satu sudut penguatkuasaan amat penting. Dan pada satu sudut yang lain pula, ilmu dan tarbiyah juga perlu diterus disemaikan.

Kita ambil satu contoh kes yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu isu buang bayi. Sepatutnya jika tazkirah dimasjid dibenarkan dengan sokongan semua pihak berserta pelbagai kemudahan, sekurang-kurangnya masalah penyakit sosial itu dapat difokuskan dengan cara pendidikan ilmu, kesedaran dan ugutan.

Seperti yang kita ketahui, lazimnya pada bulan Ramadhan ini ramai umat Islam yang bertanding ke masjid berbanding pada waktu-waktu lain. Dengan demikian diharap dapatlah dimanfaatkan supaya mereka yang hadir dapat juga berperanan membendung gejala buang bayi ini.

Rencana yang ditulis oleh Dr Zaini Ujang saya anggap amat baik dan jika dapat dibaca sama oleh pemimpin-pemimpin Umno, ia tentulah lebih baik lagi. Jika semuanya terbuka, kita harap sebahagian penyakit-penyakit sosial dapat dibendung dan dikurangkan melalui pendidikan, kesedaran dan ilmu yang disampaikan menerusi tazkirah di masjid-masjid.






Sudah tiba masanya PAS gantikan Umno

Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan Umno yang bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30% ekonomi bumiputera. Malahan isu ini akan dijadikan modal selagi Umno hidup atas muka bumi ini. Kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan kegagalan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera di negara ini. Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat.

PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. Inilah persepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP pada 19/12/2009.

Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor corot, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi bumiputera.

PAS mencadangkan kepada Umno kena banyak muhasabah diri, kenapa terjadi demikian. Pemimpin Umno kena fikir, mereka ada kuasa membuat dasar, melaksana, semuanya berada di dalam genggaman Umno. Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno menjadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara.

PAS berpandangan pencapaian ini tidak tercapai kerana Umno melaksanakan dasar Umnoputera. Agih projek bukan kepada mereka yang sepatut dapat, merekalah yang menjadi jutawan 10% dengan mengali babakan projek yang dapat melalui “hak istimewa orang Umno”. Siapakah yang menjual ekuiti 30% yang diperuntukan kepada bumitera setiap kali syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Kemana pergi dana RM54 bilion untuk ekuiti bumiputera, sekarang hanya tingga RM2 bilion, bermakna RM52 billion lesap. Sekiranya pemimpin Umno amanah dan jujur dengan dana sebanyak RM54 bilion, sudah tentu pencapaian ekuiti bumiputera sudah melebihi 30%.

PAS pernah terlibat di dalam Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) tahun 1990 dengan cadangan yang bernas untuk peningkatan ekonomi bumiputera dan pembelaan kepada kaum lain. Cadangan PAS di sambut baik termasuk di kalangan ahli MAPEN yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu di dalam majlis tersebut. PAS mengemukakan cadangan berdasarkan kepada prinsip keadilan dalam Islam yang sejagat. Malangnya cadangan tersebut dibangkul sampah oleh Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu.

PAS lebih berjaya menguruskan ekonomi dengan adil, iaitu membantu kepada mereka yang wajib dibantu. Pengalaman Pas di Kelantan selama 20 tahun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu dan membantu bukan Melayu yang dhaif. Kesejahteraan dan keharmonian dapat dilihat dengan mata kasar. Begitu juga kejayaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat Trengganu daripada miskin nombor dua kepada miskin nombor empat.

