Pengamal media, wartawan penyiaran Eksekutif Kanan TV3 Karam Singh Walia hari ini menerima pingat gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang membawa gelaran Datuk.
Beliau antara 100 orang yang menerima pingat kebesaran tersebut sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah (bawah, kanan)yang ke-81, hari ini.
Majlis penyampaian anugerah pingat dan darjah kebesaran akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan.
Karam Singh yang banyak terlibat melaporkan isu alam sekitar, sebelum ini acap muncul menjustifikasikan kewujudan kilang memproses nadir bumi Lynas, yang mendapat tentangan sengit dari penduduk sekitar Kuantan.
ingat lagu 'yang remeh dan yang temeh'nyanyian pak pandir?
ReplyDeleterela jadi tunggul rela jadi patung
tunggu dilelong..
suruh angguk-angguk suruh geleng-geleng..
bantulah aku,ampulah aku-senang hidupmu
ada tangan tadah ada maruah campak
ada otak pandai,ada akal pakai
ada bijak gadai..
ada mata pejam,ada mulut kunyah
Siap kilang lynas nanti....kita pakat gotong royong buat rumah dia, rumah dato' nan tepi pagar kilang lynas...tengok boleh putih ke tidak..?
ReplyDelete