Monday, October 31, 2011

Takde fulus: Bloger upahan Umno ugut BN kalah PRU

Blog Umno, Suara Prihatin Umno Jerantut (http://spu-bloggers.blogspot.com) meramalkan BN akan kalah pada PRU akan datang, semuanya kerana sikap pemimpin Umno sendiri bersikap acuh tak acuh dengan kumpulan bloger upahan Umno atau cybertrooper mereka, termasuk tidak lagi memberi wang upahan dan tidak dipedulikan.

Di bawah ini diperturunkan sepenuhnya keluhan mereka yang nampaknya sudah jengkel dengan ‘tuannya’:



SIBER TROOPER PRO BN TIDAK DICAKNA ?

1. Sahabat blogger Nasional bising-bising apabila mereka diminta oleh Syarikat Lynas untuk datang mendengar taklimat dan kemudiannya menulis diblog masing-masing bagi pertahankan Lynas dari tohmahan pembangkang berkenaan isu nuklear dan radiasi. Mereka kecewa kerana datang dari jauh tetapi hanya diberi wang saku yang sangat ciput dan tak berbaloi langsung bahkan dalam erti kata lain; tak lepas duit tambang.

2. Sahabat blogger PahangKu bising-bising apabila mereka tidak diminta oleh Syarikat Lynas untuk datang mendengar taklimat berkenaan bahkan merasa dipinggirkan, demikian yang dimaklumkan oleh seorang sahabat blogger dari KL. Rupanya blogger dari Pahang sendiri tidak diberikan kepercayaan oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan di Pahang.

3. Khabarnya hari Isnin nanti sahabat-sahabat blogger Nasional akan bersama-sama menulis isu tidak puas hati mereka diblog masing-masing sebagai protes terhadap Lynas. Syarikat Lynas mengharapkan mereka membantu tapi rupanya mereka pula yang menjadi 'kacang hantu'.

4. SPU memang melihat sejak dari dulu lagi Pahang tidak pernah atau tidak ikhlas menghargai blogger serta pengamal media sosial pro kerajaan. Mungkin dalam hal ini, pengamal media sosial pro pembangkang lebih bernasib baik. Tidak hairanlah apabila khabarnya ada blogger pro kerajaan sudah ingin beralih arah.

5. Mungkin pemimpin masih belum benar-benar sedar peranan yang mampu dilakukan oleh pengamal media sosial. Di negeri yang dikuasa pembangkang, para pengamal media sosial, blogger dan facebooker sangat dihargai. Sejumlah dana diperuntukkan untuk memajukan dan memastikan mereka menguasai perang siber dalam PRU13 nanti. Bahkan ada dikalangan mereka dianugerahkan gelaran Dato' dan sebagainya atas sumbangan mereka.

6. Pemimpin kita masih dilamun mimpi dan yakin bahawa PRU13 UMNO masih memegang kuasa. Mereka masih memejam mata dan berusaha merebut 'harta rampasan perang' untuk diri sendiri dan kroni dan 'siber trooper'nya dibarkan 'mati kelaparan.

7. Hehehe! PRU13 adalah hari pembalasan. Hari Pembalasan itu semakin hampir. Teori RAHMAN akan jadi kenyataan dan Najib akan disahkan kelak adalah PM terakhir dari UMNO BN. Jangan terkejut apabila ahli UMNO sudah tidak menyokong UMNO lagi dalam PRU nanti. Dari gerak kerja dan soalselidik yang dilakukan, banyak peti undi di DUN-DUN yang jumlah pengundi berstatus 'Hitam' dan 'Kelabu'nya lebih banyak dari yang 'Putih'.

8. Jangan salahkan rakyat dan ahli, tapi salahkan pemimpin itu sendiri dan tanyakan mengapa mereka dibenci?

3 comments:

  1. Memang benarlah teori RAHMAN ni.Aku dah dengar dari tahun 80an.Ada kebenarannya:
    R-Rahman(Tunku Abd Rahman)
    A-Abd Razak(Tun Razak)
    H-Hussin(Tun Hussin)
    M-Mahathir(Tun Mahathir)
    A-Abdullah (Tun Abdullah Badawi)
    N-Najib
    Dah cukup la sifat RAHMAN tu.Maka akan berakhirlah zaman Najib dalam PU13.Apa akan jadi selepas ini...?
    Sejak akhir2 ini kepincangan demi kepincangan dalam pentadbiran kerajaan yang tak mampu ditangani oleh pemimpin pilihan rakyat.Fitnah berleluasa.Menteri tak berani mencampuri urusan jabatan dibawahannya.Sebagai contoh anggota polis yang difitnah oleh pegawai atasannya yang sekarang menjawat jawatan tinggi.Bayangkan.seorang anggota polis sendiri tidak mempercayai sistem perundangan.Tak percaya kepada Pendaftar Mahkamah,Hakim,Pendakwa Raya,Loyer dan Jabatan Polis sendiri.Apa taknya?Kes yang telah difailkan bertahun tahun tak pernah dibicarakan,hanya berkisar dimeja pendaftar.Mungkin mencari jalan atau peluang untuk buang kes kerana peluang untuk menang memehak kepada anggota polis yang difitnah itu.Bukan blogger saja yang akan membenam kerajaan BN tetapi kaki tangan awam dan pesara juga.Tambah pulak anggota polis itu telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara.Inilah akibat bila hati disakiti,mana taknya?Sia sia berkorban untuk negara selama 30 tahun.Akhirnya hanya kerana pegawai atasan yang gilakan pangkat,kedudukan dan kuasa,anggota polis yang tak berdosa hilang pencen dan segalanya.Ramai yang tahu kes ni.Jadi,budaya memfitnah bukan saja dalam BN tetapi juga ujud dalam Pasukan Polis.Sumber diperolehi dari staff Mahkamah sendiri.Rujuk Mahkamah Tinggi KL dan Mahkamah Rayuan Putra Jaya untuk kepastian..Apa akan jadi bila rakyat hilang percaya pada Polis,Mahkamah,Hakim,DPP yang sepatutnya tulus dan mulus.Inilah bukti yang transfomasi Najib gagal 200%.
    KUBURKAN BN DALAM PU 13!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. CER CITER SKIT BANG GELAP PENCEN... APA ISU SEBENARNYA DGN KISAH POLIS TU.... AKU TAK BAPER NAK PAHAM NIH...