Kerajaan PAS Terengganu juga telah memberi tanah khususnya tapak rumah kepada orang Cina dan kaum lain yang tidak bertanah, kerana mereka dalah golongan yang perlu dibantu. Kerajaan Kedah baru sahaja diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat, telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga menjadi kehairanan bekas pimpinan Umno Kedah, macam mana Datuk Seri Azizan Razak berjaya memerintah Kedah walaupun dengan kekangan kewangan yang parah. Sampailah masanya PAS menggantikan Umno berdasarkan rekod dan prestasi negeri yang PAS pimpin untuk kesejahteraan rakyat berbagai kaum di negara ini.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Mengenali MCA, Umno dan Perkasa

Oleh SUHAIMI SAID

Ia bermula dengan perisytiharan 1Malaysia. Orang Cina yang bernaung di bawah MCA berfahaman bahawa 1Malaysia adalah satu konsep bahawa wujud persamaan di antara semua kaum di Malaysia. 1Malaysia adalah suatu sistem merit. Maka tidaklah lagi sesuatu kaum itu mempunyai sesuatu kelebihan dari kaum yang lain. Dan tentulah dengan wujudnya 1Malaysia ini memberikan nafas kelegaan kepada MCA untuk mempengaruhi kaum Cina menyokong parti itu yang kini sudah ditolak oleh majoriti kaum itu.

Maka diatas premis itu, Dr Chua Soi Lek membuat komen yang menekankan kesamaan semasa memberi ucapan di Kongres Ekonomi Cina yang diadakan oleh MCA Sabtu lalu.
Di Kongres itu, Dr Chua menyatakan bahawa parti itu telah memperjuangkan bahawa bumiputra diberikan keutamaan harga didalam sektor-sektor tertentu dengan ekonomi dilembutkan didalam tender terbuka.

Katanya, untuk membolehkan bumiputrabersaing diatas basis yang adil, MCA mencadangkan agar 30% ekuiti bumiputra dikurangkan beransur-ansur dengan pengenalan harga keutamaan yang baru.

Setelah Muhyiddin Yassin membuat teguran yang keras kepada Soi Lek, Presiden MCA itu berkata bahawa perubahan itu perlu bagi MCA jika ia mahu menjadi relevan untuk perjuangan kaum Cina, dan beliau tidak akan menarik balik cadangannya itu. Didalam kenyataannya yang lain beliau menyatakan bahawa MCA tidak mempertikaikan Hak Keistimewaan Orang Melayu.

Muhyiddin telah meletakkan satu fron bahawa kenyataan Soi Lek itu sebagai mempersoalkan kepentingan Orang Melayu dengan menyatakan bahawa mana-mana parti boleh memperjuangkan hak dan kepentingan kaum masing-masing tetapi tidak mempersoalkan kedudukan Orang Melayu.

Kalau dikaji dari segi bahasa kedua-dua Soi Lek dan Muhyiddin cuba menggunakan bahasa yang sangat berhati-hati, tetapi semua orang faham bahawa kedua-duanya bermain dari segi politik perkauman. Soi Lek meletakkan isu 30% ekuiti orang Melayu dikurangkan dengan bahasa yang sangat lembut dan Muhyiddin memberi amaran agar hak Orang Melayu tidak disentuh dengan bahasa yang juga lembut. Dan didalam kelembutan masing-masing itu, kedua-duanya bermain dengan politik perkauman yang sangat tajam.
Lembut atau pun tidak, PERKASA sebuah NGO yang terkenal dengan sikap kerasnya membaca apa yang dinyatakan oleh Soi Lek itu sebagai mempersoalkan Hak Keistimewaan Orang Melayu dan melalui Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali telah membuat laporan Polis jam 2.00 petang semalam di Balai Polis Dang Wangi.

Didalam laporan itu, Perkasa menyatakan bahawa Soi Lek mempersoalkan sistem kuota yang diberikan kepada Bumiputra dan menganggap kenyataan Soi Lek sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kemarahan dan keresahan dikalangan orang awam.

Beliau meminta supaya Soi Lek disiasat dibawah Akta Hasutan.
Bunga-bunga perkauman akan berbuah jika politik perkauman tidak dibendung dari sekarang. Tetapi siapakah yang akan membendung sentimen perkauman ini? UMNO? UMNO tidak mampu berbuat demikian kerana sentimen perkauman sebegini diharapkan dapat menyatukan Orang Melayu dibawah UMNO. MCA? MCA sudah kehilangan taringnya dikalangan Orang Cina dan berharap sentimen ini dapat diteruskan bagi menarik Orang Cina menyokong MCA. PERKASA? Sentimen Melayu adalah dasarnya dan Perkasa tidak akan dan tidak boleh wujud melainkan memainkan sentimen Melayu.

