Saturday, October 22, 2011

Aziz Bari tak boleh, Mahathir takper?

Pada masa ini Dr Aziz Bari dijadikan mangsa oleh Umno, kononnya menyalahi akta hasutan kerana menegur sultan.

Tetapi video yang dipaparkan di sini secara jelas menggambarkan bekas Perdana Menteri dan kini mentor Umno yang mengajak pemuda dan puteri Umno menderhaka kepada raja!

Begitulah double standardnya Umno, dan lebih malang boleh mengheret semua institusi menyokong tindakan mereka.

Ketika Tun Mahathir mengajak pemuda Umno menderhaka kepada raja pada 2008, tiada apa-apa tindakan dikenakan ke atasnya. Di bawah ini antara petikan kata-kata Tun Mahathir mengajak untuk menentang (derhaka) kepada raja.

“Kita mesti dalam Umno, kalau kita ada dalam Umno, kita suarakan pendapat kita. Jangan takut, jangan takut. Kenapa begitu sekali takut?

“Orang Melayu ni begitulah, dia dengar sangat Hang Tuah. Hang Tuah kata Melayu tidak akan menderhaka kepada raja. Jadi raja buat apa, bunuh orang pun tak apa.

“Inilah nasib orang Melayu bila kita tak berani menderhaka, bila patut, bukan selalu. Selalu kita patuh, zaman saya dulu patuh baik-baik.

“Tapi sekarang ni tak usahlah patuh sangat pasal dia (raja) buat benda tak betul. Itu saja, dan kalau kita duduk dalam puteri, dalam putera, ataupun apa-apa kita mesti berani berkata...

Di bawah ini rakaman ucapan Tun Mahathir mengajak untuk menderhaka kepada raja.

Ertinya, apa saja yang dibuat oleh pihak yang menyokong Umno termasuk mengajak orang menderhaka kepada raja, bukan menjadi satu kesalahan. Tetapi jika pihak lain, Umno akan segera mengheret semua institusi menyokong tindakan mereka.

Jadi siapa ‘raja’?

Ahli akademik yang juga pakar perlembagaan seperti Prof Aziz Bari, dihentam kiri kanan, digantung, disiasat dan sebagainya hanya kerana menyebut, baginda (Sultan Selangor) sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam [Malaysiakini].

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/video-mahathir-ajak-pemuda-dan-puteri.html#ixzz1bTSmWw3L

1 comment:

  1. sy setuju sgt2..penah dengar juga ceramah dari Prof Aziz..teruja,beliau ialah seorang pro-kebenaran bkn pro-pembangkang..jelas,pembangkang byk kebenaran..sekali lagi,umno memang suke 'bajet' betul..

    ReplyDelete