Thursday, May 31, 2018

Ijtimak Badar Al Kubra di Kompleks Al Makmur esok

PAS Pahang akan mengadakan program Ijtimak Badar Al Kubra dengan tema Pengukuhan perjuangan Islam di Malaysia esok (Jumaat) sempena 16 Ramadan.

Ijtimak pertama PAS Pahang selepas PRU 14 itu akan diadakan di Kompleks Al Makmur, Kerdau, Temerloh bermula jam lima petang.

Antara pengisiannya ialah bacaan Ma'thurat yang akan dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Kuala Krau Ustaz Aireroshairi Roslan diikuti kuliah tadabbur al Qur'an oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik.

Tabung derma dedah keadaan cemas pelabur


KUANTAN: Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) mewujudkan Tabung Harapan Malaysia untuk rakyat membantu membayar hutang di negara dijangka memberi kesan buruk kepada pelaburan negara.

Adun Panching, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, malah ia juga akan mendedahkan keadaan cemas kepada pelabur dan boleh menyebabkan kejatuhan saham di bursa saham sebagaimana pendedahan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan bahawa hutang negara mencecah RM1.08 trilion.

Menurutnya, kerajaan Harapan tidak sepatutnya tergopoh-gapah dalam perkara sebegini dan sepatutnya ia diselesaikan menerusi pengurusan yang baik memandangkan kerajaan sudah melantik penasihat ekonomi.

PAS makin diterima rakyat

KUANTAN: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata parti yang memperjuangkan cita-cita Islam itu tetap diterima rakyat meskipun bergerak bersendirian kali ini.

Malah, katanya, jika Tsunami Hijau berlaku di Kelantan dan Terengganu sehingga melayakkan PAS membentuk kerajaan negeri, di Pahang pula parti itu memenangi lapan kerusi Dun berbanding dua kerusi yang dimenangi pada PRU14.

“Ini adalah satu perkembangan yang positif kepada PAS, daripada dua kerusi kepada lapan kerusi untuk terus bekerja keras pada PRU15 bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

“Walaupun ada sedikit kontra di Parlimen di mana tidak mendapat sokongan tetapi kita lihat kedudukan kerusi Parlimen ada kerusi campuran yang mempunyai ramai bukan Islam, ertinya kepercayaan rakyat kepada PAS tetap ada,” katanya kepada media.

Beliau berkata kemenangan terbabit juga membuktikan bahawa PAS adalah parti yang boleh diharapkan membawa Islam dan mempunyai pegangan politik Islam yang kuat.

Ini diperkuatkan lagi rekod pemerintahan PAS yang sifar rasuah.

“Jadi, rakyat masih percaya pada PAS untuk membawa Islam dan menyokong parti Islam ini kerana mereka tidak dapat menerima pemikiran agak liberal,” katanya.

Dalam pada itu, Andansura berkata, wakil rakyat yang dipilih rakyat terutamanya dari parti PAS dapat melaksanakan tugas mereka dengan memberi keyakinan pada rakyat di tempat masing-masing.

Katanya, langkah terbabit perlu dilakukan bagi memastikan pertambahan sokongan rakyat kepada PAS pada PRU15.

Selain memenangi 8 kerusi Dun, ada beberapa kerusi lagi yang PAS tewas tipis dan dijangka boleh dimenangi pada masa akan datang.


Wednesday, May 30, 2018

Mengingati tragedi pengeboman maut 68 jentera pembinaan laluan Grik-Jeli


Tanggal 23 Mei 1974 lalu genap 44 tahun peristiwa pengeboman 68 jentera pembinaan Jalan Raya Timur Barat.

Sempena peristiwa itu, apa kata kita imbas kembali kisah serta pengorbanan kakitangan JKR. Moga-moga jasa #unsunghero seperti Tok Wan dan rakan-rakan terus dikenang dan dirahmati allah.#alfatihah

Lebuhraya Timur Barat yang menghubungkan Gerik, Perak dengan Jeli, Kelantan sudah 36 tahun dibuka kepada lalu lintas.

Bagi kebanyakan kita, lebuh raya sepanjang 125 kilometer yang beroperasi mulai Julai 1982 ini hanyalah sekadar laluan yang memendekkan perjalanan dari Utara ke pantai Timur, khususnya Kelantan.

Budaya Positif dan Pentadbiran yang Baik - Kitaran Kebaikan


Oleh DAUD VICARY, KURT LIEBERMAN

Dalam catatan blog terdahulu, kita membincangkan bahawa setiap daripada kita mempunyai “Tanggungjawab Individu" dan ia dipandu oleh iman kita. Mujurlah, tema yang sama dalam panduan semua agama utama, bersama-sama dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), membantu kami meningkatkan impak individu kami melalui kuasa nombor dan melalui kerjasama.

Terdapat perkara lain di tempat kerja yang membantu kita memperbaiki diri. Kita tidak dapat melihatnya, jadi kita tidak menghargainya. Fikirkannya sebagai suatu kitaran kebaikan dan mandiri. Kitaran wujud dalam budaya di mana perkara-perkara yang baik menjadi rutin.

Dalam masyarakat, apabila kita melihat orang yang membantu orang lain yang memerlukan, norma atau harapan masyarakat ialah semua orang membantu. Budaya positif ini menyumbang kepada lebih banyak perkara-perkara baik dilakukan dan kitaran kebaikan mengukuhkan lagi budaya positif. Sebaliknya, apabila seseorang melihat orang lain lebih menumpukan pada membantu diri sendiri berbanding dengan orang lain, ia seringkali merugikan orang-orang lemah, maka masyarakat tidak mempunyai harapan untuk mendapatkan bantuan dan tidak memiliki kitaran kebaikan.

Monday, May 28, 2018

Pemuda PAS sanggah Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar  dari Pakatan Harapan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan salah seorang pelapis muda kepimpinan negara pada masa depan.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berusia 26 tahun itu merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Undang-undang. Beliau menjadi terkenal kerana pernal merangkul Juara Debat Asia.

