Oleh ROSLAN SMS
Naik atas pentas DAP di Cameron Highlands Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Malaysia Nik Omar dari PAN semalam mendakwa tidak salah rakyat mengundi calon bukan Islam jika calon berkenaan sokong kerajaan yang membawa Islam.
Masalahnya calon yang dikempen Nik Omar adalah M.Manogaran dari DAP yang menentang calon BN Ramli Mohd Noor.
Mustahil Nik Omar tidak tahu DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan sebuah negara sosial demokrat yang sekular. Sekular tu bermakna memisahkan agama dengan negara satu perjuangan sesat yang sangat dibenci dan ditentang keras Almarhum Ayahanda Nik Omar dulu.
Bilanya DAP ada menyokong membawa Islam dalam kerajaan sedang mereka mahukan sebuah Malaysia yang sekular.
DAP lah antara parti yang tegar kehadapan menentang sebarang usaha memartabat dan memperkasakan perundangan Islam dalam negara. RUU355 dulu DAP lah yang paling bengis menentangnya.
Janganlah hawa dingin dan nyaman Cameron serta jawatan besar di YADIM mengkhayalkan Nik Omar dari kebenaran.
Kita mungkin berbeza fahaman politik tetapi janganlah kerana laparkan jawatan dan memelihara status maka tergamak menggadai maruah dan mendakwa kaca itu permata dan permata itu kaca.
Bila bertembung pilihan antara calon Islam dan bukan Islam apakah pilihan kita? Parti jenis apakah DAP ini ikut pandangan Mufti Pahang? Malang sungguh bila yang faham agama dan datang pula mewarisi nama seorang ulamak besar tewas dengan tuntutan dunia.
Inilah PAN yang kononnya mahu gantikan PAS. Awas jangan terpedaya.
No comments:
Post a Comment