Dalam facebook, seorang sahabat mengirim dan membuat komen:
“Allahuakbar!! Subhanallah. . . mu nak lawang lagi ke kuasa Tuhan? Allah nak tunjuk bahawa dia berkuasa...xdop satupom kerajaan yang mampu menulis di langit berdakwatkan awan...bersimbah dengan cahaya keemasan bulan.....dop tahulah..kalau kita masih nak tolak ALLAH...nak BUANG ALLAH...nak TINGGALKAN ALLAH....”
Saya cuma teringatkan, bagaimana ada segelintir manusia di atas muka bumi Allah ini tergamak sama ada dengan sengaja atau tidak, mempermain, mempersenda dan memperolok-olokkan hukum Allah.
Tidak sekadar itu, mempersenda hukum Tuhan itu pula dipublisitikan di media seluas-luasnya dengan tujuan supaya semua orang merasa cemas dan marah.
Sukar kita gambarkan bagaimana dan apakah yang wujud dalam perasaan dan hati nurani mereka sanggup berbuat demikian.
Sebesar manakah egonya di hadapan kekuasaan Allah?
Subahanallah...Allahuakhbar....
ReplyDeleteSuatu peringatan dari Allah swt kepada hamba hambaNya yang lalai yang hanya mengejar kuasa,kedudukan dan harta dunia dan rela bersekongkol dengan kaum kaum yang menyekutukanNya.........