Bukan itu sahaja, Syed Saddiq juga kini menjadi ‘fenomena’ kegilaan anak muda seperti ikon, figura atau selebriti

Namun pandangan-pandangan beliau berkaitan PAS selalu tersilap atau tersasar, mungkin dek kerana bias mahu tidak memahami tabiat perjuangan PAS itu sendiri. Apatah lagi sudah berada di sebelah kerajaan memerintah ini, suara Syed Saddiq akan boleh menguasai semua media arus perdana.

Muhtar Suhaili dari Dewan Pemuda PAS Malaysia, iaitu seniornya di UIAM, mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai Syed Saddiq. Berikut disiarkan warkah panjang dari Muhtar ditujukan kepada Syed Saddiq ini untuk tatapan umum.

-      Editor

WARKAH KHAS BUAT SDR SYED SADDIQ, TUDUHAN YB KURANG TEPAT DAN PREJUDIS TERHADAP PAS!

Murid terkoyak telinga ditarik guru

Sudah agak lama juga tidak terdengar kes ‘konfrontasi’ antara pihak sekolah melibatkan guru, dengan pihak pelajar atau ibu bapa.

Dulu sesekali kita ada terdengar kes murid tercedera akibat dipukul guru. Terkadang kita terdengar pula bagaimana pihak guru diugut atau dihadapkan ke mahkamah kerana menghukum anak-anak mereka yang dipandang secara bersangatan.

Pendek kata, sesuatu kes melibatkan dua pihak itu menjadi hangat terutamanya apabila disensasikan oleh media. Kebiasaannya, akan ada pula di kalangan masyarakat menyokong satu pihak manakala kelompok yang lain pula menyokong pihak yang satu lagi. Begitulah seterusnya.

Sunday, May 27, 2018

Potongan 2% gaji suami

EPF 2% DARIPADA GAJI SUAMI MENAMBAH BEBAN RAKYAT DAN MENGUNTUNGKAN KAPITALIS. 

Oleh: Zaharudin Muhammad Al-Faqeeh. 

Saya sangka KWSP untuk suri rumah 100% daripada kerajaan tetapi rupanya 2% adalah daripada gaji suami. 

A : Jika 2% dipotong daripada gaji suami disamping persen yang telah sedia dipotong sebelum ini, maka: 

Saya harap kerajaan lebih perihatin kepada kepada nasib rakyat yang terpaksa bayar cukai yang tinggi dan ditambah lagi dipaksa potong itu dan potong ini sehingga menipiskan kadar mampu belanja rakyat. Tabung atas, KWSP, PNB, 1MDB dan lain-lainnya dah tak tahu nak melabur kat mana dah, sampai ke oversea dan lain-lain. Tapi tabung bawah (baca poket rakyat), nak membeli pun tak cukup. Lembah Klang pendapatan bawah RM5,000 dianggap sebagai tidak mengcukupi. Kalau gaji RM5,000, dipotong KWSP wajib lagi, pelbagai cukai lagi, tol, tambah potong KWSP baru pulak untuk suri rumah, maka semakin nipislah poket rakyat. Bila pencen, nilai dan kuasa beli wang tersebut mungkin sudah tidak sama dengan nilai dan kuasa beli waktu mereka membayar.  

Saturday, May 26, 2018

Hormati, jagalah keutuhan institusi raja-raja Melayu

Walaupun PRU14 sudah pun selesai 16 hari namun cuaca politik negara yang timbul kerana PRU14 tetap hangat.

Sepanjang 16 hari ini, rakyat melihat bagaimana parti-parti dan watak-watak politik menimbulkan pelbagai pertikaian terutamanya kemelut menubuhkan kerajaan yang telah dan sedang berlaku.

Namun dalam keghairahan semua pihak untuk mempertahankan ruangan masing-masing jangan sesekali kita mengguris keutuhan dan kedaulatan institusi raja-raja yang telah sekian lama menjadi naungan kepada semua rakyat Malaysia.

Utamakan kebajikan rakyat - Tengku Abdullah

ROMPIN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Kerajaan Negeri Pahang mengutamakan kebajikan rakyat, khususnya perumahan.

Memetik sumber Bernama, dalam majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Kampung Leban Chondong di sini semalam, baginda bertitah aspek perumahan khususnya yang melibatkan rumah mampu milik penting untuk membantu mereka yang baharu hendak memulakan kehidupan.

Friday, May 25, 2018

Adun Jengka gempur pusat judi

BANDAR JENGKA: Tanah Rancangan Felda Jengka 14 di sini telah sering kali digelar sebagai ‘Tongkiat Kedua’.

Ini berikutan wujudnya kedai judi nombor ekor haram yang telah beroperasi secara sembunyi-sembunyi sejak beberapa tahun lalu dengan berselindung di sebalik jualan perabut dan baja.

Hasil aduan orang ramai, pagi semalam Adun Jengka Ustaz Shahril Azman AlHafiz telah turun padang meninjau sendiri masalah berkenaan.

Adun Tahan lawat sumber air Kampung Pagi



JERANTUT: Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin meninjau sumber air bagi penduduk sekitar Kampung Pagi bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pengguna selamat dan tidak terjejas.

Program yang bermula pada pagi Khamis (semalam) itu turut disertai Pegawai Jabatan Hutan Daerah Jerantut, Encik Zarin Ramlan dan Inspektor Kesihatan Bahagian Unit Air Masyarakat Encik Anuar beserta pegawai-pegawainya.

Rombongan dibawa menyelusuri serta melihat keadaan Sungai Betong yang merupakan sumber dan punca air seluruh penduduk Kampung Pagi dan sekitar.

Thursday, May 24, 2018

Selamat bertugas YB!



Kini lengkaplah pasukan baru bagi menggerak dan memacu kerajaan negeri Pahang, dua minggu selepas PRU 14.

Tidak seperti sesi yang lepas-lepas, pembentukan team Menteri Besar (MB) Pahang agak lewat sedikit kali ini. Ini berikutan kecundangnya kerajaan BN yang memerintah selama lebih 60 tahun di peringkat persekutuan dan keduanya pertukaran MB yang baharu.

