Thursday, January 24, 2019

Sultan Pahang dipilih Agong ke-16

Sultan Pahang,  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.

Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.


Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016.

Mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini. –BERNAMA

Kami rakyat Pahang merafak tahniah dan takzim serta amat berbangga dengan pertabalan ini justeru mengharapkan agar negeri kelahiran Baginda Kebawah Duli Tuanku bertambah maju setanding dengan negeri-negeri di pantai barat dan makmur pula rakyatnya.

Allahuakbar!  Allahuakbar!  Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment