Sultan Abdullah menolak kerusi roda Datuk Mutalib |
Exco Agama Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Syed
Ibrahim Syed Ahmad merakamkan saat-saat bagaimana Ke Bawah Duli Tuanku Sultan
Abdullah yang baru sahaja dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang, menyantuni
seorang ulamak.
Peristiwa tersebut dirakamkan di Masjid Daerah Pekan dalam
majlis bersama rakyat sehari selepas permasyhuran baginda.
Katanya, ketika pembesar-pembesar negeri mengiringi
KDYMM Tuanku Sultan, baginda teserempak dengan Al Fadhil Datuk Mutallib al
Fakawi iaitu mantan Kadhi Besar Pahang di era 1980an yang sedang begerak
di anjung masjid dengan kerusi rodanya setelah selesai solat berjamaah.
Ketika itu Tuanku berkenan untuk berangkat ke meja
santapan. Lalu baginda Tuanku mendapatkan kerusi roda dinaiki ulamak itu dan
menolaknya.
“Ketika saya mengangkat sembah kepda Tuanku: MasyaAllah
Tuanku Raja mengiring ulamak. Lantas Tuanku bertitah: Beliau adalah guru saya".
Baginda terus menolaknya hampir 100 meter bergerak dari
dalam masjid ke khemah DiRaja dengan Al Fadhil didorong mulia oleh Tuanku.
“Maka saya terkenang ungkapan Khalifah Islam yang
keempat Saiyidina Ali B Abi Talib ;
من علمني حرفا فصرت له عبدا
Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf akan
ku jadikan diri ini hamba disisinya.
“Bak kata pepatah orang tua-tua, tak hilang bisa ular
menyusur akar,” tulisnya dalam status facebooknya.
#DirgahayuTuanku.
No comments:
Post a Comment