Gelagat seorang menteri dari DAP yang berlagak seperti
samseng kerana gagal mengawal kemarahan, menjadi satu lagi adegan menarik dalam
kempen PRK P.078 Cameron Highlands yang sedang berlangsung.
Dalam rakaman video yang ditularkan, jelas kelihatan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, yang juga Ahli Parlimen Raub, mengeluarkan
kata-kata bersifat provokasi seperta “kurang ajar” beberapa kali kerana gagal
mengawal emosi.
Difahamkan, beliau datang ke penginapan Umno Rompin di
Pos Lenjang dan mula menyerang jentera BN dengan maki hamun yang menjurus
kepada pergaduhan, bersama jentera PH dan diiringi dua individu yang mengaku
sebagai pegawai polis.
Difahamkan juga, suasana tegang yang berlaku semalam
(Ahad) kira-kira jam 7 petang itu, ekoran tidak puas hati selepas jentera BN
menangkap team mereka menggunakan kenderaan Pejabat Hutan Raub untuk berkempen
bagi pihak PH.
Sebelum ini jentera PH didapati telah menyalahgunakan
kenderaan kerajaan untuk berkempen. Video rakaman orang awam mendapati bendera
Pakatan Harapan dilekatkan pada kenderaan milik kerajaan negeri Pahang dalam
kempen itu semalam.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang juga terpaksa menarik
balik kenderaan jabatan kerajaan yang dipinjamkan itu.
Penyalahgunaan ini memang satu kesalahan namun timbalan
menteri DAP yang gagal mengawal kemarahannya dan seakan-akan cuba memulakan
perkelahian dengan jentera BN itu berdalih kumpulan mereka menggunakan
kenderaan tersebut bagi membuat kerja-kerja amal. Walhal, beliau sendiri
memakai baju T PH.
Difahamkan pihak BN telah membuat laporan polis
berhubung insiden itu bagi menjamin keselamatan jentera mereka yang telah
diugut oleh timbalan menteri dan jentera PH.
Sementara itu netizen mendesak pihak polis (PDRM) agar
mengambil tindakan ke atas individu berbaju merah (datang bersama Tengku Zul)
yang mengaku sebagai anggota polis dilihat bekempen untuk PH di PRK Cameron
Highland ini.
Ini juga, menurut mereka, terang-terang satu kesalahan.
Menurut media, calon BN Ramli Mohd Nor, turut membuat laporan polis terhadap Zulpuri kerana mendakwa beliau bertindak ganas memaksa kenderaan dinaikinya dihentikan di sekitar Pos Lenjang dan Pos Titom.
No comments:
Post a Comment