Kita telah menyaksikan Insiden 13 Mei yang jahat dan keji. Walaupun 13 Mei dimainkan oleh politikus-politikus perkauman tetapi yang menjadi mangsanya adalah orang awam biasa dan pemimpin-pemimpin politik yang menentang perkauman.

Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Malaysia adalah sebuah Negara yang multi-rasial. Politik perkauman adalah politik yang berbahaya yang boleh menyebabkan keharmonian kaum pecah dan boleh menyebabkan pecahnya perpaduan kaum dalam bentuk yang sangat merugikan negara. UMNO, MCA dan MIC adalah 3 buah parti politik yang ditegakkan diatas dasar kaum. Parti-parti seumpama ini sudah ketinggalan zaman, dan politik yang mereka bawakan adalah politik yang jijik dan mundur.

Walaupun mereka bergabung diperingkat Barisan Nasional tetapi mereka mencari pengaruh dikalangan kaum masing-masing dengan mengusik isu perkauman dan berpolitik secara negatif.

Rakyat menuntut supaya parti-parti berasaskan kaum ini membubarkan parti mereka atau meminda Perlembagaan masing-masing dengan menjadikan dasar mereka sebagai dasar yang terbuka, luas dan boleh diterima dan disertai oleh semua kaum.

PAS telah memberikan contoh yang terbaik. Walaupun asalnya parti itu dianggotai oleh orang-orang Islam sahaja tanpa mengira kaum, tetapi kini parti itu menjadikan Kelab Penyokong PAS yang disertai oleh semua kaum yang bukan Islam, sebagai satu Dewan didalam PAS dan mereka itu diberikan hak berpolitik dan menyertai pertandingan didalam parti serta bertanding didalam Pilihanraya.

UMNO menjadi semakin mundur dan kini tampak seolah-olah ia mahu membuktikan bahawa ia lebih perkauman dari pertubuhan-pertubuhan NGO yang sarat dengan sentimen perkauman, dan trend yang dibawakan oleh UMNO juga MCA adalah trend yang sangat berbahaya dan kekacauan kaum boleh tercetus hasil dari politik perkauman yang mereka bawa!

Friday, August 20, 2010

Pengetua 'rasis': Bagaimana acuan begitulah kuihnya

‘Benih’ api perkauman yang dimainkan Umno dan sekutunya sejak berlalu pilihan raya umum (PRU) 2008 mulai membuahkan hasilnya apabila kini satu demi satu institusi menyahut seruan tersebut dengan menambah kehangatan.

Terbaru, media melaporkan, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, dari Kulai Johor, Siti Inshah Mansor didakwa menghamburkan ucapan rasis secara terbuka kepada pelajar pada 12 Ogos lalu.

Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Perbuatannya tentulah serius, sebab itulah mendapat respons Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut bagi mendapatkan fakta berkaitan dan merancang tindakan lanjut ekoran emosi pelbagai pihak semakin bergelora.

Bagi kita pula, pengetua tersebut mungkin bersalah jika memang berniat dengan sengaja menghina warganegara lain dalam ucapannya.

Namun jika pemimpin Umno dan sekutu-sekutunya sendiri tidak lebih dahulu berbuat demikian, beranikah seorang pengetua wanita itu melakukannya?

Semua orang tahu, bahawa mainan isu perpaduam kaum adalah agenda Umno. Semua orang tahu bahawa isu tersebut dipolitikkan sebagai tindak balas dan curahan rasa dendam kepada golongan bukan Melayu di negara ini yang rata-rata menolak Umno/BN pada PRU yang lalu.

Semua orang maklum bahawa Umno kehilangan dua pertiga majoriti di parlimen dan kehilangan lima negeri pada PRU lalu adalah gara-gara orang Cina dan India yang 60 ke 80% menolak BN. Hanya pengundi Melayu yang berganjak sedikit mengalih sokongan kepada Pakatan Rakyat antara 2 ke 6% daripada keputusan yang dibuat pada PRU 2004.

