Thursday, January 24, 2019

PAS kena buat anjakan sedikit pada strategi dan penerangan

Oleh: DR TANAKA MUSTAFA 

PAS dan BN setakat ini masih cuba bermain sentimen perkauman dan agama untuk meraih sokongan. Seperti yang saya katakan sebelum-sebelum ini, dua elemen ini tidak akan banyak mempengaruhi rakyat marhaen. Ia mungkin berkesan kepada ahli parti dan penyokong tegar sahaja.

Manakala rakyat marhaen lebih mudah dimanipulasi pada faktor ekonomi dan keewangan. BN dahulu menguasai politik negara dengan 'kebijaksanaan' mereka memanipulasi ekonomi dan periuk nasi rakyat, disamping bersulamkan sentimen perkauman.



Manakala PH pula menang apabila mereka juga memberi harapan baru kepada ekonomi dan periuk nasi rakyat. Memburukkan-burukkan plan ekonomi BN, dan mempropagandakan periuk nasi baru, sangat mempersonakan rakyat. Contohnya janji menghapuskan PTPTN, mansuh Tol, turun harga petrol etc.

Sekuatmana pun sentimen agama dan bangsa yang dimainkan oleh PAS dan BN, jika faktor periuk nasik rakyat diutilize dengan baik, PH tidak akan mudah dikalahkan.

PAS dan BN perlu membuat anjakan paradigma sedikit dalam pendekatan politik supaya tidak terlalu bergantung kepada isu agama dan perkauman, ataupun hanya menumpukan pada kelemahan PH semata. Masa masih panjang. PAS dan BN perlu wujudkan badan-badan kajian seperti Ilham center, Merdeka Center, hatta Invoke versi PAS dan BN - untuk kuat atas kapasiti sendiri, bukan atas kelemahan PH.

Kemudian, PAS dan BN menggunakan data daripada kajian-kajian tersebut untuk bertindak menubuhkan badan-badan, pertubuhan atau syarikat yang akan menjalankan aktiviti ekonomi yang boleh meyakinkan rakyat bahawa dengan pendekatan tersebut, periuk nasi rakyat lebih terjamin.

Mungkin anda katakan PAS sudah pun membuat perancangan rapi dan teliti mengenai isu ekonomi rakyat dalam dokumen WINS dan Manifesto terdahulu. Tetapi ketahuilah, rakyat terbanyak tak tahu pun mengenainya. Maka anda perlu bekerja lebih kuat untuk memberi penerangan kepada rakyat.

Apakah sekarang anda giat memberi penerangan? Tidak, bukan? Yang menang, sibuk mengurus kemenangan. Fine. Yang kalah? Takkan masih meratapi kekalahan? Atau fokus anda hanyalah menghentam kelemahan PH?

No, anda jangan buat begitu. Masa yang masih panjang dan terluang, perhebatkan penerangan mengenai plan WINS dan manifesto anda. Dengan kelemahan yang PH hadapi sekarang, memang terbaik kalau rakyat nampak alternatif dan cara PAS menawarkan jalan penyelesaian.

Sekian.

No comments:

Post a Comment