Tuesday, October 25, 2011

Kontraktor PLKN didakwa menipu

TEMERLOH: Seorang penduduk kesal dengan sebuah syarikat kontraktor pengendalian Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini yang didakwa menipu perjanjian sewa tanah dan mungkir melunaskan bayaran.

Serentak dengan itu, Kementerian Pertahanan diminta mengambil berat persoalan kontraktor yang mengendalikan program PLKN supaya tidak berterusan masalah kontraktor menipu penduduk kampung yang menyewakan tanah mereka.

Abdul Wahab Sarijo, 51, yang mewakili bapa mertuanya sebagai penyewa tanah, mendakwa Syarikat Worldbay Diversified Sdn Bhd yang merupakan kontraktor kem PLKN Arena Resort Kampung Tanjung Batu di sini mungkir janji dan menipu berkaitan pembayaran sewa tanah.

Dakwa beliau lagi, syarikat tersebut tidak menjelaskan bayaran sewa di atas tanah seluas 4.931 ekar milik bapa mertuanya di lot 2729 di Mukim Lebak sejak Oktober 2009 sehingga pertengahan Mei 2011.

“Mengikut perjanjian syarikat dengan bapa mertua saya, sewa tanah RM700 sebulan untuk seekar selama lima tahun pertama dan akan dinaikkan sebanyak RM1,000 seekar sebulan selepas itu.

“Tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah pada 30 Ogos 2008 dan perjanjian akan disemak semula selepas 10 tahun. Tetapi kontraktor telah berhutang dengan bapa mertua saya selama 19 bulan,” katanya yang datang menemui bersama seorang anak Saleh (adik ipar).

Menurut Abdul Wahab perjanjian yang ditandatangani bersama pihak syarikat tersebut dengan bapanya bersendirian, didapati sejak awal dianggap menipu kerana termanya amat mengelirukan.

Tambahnya lagi, beliau telah berkali-kali menghubungi pengurusan syarikat berkenaan minta berunding dan merujuk kes berkenaan kepada PLKN di Kuala Lumpur, tetapi tidak dilayan malah diremehkan.

“Sewa tanah ini tidak pernah didaftar di pejabat tanah sedangkan ini tidak mematuhi peruntukan dalam Kanun Tanah Negara, sebab itu jika kontraktor berkenaan masih enggan berunding mencari jalan penyelesaian kami akan tamatkan perjanjian.

“Jadi tuntutan kami ialah jelaskan tunggakan dan kosongkan tanah sehingga memaktubkan perjanjian baru dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kami minta Kementerian Pertahanan dan PLKN juga sepatutnya ambil kisah hal-hal yang dilakukan kontraktor mereka supaya penipuan yang serupa tidak berulang lagi,” tegasnya.

Menurut Abdul Wahab, akibat penipuan tersebut bapa mertuanya kini mengalami tekanan sehingga diserang penyakit strok baru-baru ini.

PLKN Arena Resort di Kampung Tanjung Batu di sini menempatkan hampir 1,000 pelatih dari seluruh negara

Sementara itu seorang pengamal undang-undang dari syarikat guaman Sazali & Lim mengesahkan tindakan kontraktor PLKN tersebut menyalahi undang-undang Kanun Tanah Negara kerana sewaan tanah tidak boleh melebihi tiga tahun dan selepas itu wajib didaftarkan sebagai pajakan di pejabat tanah.

Beliau turut mengatakan perjanjian tersebut terbatal kerana menyalahi Kanun Tanah Negara.


CAPTION:
Abdul Wahab menunjukkan dokumen perjanjian yang didakwanya menipu

4 comments:

  1. Inilah satu bukti belanjawan baru baru ini sebagai belanjawan pilihan raya.Menaikan gaji kaki tangan awam yang membawa kepada penderitaan rakyat akibat kenaikan harga barang.Belanjawan yang dibentangkan berjuta juta tapi hak rakyat seperti kes saudara Abd Wahab ni tetap diabaikan.Ini baru satu kes.Mungkin banyak lagi yang tidak dilapurkan.Sebenarnya kerajaan BN tak ada duit pun..itu pasal berbagai tramsfomasi menangguk diair keruh berleluasa.Antaranya melantik Isa sebagai penegerusi felda dan KPF.Tujuannya untuk mengaut dan membolot duit peneroka.Begitu juga had umur bersara dinaikan kepada 60 tahun.Ini adalah kerana terlalu ramai orang yang berumur 58tahun yang bakal bersara pada tahun ini.Apabila had umur dinaikan lagi 2 tahun,boleh la rolling duit epf dulu..kononnya setelah menang PU13 dalam tempoh 2 tahun boleh cover balik duit epf.Tu kalau menang...kalau keluhum???Sekali lagi rakyat menderita apabila caruman epf tidak dapat dikeluarkan setelah bersara..masa tu barulah masing masing nak memberontak.....

    ReplyDelete
  2. Saya tak percaya sangat dgn pendapat Tok Jenang, memperlekehkan orang mmg senang. Cuba sendiri yg pikul amanah.

    Apa macam?

    ReplyDelete
  3. Betul gak sikit sikit kata tok jenang tu..mana dia menara felda yang nak dinaikan dulu?Tengok la balik sejarah Isa tu...kita tak la pandai pasal koperasi felda tu tapi tau la kejayaannya dibawah Dato'Zul sebelum ni..lagi pun dia orang dalam,tau la dia serba serbi..bukan pasal pertikaikan pikul amanah.Tapi kalau dah orang felda kata tak betul dan mereka tak setuju,guna pakai la pendapat mereka!Kan itu harta mereka?Kita kena baca juga blog blog lain..bagaimana rungutan kaki tangan awam yang masih tidak dibayar elaun elaun..lubang lama belum tutup dah gali lubang baru pulak..lepas tu menyusahkan rakyat kerana kenaikan harga barang akibat kenaikan gaji dan macam macam.Bagitu juga dengan berita hutang negeri2 berjumlah jutaan ringgit.Apa nak jadi tu?Kalau tengok belanjawan,kaya betul negara kita ni!

    ReplyDelete
  4. as salam penipuan nie berlaku dimana2,tidak kira dalam ape situasi sekali pun,walaupun melibatkan agama,contoh nye krusus2 yg menjemput penceramah/fasilatatur luar sekali pun..pihak pengurusan telah melambat2kan bayaran.sedangkan elaun tersebut telah disenaraikan didalam senarai bulanan/tahunan.dan saya ada mendapat maklumat tentang 1 penceramah pada mulanya pihak pengurusan meminta no akaun bank untuk membuat bayaran,kemudian minta salinan gaji terakhir yang diterima oleh penceramah nie semasa berkhidmat dalam kakitangan kerajaan dahulu.bukan kah 1 pekara pelik,telah berlaku?dan yang lebih memeranjatkan lagi pihak pengurusan meminta no geran kenderaan penceramah untuk rujukan bagi memudahkankan pembayaran.sedangkan krusus jenazah tu telah pun dibuat pada bulan 09(september)...apa yang telah terjadi?dalam hal agama pun bolih dibawa main2 ker?dimanakah nilai orang yang beriman sekiranya didalam pihak pengurusan yang berugama ISLAM

    ReplyDelete