Pemisahan kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan: Kotakan janji segera

Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR

1. Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu pemisahan kuasa antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman dilakukan bagi mengelakkan penyelewengan kuasa perhatikan dengan penuh hati-hati. Kenyataannya itu benar-benar diharapkan sebagai suatu kenyataan yang realitistik dan bukan bukan sekadar harapan palsu dari seorang yang baru mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.  Rakyat sendiri akan menilai sejauh mana beliau mampu mengotakan kata-katanya di penghujung usianya itu atau sekadar hanya kata-kata retorik politik bagi menyedapkan halwa telinga rakyat.

Wednesday, May 23, 2018

Anwar melangkah bebas

Pada hari Khamis (selepas PRU) pada ketika  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditunjukkan sebagai Timbalan Perdana Menteri, suaminya yang dikenali ramai telah bersedia untuk dibebaskan, beliau memilih untuk berperanan sebagai isteri dengan membantu (suaminya) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenakan jaketnya.

Hari tersebut menjadi hari yang luar biasa bagi Anwar dengan menaiki MPV hitamnya menghampiri petugas-petugas media yang begitu teruja di luar Hospital Pemulihan Cheras dan kemudiannya bergerak ke istana, diiringi oleh kereta-kereta polis dengan lampu biru yang berkerdip.

Walimah Perdana kembali lagi



KUANTAN: Pejabat Adun Tanjung Lumpur sekali lagi menawarkan program walimah perdana untuk tahun kelima kali ini dan pendaftarannya sedang dibuka.

Dalam page Adun Tanjung Lumpur, program yang sentiasa mendapat sambutan ramai itu akan diadakan pada lima November tahun ini dan lokasi kenduri akan dimaklumkan.

Menurutnya lagi,  setiap pasangan akan dikenakan bayaran sebanyak RM1,500 sahaja dan syaratnya salah seorang pasangan pengantin mestilah bermastautin didalam Parlimen Kuantan.

Tuesday, May 22, 2018

Tidak UG: PAS buat keputusan tepat

Daripada lebih 2 juta pengundi itu dipercayai yang tidak bersetuju dengan tahaluf siyasi dengan DAP

Oleh MUHAMAD MAT YAKIM

DALAM tempoh dua hari selepas PRU14, ramai orang tertanya-tanya: Adakah PAS akan bergabung dengan BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Kedah dan Perak?

Ini berikutan keputusan pilihan raya yang meletakkan politik di dua negeri itu dalam situasi tidak menentu.

Monday, May 21, 2018

Tempat solat di bazar Ramadan gembirakan peniaga, pengunjung

BANDAR JENGKA:  Setelah bertahun-tahun tidak diselesaikan akhirnya sebuah surau untuk kemudahan para peniaga serta pengunjung bazar Ramadhan Bandar Pusat Jengka  menunaikan solat, dibuka.

Kemudahan tersebut dibina hasil usaha dan kerjasama Adun Jengka yang baru dipilih, Ustaz Shahril Azman dari PAS dengan Pengurusan KRT Bandar Pusat Jengka dengan penyediaan dua ruang solat iaitu untuk muslimin dan muslimat.

Surau sementara tersebut diubah suai daripada Pusat Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga Nadi Kota demi kemudahan para peniaga dan pengunjung bazaar menunaikan solat sepanjang Ramadhan.


Friday, May 18, 2018

Ramadhan, alQuran dan petunjuk

Oleh ROSLI ABDUL JABAR

Hari pertama tazkirah Ramadhan di Surau Kg Anak Air, Peramu, Tanjung Lumpur.

Allah memilih ramadhan untuk diturunkan Al Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia, kerana itulah bulan ini digelarkan dengan ramadhan kareem.

Al-Karim atau Karimun secara literal berarti mulia. Karim juga memiliki makna lain yaitu maha pemaaf dan maha pemberi pertolongan.

Ramadhan juga disebut sebagai bulan barakah, kerana Al Quran itu adalah kitabullah yang dipenuhi oleh Allah dengan keberkatan atau kebaikan bagi sesiapa yang menjadikan ia sebagai petunjuk.

Wednesday, May 16, 2018

Salam Ramafan Al mubarak

Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap muslim dan mukmin tiba jua. Mulai selepas sahur dinihari nanti kita akan menjalani ibadah puasa. Di mana ganjarannya hanya Allah sendiri yang akan membalasnya. Syukur ke hadrat Ilahi yang masih memberikan kita semua ruang untuk menjalani bulan yang barokah di sisi Allah ini.

Salam Ramadan kepada semua pembaca blog Selamatkan Pahang ini.
 
Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

Saya selaku admin memohon maaf di atas setiap salah silap serta keterlanjuran..

_*”Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampuni.”*_ (HR. Bukhari)

“Mereka mengundi ‘perubahan’ bukannya calon atau parti”

PRU ke 14 telahpun seminggu berlalu, namun peristiwa bersejarah ini tidak henti-henti dibuat kajian dan analisis oleh para pemikir dan intelek. Ini kerana keputusannya iaitu gabungan PKR, DAP, Amanah dan Warisan yang membentuk Pakatan Harapan PH) yang menumbangkan BN,  seolah-olah melanggar norma atau di luar batas pemikiran manusia biasa.

Saluran televisyen Astro Awani, masih saban malam memanggil tokoh-tokoh akademik dan para pengkaji untuk membedah keputusan yang diperolehi.

Antara yang menarik untuk dikongsi ialah PH menang kerana mendapat swing 50 peratus daripada pengundi tegar BN selain daripada pengundi muda.

Tahniah Wan Rosdy, moga Pahang Barat lebih maju

Pelantikan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang yang baru, diharap semua pihak agar dapat memajukan Pahang Barat, ataupun ulu Pahang, yang sejak sekian lama ketinggalan berbanding sebelah timur khususnya Kuantan.