Sejak itulah pemimpin Umno memainkan isu perkauman termasuk cuba memerangkap PAS dalam isu perpaduan Melayu.

Tetapi orang Umno mudah lupa, bahawa Cina dan India-lah pada PRU 1999 yang menyelamatkan Umno/BN apabila kira-kira 65% orang Melayu menolak parti itu pada PRU tersebut.

Sementara itu kita melihat ucapan pengetua berkenaan amat tidak wajar dan buta sejarah, kerana bangsa Cina di Malaysia sudahpun diiktiraf sebagai warganegara sebagai mana persetujuan yang dibuat Umno, MCA dan MIC semasa
menuntut merdeka daripada penjajah Inggeris dulu.

Maknanya, Cina MCA dan India MIC juga turut membantu Melayu Umno untuk mendapatkan tandatangan perisytiharan kemerdekaan daripada Britain ketika itu.

Sepatutnya jika Umno tidak bersetuju dengan Cina dan India menjadi warganegara sebagai salah satu syarat kemerdekan, Umno sepatutnya memperjuangkannya pada masa itu. Umno sepatutnya berhempas pulas menggunakan pelbagai saluran bagi memastikan hanya orang Melayu sebagai warga kelas satu negara ini.

Sekarang apa sudah jadi?

Hari ini Umno mendabik dada ‘menghunus keris’ mengangkat ketuanan Melayu dan melabelkan bukan Melayu sebagai itu dan ini. Tidakkah ini permainan politik murahan?

Berbalik kepada isu ucapan perkauman pengetua tadi, ia sememangnya tidak wajar sama sekali. Namun kita harus sedar dengan pepatah “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.

Maka jika pemimpin Umno atau sekutunya saban hari membuat kenyataan perkauman, akhbar-akhbar dan telivisyen Umno juga sering mencanangkan isu perkauman, maka siapakah yang bersalah dalam hal ini?

Peliknya, pihak kerajaan pula sepanjang masa menyarankan kehidupan harmoni pelbagai kaum. Konsep 1Malaysia sudah tentu sebuah cita-cita impian Najib Tun Razak mahukan rakyat pelbagai kaum boleh hidup harmoni. Namun pada masa yang sama, sebahagian pihak Umno pula seolah-olah inginkan suasana tegang berpanjangan.

Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika api perkauman ditiupkan oleh Umno, MCA dan MIC, pemimpin PAS-lah yang paling gusar kerana selepas itu akan berlaku operasi penangkapan ke atas mereka.

Bagaimanapun kali ini kita harap tidaklah sehingga terjadi begitu.


Daerah Dato Nan dilanda banjir kilat

BENTONG: Daerah ini, yang mana Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menjadi Ketua Bahagian Umno dan Adun, dilanda banjir lagi setelah hujan lebat pagi semalam menyebabkan beberapa rumah di kawasan rendah dan berhampiran sungai di dua kampung iaitu Kampung Lebu dan Felda Lurah Bilut dinaiki air.

Tahun ini sahaja tidak kurang empat kali daerah ini dilanda banjir serupa apabila ditimpa hujan lebat.

Anehnya, hanya Bentong yang dilanda banjir dan ternyata disebabkan pembangunan yang tidak teratur serta masalah perparitan yang tidak sempurna.

Banjir tersebut telah menyebabkan laluan di persimpangan Sungai Marong dekat sini dinaiki air sedalam 0.3 meter menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya pada awal pagi iaitu ketika kebanyakan penduduk menggunakan laluan itu untuk ke tempat kerja dan sekolah.

Dalam masa sama, laluan di Kilometer 12 Jalan Karak-Manchis dekat Telemong turut dinaiki air sedalam satu 0.6 meter hingga menyebabkan jalan ditutup kepada lalu-lintas selama empat jam bermula 7.30 pagi hingga 10.30 pagi semalam.

Jalan berhampiran Sungai Perdak dekat Telemong juga turut dinaiki air serta menjejaskan perjalanan lalu-lintas terutamanya di sekitar Jalan Karak-Manchis.

