Wednesday, January 30, 2019

BN + PAS 126 kerusi!

Kemenangan pembangkang BN-PAS mengalahkan calon kerajaan PH dalam PRK Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini menyingkap dan memberi inspirasi bahawa kerajaan yang ada tidak sekukuh mana.

Dalam erti kata lain, jika kerjasama BN dan PAS dapat diteruskan, tidak mustahil kedudukan kerajaan PH pada PRU ke-15 adalah goyah.


Dalam PRK tersebut, BN mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti besar iaitu 3,238 undi di mana calon BN, Ramli Mohd. Nor mendapat 12,038 undi sekali gus menewaskan calon PH M. Manogaran yang memperoleh 8,800 undi.

Dalam PRU ke-14 lalu jika takdirnya tidak berlaku tiga penjuru, sebenarnya belum tentu PH akan menguasai Putrajaya. Malah jika ada kerjasama atau persefahaman BN dan PAS, maka gabungan ini yang akan menjadi kerajaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis tentang andaian jika diteruskan kerjasama antara BN (Umno) dan PAS, berdasarkan keputusan PRU lepas, maka gabungan inilah yang akan menguasai kerusi majoriti.

Antara lain, kerusi P083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13667) dan PAS (14696), engatasi undi calon PH-PKR yang menang (22807) sebanyak 5556 undi.

Kerusi P088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (22094) dan PAS (14734), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (23998) sebanyak 12830 undi.

Kerusi P089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23684) dan PAS (5706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25716) sebanyak 3674 undi.

Kerusi P093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16636) dan PAS (7220), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (17350) sebanyak 6506 undi.

Kerusi P094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27392) dan PAS (16620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40783) sebanyak 3229 undi.

Kerusi P096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21344) dan PAS (8535), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (29842) sebanyak 37 undi.

Kerusi P109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26412) dan PAS (31425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47731) sebanyak 10106 undi.

Kerusi P112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (26127) dan PAS (18731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43239) sebanyak 1619 undi.

Kerusi P119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19701) dan PAS (6845), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (23840) sebanyak 2706 undi.

Kerusi P129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17845) dan PAS (4347), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18045) sebanyak 4147 undi.

Kerusi P133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21433) dan PAS (4598), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (22435) sebanyak 3596 undi.

Kerusi P136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (27761) dan PAS (8961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32420) sebanyak 4302 undi.

Kerusi P149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18223) dan PAS (4548), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21511) sebanyak 1260 undi.

Kerusi P165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20731) dan PAS (2962), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21255) sebanyak 2438 undi.

Berdasarkan analisis di atas, jika dijumlahkan kerusi yang dimenangi BN (79 Parlimen), PAS (18 Parlimen) dan 29 Parlimen yang tidak sepatutnya dimenangi PH jika wujud penggabungan antara BN dan PAS, maka gabungan BN-PAS sepatutnya dengan mudah menubuhkan Kerajaan dengan jumlah kerusi Parlimen sebanyak 126.

Sebab itulah PH bersungguh-sungguh mahu memastikan kerjasama BN dan PAS ini tidak akan berlaku. Namun Alhamdulillah PRK Parlimen Cameron Highlands telah membuktikan bagaimana kerjasama BN dan PAS telah meningkatkan majoriti BN daripada hanya 597 undi pada PRU14 kepada 3238 undi dalam PRK yang baru selesai.

Kita doakan agar Allah permudahkan dan merealisasikan kerjasama ini demi memastikan perjuangan Agama, Bangsa dan kestabilan tanahair tercinta dapat dipertahankan. 

No comments:

Post a Comment