Wan Rosdy yang merupakan Adun Jelai sejak empat penggal yang lalu dilantik dalam Majlis Pengurniaan Surat Cara Lantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang di Istana Abu Bakar, petang semalam menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob.

Istiadat disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan turut berkenan berangkat ialah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman.

Tuesday, May 15, 2018

Tiada bulan madu bagi Adun Beserah



Tanpa sempat ‘berbulan madu’ selepas dipilih semula sebagai Adun Beserah, Hj Andansura Rabu tidak menunggu lama untuk turun padang menangani krisis air di Kuantan yang perlukan tindakan segera.

Semalam beliau turun meninjau aduan penduduk Taman Batu Hitam, Beserah berikutan gangguan bekalan air yang meruncing dan berlarutan hampir empat tahun tanpa sebarang tindakan.

Desaknya, pihak Perbadanan Air Pahang Pahang (PAIP) mestilah mengambil tindakan ekoran masalah air yang begitu kritikal menimpa pengguna, tambahan lagi menjelang bulan Ramadan ini.

Monday, May 14, 2018

Adnan kekal atau MB Pahang bertukar esok?



Adakah kelewatan membentuk kerajaan negeri Pahang, iaitu setelah lima hari selepas PRU 14, disebabkan negeri ini akan mendapat Menteri Besar yang baru?

Terbaru, Sinar online menyebut Majlis Pengurniaan Surat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar serta Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dijadualkan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, esok (Selasa).

Bagaimanapun berdasarkan kepada jemputan kepada media, majlis yang dijadualkan  jam 3 petang itu tidak dinyatakan siapa yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar dan barisan Exco yang dilantik.

Sunday, May 13, 2018

Tahniah untuk PH dari PAS Pahang

UCAPAN TAHNIAH PAS PAHANG KEPADA PAKATAN HARAPAN SEMPENA PRU 14.

Segala puji bagi Allah, Rabb Yang memiliki sekelian alam, selawat dan salam atas junjungan Nabi saw, juga kepada kaum keluarganya, para sahabatNya serta mereka yang beriman disepanjang zaman.

PRU 14 telahpun berakhir, Malaysia telah menyaksikan satu perubahan hebat yang belum pernah berlaku didalam sejarah pilihanraya Malaysia. Malaysia yang sebelum ini dikuasai oleh Barisan Nasional telah bertukar kepada Pakatan Harapan.

Satu pengalaman baru bagi rakyat Malaysia dan juga sebagai satu isyarat bahawa rakyat Malaysia telah begitu fokus terhadap situasi politik tanahair, kesedaran yang tinggi terhadap betapa rakyat mempunyai kuasa untuk merubah sebuah kerajaan.

Kalimah yang sering dimomokkan kepada rakyat kononnya apabila berlakunya perubahan kerajaan maka akan berlakunya huru hara, kelaparan, muflis dan sebagainya tidak lagi dipedulikan dan ditakuti oleh rakyat.

Ini juga memberikan satu kepastian juga bersifat amaran kepada mana-mana parti politik bahawa rakyat Malaysia telahpun bersedia untuk menaikkan dan menjatuhkan mana-mana parti politik yang tidak menepati aspirasi rakyat dimasa mendatang.

PAS Pahang mengucapkan tah  iah kepada Pakatan Harapan yang telah diberikan mandat oleh rakyat pada PRU 14 juga mengucapkan tahniah kepada PAS yang telah berjaya menguasai dua Negeri iaitu pada  Kelantan dan Terengganu juga menambahkan jumlah kerusi DUN dibeberapa negeri lain termasuk Pahang Darul Makmur.

Diharapkan perubahan ini baik untuk Islam, baik untuk rakyat keseluruhannya tanpa mengira agama dan bangsa, terhapuslah kezaliman, mudah-mudahan yang buruk digantikan dengan yang baik dan yang baik digantikan dengan yang lebih baik.

Saya juga mengajak seluruh rakyat Malaysia menghormati pilihan rakyat dan mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan juga menghormati rakyat, kebaikan pasti mendapat balasan yang baik, begitulah juga sebaliknya. Jangan terlalu gembira apabila berjaya menjatuhkan tetapi ambillah iktibar kenapa mereka dijatuhkan.

"SEJAHTERA BERSAMA ISLAM".

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS PAHANG.

Saturday, May 12, 2018

5 kelemahan PAS pada PRU

*5 Kelemahan Yang Harus Dibaiki PAS Untuk Terus Maju Jaya*


PRU lepas telah menyaksikan tsunami rakyat yang menjatuhkan kerajaan bobrok Barisan Nasional setelah lebih 60 tahun berkuasa. Pecahan-pecahan pembangkang secara keseluruhan telah memainkan peranan dan menggalas tanggungjawab dalam membolehkan cita-cita ini tercapai.

PAS, sebagai sebuah parti yang membawa teras dan dasar Islam sebagai penyelesaian, menyertai perlumbaan dan memenangi dua buah negeri selain menjadi ‘king-maker’ di dua buah negeri lain.

Walaubagaimanapun, di peringkat persekutuan, PAS sedikit ketinggalan kerana dilihat oleh rakyat sebagai belum mempunyai kekuatan yang cukup untuk berdiri sendirian menentang gergasi UMNO-BN.

Perlu diingat, matlamat majoriti rakyat segenap lapisan dalam PRU kali ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan lama yang telah membarah, menyebabkan mereka memilih ketumbukan yang dilihat lebih menyeluruh dan ‘inklusif’ bagi mencapai tujuan tersebut.

Daripada segi gagasan idea, jentera tenaga kerja dan wawasan masa hadapan, apa yang dibawa PAS mempunyai tarikan tersendiri dan dengan kerja kuat serta kepimpinan melalui teladan, bakal membawa parti tersebut mengorak langkah lebih jauh di masa hadapan.

Tetapi ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki, secara ringkas saya kongsikan seperti berikut :

Benteng Umno di Felda mulai runtuh

FELDA yang pernah menjadi benteng ampuh Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, mulai rebah apabila satu persatu kawasan itu dikuasai Pakatan Harapan.

