Monday, January 28, 2019

Pemuda PAS tegas enggan mohon maaf dari DAP

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Halim bertegas tidak tarik balik kenyataan walaupun diberikan terdapat notis tuntutan yang dikeluarkan oleh pihak pemimpin DAP Teresa Kok dengan jumlah RM30 juta serta permohonan maaf.

Dalam kenyataan rasminya, malah, beliau bersedia untuk berhadapan dengan Menteri Industri Utama itu  di Mahkamah.


Menurtutnya, selepas meneliti dan melalui perbincangan dengan Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) dan EXCO Dewan Pemuda PAS Selangor, maka beliau mempertahankan kenyataan beliau membela dan menyatakan kebersamaan saya bahawa isi kandungan ceramah yang di sampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia adalah benar.

“Dengan tegas juga menyatakan bahawa DAP adalah parti yang anti Islam dan termasuklah sebahagian pimpinannya menunjukkan sikap yang jelas anti pada Islam,” tegasnya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

No comments:

Post a Comment