Monday, July 19, 2010

Perpaduan? Umno kena baca ini dulu...

Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tiba-tiba saja Umno bercakap soal perpaduan Melayu sehari dua ini. Seolah-olah, sudah mahu berperang layaknya. Atau, tampaknya generasi Melayu akan pupus dalam masa terdekat ini.

Bayangkan dari pemimpin tertingginya, hinggalah kepada yang nombor dua dan seterusnya, dengan lembik tengkuk konon-kononnya berlumba-lumba menghulur tangan mahu bersalam dengan PAS.

Tidak cukup dengan itu, mufti juga diheret sama bagi menggambarkan betapa seriusnya Umno untuk menaja perpaduan Melayu. Begitu kononnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak umpamanya berkata, mahu perbincangan mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu kerana bimbang terhadap nasib orang Melayu yang akan kehilangan kuasa jika terus berpecah dan tidak bersatu padu.

Itu katanya seperti dipetik dalam akhbar Umno Utusan Malaysia.

Sambil tidak menafikan betapa perlunya perpaduan umat Islam, sepatutnya Umno juga tidak melupakan betapa perpecahan yang dibawa Umno selama ini sudah melarat ke peringkat akar umbi sejak setengah abad lamanya.

Ini yang pemimpin Umno yang pura-pura buat lupa.

Cuba pergi tanya ibu-bapa, kalau mereka nak dapatkan biasiswa biasanya wakil rakyat akan lihat sama ada dia Umno atau PAS/pembangkang? Bukan itu saja, kalau minta tandatangan ketua kampung untuk dapatkan pinjaman buku teks pun, kadang-kadang mereka akan tengok. Kalau anak orang PAS, mereka tak sokong. Mahu minta kerja dengan majlis-majlis daerah ditanta dulu: Sudah isi borang Umno atau belum?

Perkara sebegini bukan sengaja direka, akan tetapi betul-betul berlaku.

Cuba PAS minta untuk guna kemudahan balairaya, padang, sekolah atau dewan serbaguna, bolehkah mereka izinkan? Apa lagi jika untuk bersama memohon tanah kelompok dan sebagainya.

Di Tanah-tanah Rancangan Felda peneroka yang menyokong PAS acap kali diserang dengan ucapan-ucapan mengusir dan dituduh anti-Felda. Ini banyak berlaku dalam negeri Pahang.

Apabila Umno “merampas” jawatankuasa masjid-masjid dulu melalui Jabatan Agama, banyak masjid-masjid “mati” daripada program dan tidak imarah lagi. Inikah perpaduan?

Di kampung-kampung yang sangat “biru” Umnonya, kadang-kadang jika ada seorang dua orang PAS akan dicop pembangkang yang macam komunis, diboikot atau ada kalanya dilihat lebih hina daripada “keling paria” yang menyokong MIC.

Sebab apa? Sebab sudah lama pemimpin peringkat tinggi Umno menghentam dan membantai PAS yang disiarkan secara langsung dan boleh diikuti dengan mudah oleh rakyat jelata melalui radio, televisyen dan media cetak setiap hari. Dan propaganda serta gerak saraf ini sudah berlangsung selama setengah abad.

Apa ada dengan salam perpaduan Umno?

Mungkin tidak salah perpaduan, sebab PAS memang dambakan perpaduan. Jika dengan bukan Melayu pun PAS boleh bersatu dan merendah diri, apa lagi dengan bangsa yang sedarah dan seketurunan dengan kita. Tetapi sebelum berfikir tentang itu ingatlah bahawa penyokong PAS pernah terbunuh semasa pergaduhan dengan penyokong Umno, iaitu Arwah Othman Talib di Lubuk Merbau.

Ingatkah lagi tentang Asyahid Ustaz Ibrahim Libya yang dibunuh bersama pengikut-pengikutnya? Siapa yang melabelkannya sebagai, pengkhianat, penderhaka dan bughah? Pernah Umno minta maaf?

Parti mana yang beria-ia dulu yang mahu hapuskan kalimah “Islam” pada PAS?

Tahukah anda, bahawa jika seorang guru dianggap pro-PAS maka bermakna mereka akan terpaksa menghadapi pertukaran tempat ke serata ceruk dan rantau?

Negeri Kelantan berada dalam pentadbiran PAS sejak dulu. kali terakhir selepas diambil BN ialah pada tahun 1990. Apa yang terjadi kepada negeri yang berpenduduk lebih 95 % peratus Melayu itu? Dihalang pembangunan, dilambat-lambatkan geran per kapita dan difitnahkan sebagai sebuah negeri paling miskin dan daif!

Itukah nadanya orang yang inginkan perpaduan?

Bukan tidak boleh bercakap tentang perpaduan dengan Umno, sebab Umno orang Melayu yang sedang berkuasa. Tetapi setakat mana keikhlasan Umno? Pemimpin mereka perlu tahu bahawa PAS terpaksa membayar harga yang mahal ke arah itu.

Ketika Tun Razak menghulur salam pada 1974 dan PAS menyertai kerajaan campuran demi terpengaruh dengan slogan perpaduan pada ketika itu, PAS cuba melupakan semua penganiayaan. Namun hanya tidak lama selepas itu, PAS ditendang keluar dengan dibekalkan pelbagai kata nesta, wajah buruk, fitnah dan tuduhan berat.

Bercakap tentang perpaduan hari ini semasa tersepit memang senang , tetapi hari esok? Bukan untuk mengungkit luka lama, namun harga semahal itulah yang perlu pemimpin Umno hari ini tahu dan mengerti tentang catatan sejarah duka itu.

Akhirnya Umno perlu juga menjawap beberapa persoalan ini sebelum bercerita tentang perpaduan:
1. Siapa penasihat di belakang Umno?
2. Kenapa tiba-tiba sahaja terhegeh-hegeh mahukan perpaduan dengan PAS di saat Umno/BN menghadapi ujian getir selepas PRU 2008?
3. Apakah hanya PAS sahaja parti Melayu?
4. Apakah konsep perpaduan itu bermakna PAS sertai Umno atau apa?
5. Kenapa sejak lebih 50 tahun Umno memerintah belum wujud perpaduan Melayu malah makin berpecah, apakah yang dilakukan selama ini?
6. Betulkah selama ini Umno menganggap bahawa Umno itulah Melayu dan Melayu itu ialah Umno?
7. Apakah Umno betul-betul sudah bertaubat atau hanya ingin memalitkan busuk bau najis di tangannya kepada PAS?



5 comments:

  1. Salam,
    Taktik lama... Dia ajak berpadu... bila Pas x nak, dia akan kata: Ajak buat baik pun tak mahu...

    ReplyDelete
  2. soal berpadu-padu dgn umno dh tutup buku..cuma media pencacai je yg maseh gila meroyan dok jaja isu nie..tiap2 hari lak tu..seolah2 pas hingin sgt nk berpadu padu dng umno....huhu

    ReplyDelete
  3. Betul tu Aki.net
    tu taktik lama yg cuba diperbaharui...

    memang dah tutup buku dah isu perpaduan ni... tapi atas sebab2 kepentingan politik dimainkan semula, kononnya nak nampakkan Umno ini parti parpaduan

    ReplyDelete
  4. UMNO x layak nk cite psl perpaduan..dlm UMNO sendiri pn berlaku perpecahan..

    ReplyDelete
  5. gie jahanam la UMNO, toksoh la nk merayu2 kt PAS..

    ReplyDelete