Menurut penduduk, Sungai Lebu yang makin cetek dan dipenuhi sampah sarap kayu menyebabkan paras air naik mendadak.

Menurutnya, pihak berwajib diminta mengambil tindakan membersihkan dan mendalamkan sungai supaya ia tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, jalan yang dinaiki air ialah Kilometer 12 Jalan Karak- Manchis bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi tadi (semalam).

Menurutnya, jalan ditutup kepada semua kenderaan memandangkan kedalaman air lebih kurang 0.6 meter dan dibuka semula kepada lalu-lintas kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

“Terdapat beberapa buah rumah penduduk yang terletak di tepi sungai dinaiki air namun tiada keluarga yang dipindahkan.

“Memandangkan cuaca agak tidak menentu, penduduk di kawasan berhampiran sungai dinasihatkan berwaspada dan jangan membenarkan anak-anak bermain air sungai bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, masyarakat yang tinggal di kawasan mudah dinaiki air dinasihatkan agar mematuhi arahan dari pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya keadaan menjadi bertambah teruk.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan, Datuk Hoh Khai Mun berkata, masalah banjir kilat di persimpangan Sungai Marong dekat sini berpunca dari masalah sistem perparitan yang tersumbat dan tidak mampu lagi menampung aliran air di kawasan ini.

Menurutnya, sejumlah RM500,000 diperlukan untuk menaik taraf sistem perparitan di kawasan ini terutama sekali melibatkan penggantian longkang sedalam 0.6 meter kepada 1.5 meter bagi perancangan jangka panjang menangani masalah ini.

“Ini kali kedua kawasan ini dilanda banjir kilat dalam menyebabkan aliran trafik sedikit terjejas.

“Namun sebagai perancangan jangka pendek, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah diarahkan untuk menjalankan kerja pembersihan bagi membaiki longkang yang tersumbat,” katanya.


~ Sumber: Sinar Harian


Masalah buang bayi? Ini penyelesaiannya

Apa sudah jadi dengan negara kita? Saban hari masalah bayi dibuang terus berkumandang di media tanah air.

Bagaikan sudah menjadi ternd dan wabak yang berjangkit, masalah buang bayi terus berlaku.

Pada masa ini, peruntukan undang-undang yang ada gagal menakutkan pesalah, apa lagi pihak berkuasa sendiri menyediakan jalan-jalan ke arah itu secara kondusif seperti menganjurkan pelbagai pesta dan perayaan, mengizinkan premis-premis maksiat berurusniaga dan gagal menyekat bahan-bahan porno atau yang menimbulkan syahwat.

Penyediaan ‘tempat buang bayi’ yang direstu kerajaan juga juga gagal mengurangkan jenayah tersebut.

Mujurlah Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat muncul dengan satu formula penyelesaian iaitu: Hudud cara terbaik.

Kata beliau di Kota Bharu, Kerajaan Pas Kelantan tidak berputus asa untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri ini walaupun mendapat halangan daripada Kerajaan Pusat dengan pihaknya sedaya upaya melaksanakan undang-undang tersebut berdasarkan kemampuan yang ada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Apa yang mampu untuk kita laksanakan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri kita kan buat. Kita membatas penjualan arak, mengharamkan riba, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel dan banyak lagi perubahan,”katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Sambutan Hari Hudud Negeri Kelantan di sini semalam.

Kelantan sebelum ini meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) pada tahun 1993 sekali gus menjadi negeri pertama yang meluluskan undang-undang yang berkaitan hudud.

Dalam pada itu Nik Abdul Aziz berkata, peningkatan gejala sosial yang melanda negara kini adalah kerana undang-undang yang digunakan tidak berjaya mencegah kemungkaran yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Malah katanya, peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap yang sangat membimbangkan, ditambah lagi dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian di negara kita.

“Kes-kes buang bayi pula semakin membimbangkan di mana ia meningkat 154 peratus dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat sering kali tersalah anggap tentang hukuman tersebut.

~ petikan dari sumber Sinar harian