Buat pertama kalinya menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sebanyak 27 daripada 52 kawasan penempatan FELDA yang pernah menjadi kubu kuat UMNO bertukar tangan kepada PAS dan PKR.

BN pastinya paling tersentak dengan keputusan itu, apabila bukan saja gagal menunjukkan taring tetapi turut memberi gambaran legasinya sudah berakhir.

Thursday, May 10, 2018

Ucapan Adun Tahan yang baru

Kurang daripada 24 jam selepas dipilih oleh rakyat, Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin mula 'membuka mulut'.

Dalam teks yang dihantar melalui satu grup whatsapp, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengundi dalam Dun berkenaan yang telah memberikan undi dan sokongan kepada beliau selaku calon PAS sehingga berjaya memenangi PRU-14.

Beliau turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga buat semua ahli PAS, jentera PAS, petugas PAS dan para penyokong PAS di semua peringkat yang telah bermunajat kepada Allah setiap masa dan bertungkus lumus dalam gerak kerja serta mengatur strategi sehingga dikurniakan oleh Allah kemenangan ini.

"Saya sebagai ADUN kepada semua rakyat di dalam Dun Tahan tanpa mengira fahaman politik, InsyaAllah akan berusaha semampu mungkin bagi memastikan setiap program yang baik yang telah dijalankan oleh Adun yang terdahulu akan di teruskan seperti sepatutnya, di samping berusaha semampunya memastikan pembangunan dan keperluan lain rakyat Dun Tahan dipertingkatkan".

Teori RAHMAN jadi kenyataan!

Pada tahun-tahun 1980-an dahulu muncul satu teori yang sangat terkenal iaitu RAHMAN yang membawa maksud nama-nama Perdana Menteri di Malaysia.

Teori ini meramal siapakah bakal Perdana Menteri Malaysia dari masa ke semasa. Mengikut teori ini, terdapat 6 Perdana Menteri mengikut huruf hadapan RAHMAN iaitu:

R – Tuanku Abdul Rahman
A – Tun Abdul Razak
H – Tun Hussein Onn
M – Tun Mahathir
A – Tun Abdullah Ahmad Badawi
N – Datuk Seri Najib
Teori ini berakhir dengan huruf N iaitu Najib.

Pada mulanya tiada siapa yang mempedulikan teori ini kerana ia mungkin secara kebetulan. Namun setelah diumumkan keseluruhan keputusan PRU 14 awal pagi ini (lebih kurang 4.30 pagi), teori tersebut ditularkan semula di media-media sosial. 

PRU 14 PAS Pahang catat rekod paling cemerlang dalam sejarah

Bertanding bersendirian tanpa gabungan tidak menghalang PAS Pahang untuk mencipta prestasi terbaik dengan menghantar  lebih ramai jumlah wakil rakyatnya ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke  14.

Kali akhir PAS Pahang merekodkan keputusan paling cemerlang ialah pada PRU 10 iaitu enam kerusi dan kemudiannya bergabung dengan Keadilan dan DAP di bawah Barisan Alternatif.

Wednesday, May 9, 2018

Langsung dari pusat mengundi

Sehingga tengahari ini pengundian berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan. Namun barisan yang panjang mencemuskan pengundi.

Seorang pengundi saluran 2 memberitahu beliau mengambil mada lebih dua jam berbaris untuk mengundi. Sedangkan saluran satu kelihatan lengang, sehingga lebih setengah jam baru muncul seorang mengundi.

Ramai yang mengkritik supaya sistem pengundian diubah.

"Tak sesuai pakai sistem umur untuk tetapkan saluran. Sepatutnya guna jumlah pengundi supaya memudahkan rakyat", kata seorang pengundi.
Berdasarkan suasana di tapak pengundian, jelas kelihatan 
pertembungan sebenar adalah hanya PAS dengsn BN. PKR jauh ketinggalan jika diukur dari segi lambang, barung dan perayu undi.

Walaupun mereka masih cuba mencipta gelombang dengan posting-posting di media sosial, nampaknya tidak dipedulikan sangat.

Sementara itu ada perayu undi yang kecewa yang melihat calon PKR Dun Kuala Semantan berjalan laju melintas kawasan tanpa mempedulikan mereka.

Seruan daripada Pesuruhjaya PAS Pahang

Mengundilah kerana Allah swt.

Puji dan Syukur kehadrat Allah, Rabb Yang Mentadbir Sekelian Alam, Selawat dan salam atas junjungan Nabi saw, para ahli keluarganya, para sahabatnya serta mereka yang beriman dan beramal soleh sepanjang zaman.

Mengundi adalah merupakan tanggungjawap semua, ia bertujuan untuk kita memilih pemimpin yang menentukan hala tuju sesebuah negara atau negeri, baik buruk sesebuah negara ianya bergantung kepada siapakah yang memimpin negara. 

Setiap kita pasti inginkan sebuah negara yang bukan sahaja aman serta harmoni malahan terlaksana didalamnya satu sistem yang bersifat adil dan sentiasa berkebajikan kepada rakyat tanpa mengira bangsa atau agama, juga bebas dari sebarang bentuk kezaliman, diskriminasi, rasuah dan sebagainya.

Aspirasi ini hanya akan terlaksana jika kita memilih pemimpin yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya, kerana Islam adalah agama yang bersifat 'Rahmatan Lil Alamin', mengundi PAS membawa maksud memilih untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang ditadbir oleh hukum Allah Yang Maha Adil, mudah2an ianya menjadi amal soleh kita.

InsyaAllah siapa sahaja akan terbela, kerana Islam itu sifatnya pembela, siapa sahaja akan diadili kerana Islam itu sifatnya adil, siapa sahaja akan mendapat kesejahteraan kerana Islam itu sifatnya sejahtera, inilah keyakinan PAS yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya.

