Monday, January 28, 2019

Cikgu Khalid adik Pak Sako meninggal dunia

Cikgu Khalid (kiri) ketika diziarahi Md Jusoh Darus satu ketika dulu
Pesara guru Khalid Hj Muhamad, 80-an, yang juga adik kepada pejuang / sasterawan tanah air Ishak Hj Muhamad (Pak Sako), kembali ke rahmatullah lewat petang semalam.

Beliau dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur setelah dikatakan dimasukkan kira-kira dua minggu yang lalu.


Beliau yang tinggal di Paya Kemuning Temerloh, semasa sihatnya merupakan aktivis PAS setelah berhijrah dari Umno pada akhir 1990-an dan memegang pelbagai jawatan.

Sementara itu, kira-kira 200 orang hadir pada solat jenazah arwah. Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Yang Dipertua PAS Temerloh serta kenalan dan saudara mara Allahyarham.

Jenazah disemadikan di tanah perkuburan Islam Buntut Pulau, kampung  di mana Allahyarham dilahirkan.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin, aamiin.






No comments:

Post a Comment