Ketika duduk minum-minum satu petang dengan seorang wartawan veteran, tiba-tiba terpancul daripada mulutnya bertanyakan hal Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin.
Dia bertanya begitu kerana katanya sudah dapat mengesan ada orang yang berkata, orang-orang Sharkar khabarnya sedang melobi untuk jawatan MB Pahang pada masa akan datang.
Apabila saya asak-asak tanyakan apa halnya?
“Begini...,” katanya memulakan cerita.
“Pada masa saya hadiri satu majlis hari hari raya anjuran Penerangan di RTM (Kemunting, Kuantan), ada seorang pegawai muda jabatan berkenaan berkata dia dengar tentang ada ura-ura pihak tertentu melobikan Sharkar jadi MB.
“Tapi dia sendiri tidak setuju, malah jika hal itu ada saja riak-riaknya dialah orang pertama yang akan menulis surat membantah,” katanya.
Menurut wartawan berkenaan, pada majlis itu dia duduk di meja VIP sebagai jemputan berada bersebelahan dengan ‘orang kuat’ Sharkar.
Apabila saya tanya mengapa Sharkar tak layak? Dia bercerita macam-macam hal. Dia memberi contoh jika yang bercakap dan tak bersetuju itu di bawah portfolio Penerangan sendiri maka tentulah banyak perkara dan kelemahan yang ada pada tokoh itu. Lalu dibandingnya dengan Saifuddin, Saifuddin lebih layak.
Mungkin Sharkar yang dikatakan pernah ke Amerika menunggu isteri belajar dan sudah tiga penggal sebagai Adun itu, layak. Tetapi beberapa hal dari orang dalam itu mungkin menyukarkan.
Yang menariknya, dia mengaku Sharkar dan Saifuddin itu dua-dua warisnya. Sharkar sebelah mak (Bintang) Saifuddin sebelah ayah (Lebak).
Namun oleh kerana saya bukan daripada parti Umno dan tidak ada apa-apa kepentingan, saya tidak tertarik langsung dengan cerita-cerita Sharkar mahu jadi MB itu lalu saya tutup cerita hal itu dengan mengatakan: “Bagaimana nak jadi MB, orang Lanchang pun dah gaduh (bising) kat dia....,” kata saya.
No comments:
Post a Comment