Apa sahaja yang kita lakukan didunia pasti akan disoal dan dibalasi diAkhirat, tiada sesuatu akan terlepas dan dizalimi, setiap perbuatan baik akan dibalasi dengan kebaikan dan yang jahat pasti kejahatan pula sebagai balasannya, inilah manifesto Islam. 

Mengundilah dengan suluhan iman dan dengan panduan Al Qur'an dan Sunnah. Pilihlah pemimpin yang menjadikan Al Qur'an dan Sunnah sebagai pedomannya, kerana negara yang ditadbir oleh sistem Ilahi pasti akan diberikan kemakmuran dan keberkatan dari Allah swt.

*Ustaz Rosli Abdul Jabar*
_Pesuruhjaya PAS Pahang_

UNDILAH PAS

Tuesday, May 8, 2018

Rayuan mengundi PAS

Salam mesra dan salam sejahtera buat warga pengundi yang dihormati.

Saya menyeru dan merayu kepada anda untuk membuat pilihan yang terbaik dalam pilihanraya kali ini.


Gunakanlah hak dan peluang ini untuk menyerahkan mandat pentadbiran negeri mahupun negara kepada *kepimpinan yang benar-benar beramanah dan bertanggungjawab*.

Kepimpinan yang mampu meningkatkan kemakmuran negeri dan negara serta memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Kepimpinan yang benar-benar *meletakkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan*, bukan kemewahan diri sendiri, keluarga dan kerabat mereka, juga bukan menjaga kelangsungan politik mereka.

Bukan juga kepimpinan yang gagal mengawal rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Bukan kepimpinan yang mudah lupa dengan kepincangan pentadbiran lampau. Atau kepimpinan yang sanggup mempertaruhkan kepentingan negara serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat demi pembangunan yang belum tentu untung ruginya.

Gunakanlah hak dan peluang ini untuk *memastikan kekayaan khazanah negeri dan negara dapat dikongsi dan dinikmati oleh kita semua* bagi meringankan beban hidup yang kian mencengkam.

Setiap daripada *kita berhak mendapat yang terbaik*. Pendidikan dan kesihatan berkualiti, kediaman mampu milik, persekitaran yang aman harmoni, sistem sokongan sosial serta peluang yang saksama.

Gunakanlah hak dan peluang ini untuk *mendaulatkan Islam sebagai syiar tertinggi dalam pemerintahan negeri dan negara*, yang membawa keadilan dan kesejahteraan untuk kita semua tanpa mengira bangsa dan agama. Yang *menjadi panduan kepada pentadbiran yang beramanah* serta menjadi benteng kepada jenayah, rasuah, pencabulan demokrasi dan penyalahgunaan kuasa.

Oleh itu, saya dengan rendah diri menyeru dan merayu agar anda *memberikan undi kepada PAS dan Gagasan Sejahtera* dalam pilihanraya kali ini.

PAS sendiri telah *membuktikan kemampuannya dalam mentadbir negeri dan masyarakat* melalui institusi-institusinya yang merentasi pelbagai bidang. PAS juga *didokong oleh agamawan, ahli profesional dan teknokrat yang berkelayakan dan berkebolehan*. Malah PAS telah terbukti matang dalam berpolitik serta *bersih dari sebarang aduan salahlaku*.

Berikan keyakinan dan kepercayaan anda kepada PAS dan Gagasan Sejahtera untuk menjayakan aspirasi negeri dan negara yang sejahtera. *Negeri dan negara yang makmur dan berkebajikan dengan redha dan barakah daripada Allah*.

Undilah calon-calon PAS dan Gagasan Sejahtera di setiap kerusi DUN dan Parlimen di mana sahaja anda mengundi. *Undi anda adalah penentu kepada masa depan* negeri, negara dan generasi masa hadapan.

Salam hormat,

*Andansura Rabu*
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang

Cerita teroka tanah haram keluar dalam ceramah


Ceramah di Kuala Krau malam tadi agak panas apabila pemidatonya begitu berani mendedahkan bahawa ada orang politik berpengaruh yang mengusahakan tanaman secara haram di atas tanah kerajaan. Audiennya tidak ramai namun isu yang dibawanya tetap menyentuh kalbu.

Antara yang disebutnya ialah di Kuala Mai, belakang Kampung Chengkenik malah tanah rizab kerbau pun katanya diceroboh dan diusahakan tanaman komersil.

“Sudahlah begitu, projek pula diusahakan bersama dengan Toke Yap,” katanya lantang.

Fakta penting: Panduan mengundi secara rasional

Oleh: ABDUL MUEIN ABADI 

Anda ingin mengundi berdasarkan fakta secara rasional?  Anda ingin hindari sentimen dan emosi?  Parti manakah yang terbaik untuk anda undi? Berikut tujuh fakta kritikal yang boleh membantu anda mengundi secara rasional khusus menjelang 9 Mei 2018.

1. Fakta Rasuah: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bebas siasatan rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sama sekali, berbeza dengan Pakatan Harapan (PH) yang baru menguasai dua kerajaan negeri sudahpun mempunyai rekod siasatan sebanyak 21 kes.  BN pula yang menguasai kerajaan persekutuan dan sepuluh kerajaan negeri memiliki 71 kes siasatan SPRM.

Monday, May 7, 2018

Kerusi panas: ‘Aura Temerloh’ di Indera Mahkota

Antara kerusi parlimen yang menjadi perhatian seluruh negara ialah persaingan tiga penjuru di P82 Indera Mahkota. Seorang kolumnis di Sinar Harian menamakannya sebagai Battle royale. Antaranya sudah tentulah ulangan pertembungan dua tokoh daripada dua parti iaitu Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Dato’ Saifuddin Abdullah dengan Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan.