    ReplyDelete
  3. Angkara difitnah membuat surat layang oleh OCPD(sekarang pengarah)seorang mata gelap dikhianati dan dianiaya oleh kroni OCPD tu.Antaranya:-
    #ditukarkan serta merta dan dilucut jawatan mata gelap
    #dikenakan tindakan tatatertib yang tidak sewajarnya sedangkan hampir 30 tahun rekod baik
    #dihilangkan fail sulit menyebabkan anggota polis itu tidak dapat ditemuduga kenaikan pangkat
    #diarahkan membuat kerja yang bukan kerja hakikinya
    #yang amat menyakitkan hati kami bekas2 anggota polis ialah bila dapatahu dia diarahkan membuat kerja kontrak membina tembok pagar ibu pejabat polis bersama buruh Indon dalam bulan puasa sedangkan dia masih dalam perkhidmatan polis malah kerja2 itu telah ditender oleh kontraktor awam dan gaji dibayar mengikut hari.Tapi inilah kelebihan anggota polis yang telah dilatih oleh UTK.Sanggup menghadapi apa saja tekanan dan deraan.
    #ditahan kerja untuk siasatan mengenai surat layang tapi setelah didapati orang lain yang membuat surat layang itu,dia dikenakan tindakan tatatertib dengan pertuduhan yang lain pula kerana ketelanjuran hukuman sebelum ini(sudah tersalah hukum,orang lain yang salah-orang lain pula yang dihukum)
    Apabila anggota polis ini memfailkan saman terhadap pegawai2 atasan yang mengkhianatinya,berbagai rintangan yang dihadapi.Maklumlah nak lawan orang yang ada pangkat,kuasa,wang dan kedudukan.
    Hampir 10 tahun kes tak jalan.Setiap kali kes naik,hanya setakat perjumpaan dengan Pendaftar Mahkamah,tak dibicarakan langsung!Akhirnya kes ditolak tanpa diketahui sebabnya.Failkan pula diMahkamah Rayuan.Peguam pula tarik diri dan lantik peguam baru.Bila Pendaftar Mahkamah Rayuan menyemak kes itu didapati loyer terdahulu tak buat kerja.Kes langsung tak boleh dibicarakan.Tapi kalau dibicarakan memang menang anggota polis tu.Mungkin dalam tempoh bertahun2 DPP,Pendaftar dan Peguam anggota polis tu merancang supaya kes tidak dibicarakan.
    Yang herannya kenapa dalam PDRM tiada Jabatan Kebajikan untuk membela anggota polis seperti sewaktu saya berkhidmat pada tahun 69 hingga tahun 90an dulu?
    Aku dapat tahu kes ini dari rakan yang baru bersara.Itulah sebabnya kami tidak percaya dengan transfomasi Najib dan kami akan mengundi PAS dalam pilihan raya akan datang.
    Kami hilang percaya dengan pehak yang berkaitan dengan Mahkamah.Kalau warga asing didera,cepat aja Mahkamah mengambil tindakan malah mendapat perhatian dari pehak istana.Tapi bila orang yang telah memberi sumbangan besar kepada rakyat dan negara langsung tak diberi perhatian..sia sia berkorban untuk negara berpuluh tahun.
    Kalau nak tahu lebih lanjut lagi hubungilah Pendaftar Mahkamah Rayuan Putra Jaya.Ramai yang tahu kes ini kerana anggota polis itu agak famous juga kerana pernah bertugas dibahagian elit Jenayah Berat Selangor dan Unit Elit Cawangan Anti Dadah Bukit Aman sebelum ini.
    Itulah sebabnya aku percaya dengan ramalan spu-blogger.blogspot.com kerana dijangka undi pos juga akan banyak memihak kepada PR setelah pendedahan oleh bekas tentera dalam akhbar sebelum ini.
    Kita sama2 tengok peralihan kerajaan selepas PU13.

    ReplyDelete