Monday, January 7, 2019

Wan Saiful dedah pemalsuan tuntuan Bersatu, ditawar wang besar

Ahli Majlis Pimpinan tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendedahkan terdapat pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu Perlis.

Beliau yang juga Penasihat khas kepada Menteri Perdidikan Dr Maszlee Malik berkata, ekoran itu beliau telah membuat laporan polis mengenai pemalsuan yang dianggapnya satu kesalahan itu.


Dalam kenyataan media terbukanya hari ini, beliau mengumumkan telah digesa untuk menarik balik laporan tersebut sambil menyifatkan tidak pasti apa motifnya laporan itu mahu ditarik balik, justeru beliau berkeras tidak mahu berbuat demikian.

“Sebelum itu, saya juga telah bertegas untuk tidak mencampuri urusan mengaturkan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis. Saya ditawarkan wang yang besar sekiranya membantu pengaturan kontrak tersebut. Saya enggan melakukan salah guna kuasa itu.

“Saya tidak akan bertolak ansur dalam hal integriti, dan saya tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang mereka pegang di Perlis,” tulisnya. 

Tambahnya, hal ini menambah iltizam saya untuk membantu Bersatu di Perlis menjadi lebih baik. Saya akan terus bekerja untuk kebaikan parti. Malaysia Baru perlu disambung menjadi Perlis Baru.

Sebelum ini terdapat banyak kenyataan daripada netizen yang mengandaikan penguasaan PH di negara ini adalah BN 2.0 yang bermaksud tiada beza berlaku politiking dan penyelewengan di sana sini.

Beberapa bulan lalu negara dikejutkan dengan pertandingan sengit rebutan jawatan dalam PKR yang dicemari dengan rasuah berleluasa sehingga SPRM terpaksa masuk campur.

No comments:

Post a Comment