Mereka dijodohkan bertemu sekali lagi. Pada PRU 13 Nasrudin disifatkan sebagai ‘giant killer’ apabila menumpaskan Saifuddin di Parlimen Temerloh selaku penyandang yang ketika itu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Kes Wan Ismail Wan Jusoh konspirasi politik

WARAN TANGKAP TERHADAP  CALON PAS ADALAH SATU KONSPIRASI POLITIK

Pada tahun 2011, satu keputusan dari mahkamah syariah Kota Bharu telah dikeluarkan kepada saya, WARAN TANGKAP TERHADAP  CALON PAS ADALAH SATU KONSPIRASI POLITIK

Pada tahun 2011, satu keputusan dari mahkamah syariah Kota Bharu telah dikeluarkan kepada saya, Wan Ismail bin Wan Jusoh yang merupakan bapa kandung kepada Wan Ahmad Firdaus dan Wan Nor Salwa supaya membayar nafkah sebanyak RM500 (Ringgit Malaysia  Lima Ratus ) sebulan bagi setiap seorang.

Pada tarikh 15/7/2015, saya Wan Ismail telah memasukkan wang ke dalam akaun Tabung Haji atas nama:

1. Wan Ahmad Firdaus (akaun bersama Wan Shah Jihan b. Wan Din)
Nombor akaun Tabung Haji : KT 351018463
Amaun : RM3000

Sunday, May 6, 2018

Kenapa Dun Lanchang perlu diubah, ini kata calon


Calon N.31 Lanchang Hasan Omar menggesa pengundi-pengundi melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) kali ini berikutan bertimbunnya isu-isu yang tertunggak yang menghantui penduduk.

Antaranya isu air, jalan raya dan tanah Felcra.

Katanya, isu utama ialah masalah bekalan air terputus yang tidak pernah kunjung selesai. Meskipun berada di kawasan sumber air mentah yang mewah, namun penduduk terpaksa menghadapi masalah terputus bekalan air paip yang tidak pernah diselesaikan sejak puluhan tahun.

Inilah yang dihadapi puluhan ribu penduduk pekan Lanchang, dua buah tanah rancangan Felda serta perkampungan sekitarnya.

Tawaran PAS Pahang: MENGUPAYAKAN ORANG ASAL

 PAS menganggap kelompok masyarakat Orang Asal amat perlu diberi perhatian agar  tidak terpinggir daripada arus pembangunan negeri dan negara.

Berdasarkan Bancian Penduduk tahun 2010 terdapat seramai 178,197 Orang Asal atau hampir satu peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini. Daripada jumlah tersebut negeri Pahang mewakili bilangan teramai iaitu 67,506 orang.

Friday, May 4, 2018

Orang kanan PKR Lanchang belot

Calon PKR Lanchang hari ini menerima kejutan dan tamparan hebat apabila jentera partinya sendiri berpaling tadah dengan menyokong calon bebas pada PRU kali ini.

dimuatkan cerita Naib Ketua PKR Cabang Temerloh, Tuan Haji Abdul Rahman Tan Sulaiman atau lebih dikenali sebagai "Cikgu Thar" dan Bendaharinya, Raja Abdullah Raja Jaafar atau "Raja Lanchang" serta pengikut mereka berikrar memberi sokongan penuh kepada calon Bebas, Khaidir Ahmad.

Dikatakan, mereka bertindak demikian berikutan tidak puas hati dengan tindakan pucuk pimpinan parti meletakkan yang mereka anggap calon import parti itu iaitu Abas Awang. Abas yang berasal dari Kuala Triang adalah ‘orang kuat Anwar’ dari Abim, bekas Pengarah Pendidikan dan sebelum ini telah tewas dua kali di Dun Cheka pada dua PRU lepas.

Serentak dengan itu, mereka yang tidak berpuas hati telah menyerahkan Bilik Gerakan Utama PKR Lanchang kepada Khaidir untuk dijadikan bilik operasi calon bebas Tok Gajah itu bagi kerusi Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang.

Pada PRU yang lepas PKR Dun Lanchang juga bergolak apabila anak tempatan tidak berpuas hati apabila pucuk pimpinan parti pada masa itu telah memilih Ketua Cabang Ahmad Nizam Hamid bertanding menentang Dato’ Mohd Sharkar Shamsudin yang mewakili BN. Bagaimanapun pada masa itu Nizam memperolehi sokongan padu daripada PAS.

Pada PRU kali ini Dun Lanchang memperlihatkan saingan empat penjuru di mana Sharkar akan bertanding sekali lagi mewakili BN, Hasan Omar (PAS), Abas (PH) dan Khaidir (Bebas).


Dr Mahathir jangan menghina mangsa Memali

Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR 

Mahathir tetap Mahathir, jika anda mengkaji dengan mendalam biografinya dengan objektif, maka anda melihat tampang hitam dan putih ini bukan terlalu sukar untuk dibedakan. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri negeri ini, dalam kepesatan pembangunan yang berlaku tetapi regimnya menyubur rasa takut rakyat untuk bersuara melalui undang-undang drakonian. Penyalahgunaan kuasa dengan timbunan skandal besar bersalut KKN negara dibungkus rapi dengan program dan slogan muluk-muluk seperti Penerapan Nilai-Nilai Islam, slogan "Bersih, cekap dan amanah", kepimpinan melalui teladan dan pelbagai slogan yang meloyakan. Sangat paradoks!.

PH akan teruskan GST?

Percanggahan kenyataan dan sikap bolak-balik yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) terus menerima kritikan.

Terbaharu, ucapan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang menjelaskan PH jika menang dan memerintah di bawah kepimpinan Tun Mahathir akan meneruskan pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan).

Berucap di Tasek Gelugor pada program "Bicara Tun M-Selamatkan Malaysia" malam tadi, mengaku kepentingan GST Cuma yang akan diubah hanyalah peratusan yang dikenakan.

Tawaran PAS Pahang: BANTUAN KHAS KEPADA BAKAL HAJI


Di samping gugusan tawaran yang melibatkan lot rumah, kebajikan, kesihatan dan pendidikan rakyat sebelum ini, PAS Pahang juga tidak melupakan insentif kepada yang berhasrat untuk menunaikan ibadat fardhu haji ke tanah suci Mekah khususnya warga emas.

