Thursday, January 3, 2019

Ustaz Kamal agih sumbangan kepada 250 penerima

Ustaz Kamal berucap di hadapan pelajar dan penerima bantuan barang keperluan
di perkarangan Masjid Komtaq
Seramai 250 dari kalangan keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan berupa barang keperluan harian dan beg sekolah disampaikan oleh Mudir Kompleks Tahfiz Al Quran Al Qaradhawi (Komtaq), Kerdau Ustaz Kamal Ashaari ini.

Majlis penyampaian yang diadakan saban tahun itu berlangsung di perkarangan masjid Komtaq, Kuala Kerdau sempena sesi awal persekolahan 2019.


Ustaz Kamal yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, mengucapkan  jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyalurkan sumbangan terutama nya pihak Muslim Care Malaysia yang telah banyak membantu menyalurkan barang-barang sumbangan untuk diagihkan kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan pada ketika ini.

Tidak lupa kepada pihak Komtaq Care, Sekretariat Parlimen Kuala Krau dan Kerdau Prihatin.

“Segala jasa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya,” katanya.

Sebelum ini Ustaz Kamal turut membawa Muslim Care, sebuah NGO yang begitu aktif dalam kerja-kerja kebajikan dalam dan luar negara, mengagihkan sumbangan seumpama di sekitar Dun Jengka, Jenderak dan terbaharu di Kerdau menjadikan jumlah keseluruhan menjangkau 1,000 orang.








No comments:

Post a Comment