Setiap Muslim sudah tentulah menyemai cita-cita menunaikan rukun Islam yang kelima itu dengan menjadi ‘tetamu Allah’ apabila sudah berkemampuan. Untuk tahun lalu sahaja, seramai hampir empat ribu orang dari negeri ini daripada 42,200 Jemaah Haji seluruh negara telah pergi menunaikan haji.

Fitnah daripada Presiden PKR



PAS mengecam kenyataan Presiden PKR dalam ceramahnya di Indera Mahkota Kuantan Pahang bahawa calon PAS menarik diri daripada pencalonan untuk DUN Rantau untuk memberi laluan kepada calon BN.

Ini adalah kenyataan fitnah dan berniat jahat yang semakin sebati dengan perangai Pakatan Harapan.

PAS dan Gagasan Sejahtera sememangnya tidak meletakkan calon untuk DUN Rantau kerana faktor setempat seperti kebolehan untuk menang dan komposisi pengundi, yang mana menjadikan ianya bukan kerusi yang strategik untuk ditandingi.

Thursday, May 3, 2018

Profesional PAS: Calon Inderapura miliki dua PhD

Di tengah-tengah fitnah musuh PAS mengatakan semakin ramai profesional meninggalkan parti itu, PAS sebaliknya membariskan ramai profesional dalam pilihan raya umum (PRU) kali ini, termasuk di Pahang.

Antaranya ialah bekas pensyarah UMP Prof Madya Dr Wan Masri Wan Mohamad yang bertanding di N.16 Inderapura.

Wan Masri yang kini merupakan seorang konsultan mendapat PhD pertamanya dalam bidang Pengurusan dari Universiti Teknologi Malaysia  dan PhD kedua dalam bidang Sains Kompuetrdari Universiti Malaysia Pahang (UMP). Manakala Degreee dan Masters dalam bidang Sains Komputer dari Universiti of Miami, Florida, USA.

Tawaran PAS Pahang: BANTUAN PELAJAR KE PUSAT PENDIDIKAN TINGGI


PAS melihat pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting demi masa depan sesebuah negara, kerana ianya merupakan asas peradaban dan tamadun sesebuah bangsa. Manakala pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi pula merupakan generasi pelapis yang akan mewarisi teraju kepimpinan negara.

PAS menyedari, untuk melangkahkan kaki ke menara gading memerlukan kos dan persediaan berbeza daripada alam persekolahan biasa. Justeru kerajaan negeri akan memberi sumbangan bantuan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada anak Pahang yang melanjutkan pendidikan ke peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan.

Wednesday, May 2, 2018

Iktibar kes Presiden PAS - Sarawak Report


PRESIDEN PAS 6-0 EDITOR SARAWAK REPORT
❄❄❄❄❄❄❄
LIVERPOOL 5-2 AS ROMA

Perkembangan terbaru saman Presiden PAS terhadap Editor Sarawak Report semakin menunjukkan kedudukan yang sangat positif. Walaupun kes tersebut telah berlangsung hampir dua tahun, tetapi kebenaran tetap tidak boleh disekat.

STRATEGI MELENGAHKAN MASA MERUGIKAN PIHAK LAWAN

Antara faktor kes saman ini berlanjutan begitu lama adalah kerana taktik yang digunakan pihak Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. Sejak awal surat tuntutan guaman dihantar kepada beliau, dalih melambatkan prosedur telah digunakan. Beliau mendakwa surat tidak sampai, menyebabkan firma guaman presiden PAS, Carter Ruck terpaksa mengulang beberapa prosedur sama.

Mahkamah yang sepatutnya mendengar keterangan pembelaan dari Clare pada Jun 2017, terpaksa ditangguh apabila beliau membuat permohonan jaminan kos. Akhirnya mahkamah memutuskan Ogos 2017 pula sebagai tarikh perdengaran permohonan tersebut.

Tawaran PAS Pahang: BANTUAN PERKAHWINAN KEPADA PASANGAN YANG LAYAK MELALUI WALIMAH PERDANA

Perkahwinan adalah sunnah yang sangat dituntut di dalam Islam dan ia merupakan fitrah semula jadi. Melalui proses inilah yang menyebabkan berkembangnya umat manusia hingga ke hari ini.

Namun hasrat murni ini sering kali terhalang disebabkan beberapa faktor, antaranya kekangan kewangan. Hal ini disebabkan kos yang tinggi bermula daripada wang hantaran hinggalah urusan belanja kenduri dengan kos barangan yang mahal serta pelbagai keperluan lain sehingga ada yang menjangkau belanja melebihi RM20,000.

Angka ini tentulah tinggi terutama kepada mereka yang baru bekerja atau yang telah lama tetapi berpendapatan sederhana. Namun ia seolah-olah sudah menjadi trend masyarakat. Jadi tidak hairanlah ada di kalangan para belia memilih untuk terus membujang sedangkan ini menyalahi cara hidup Islam. Perkahwinan yang sepatutnya tempat menyemai kasih sayang, mendapatkan zuriat bertukar menjadi impian yang menakutkan.

Tuesday, May 1, 2018

Pekerja beramanah nadi kemakmuran negara sejahtera


Salam sejahtera buat seluruh warga pekerja negara dalam apa juga sektor atau industri, khususnya warga pekerja yang bermastautin di DUN Beserah. Didoakan agar kita semua berada dalam kesihatan yang baik serta dikurniakan kebaikan dan keberkatan dalam apa juga bidang pekerjaan yang diceburi.

Hari Pekerja yang disambut hampir di seluruh dunia, walaupun berbeza tarikh di sebahagian negara, merupakan hari pelepasan am bagi merai dan menghargai peranan, sumbangan serta pencapaian warga pekerja.

Di Malaysia, terdapat sekitar 15 juta orang pekerja dalam pelbagai sektor dan industri. Mereka merupakan nadi kepada kelancaran dan perkembangan kegiatan ekonomi negara. Sewajarnya warga pekerja diberi perhatian yang adil dalam merencanakan dasar dan hala tuju negara, bukan sahaja dari sudut ekonomi, malah juga dari sudut keharmonian dan keadilan sosial.