Tuesday, October 18, 2011

Bekas Adun Sanggang meninggal dunia

TEMERLOH, 18 Oktober: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Sanggang (kini dikenali sebagai Mentakab) yang juga adik kepada bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Halim Mohd Seth, 64, meninggal dunia malam tadi dipercayai akibat komplikasi jangkitan paru-paru dan buah pinggang.

Menurut salah seorang saudaranya, Firdaus, Allahyarham Abdul Halim meninggal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada 9.05 malam selepas dimasukan ke hospital itu sejak lima hari lepas.

Allahyarham pernah menjadi wakil rakyat Dun Sanggang selama sepenggal dari tahun 1986 sehingga 1990 dan dianggap rapat dengan rakyat.

"Jenazah akan disemadikan hari ini bersebelahan kubur ayahandanya di Tanah Perkuburan Islam Bangau Tanjung selepas sembahyang zuhur," mesej Firdaus.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hasanah Putih, 53, dan empat anak yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham merupakan adik kepada bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Yahya Mohd Seth.


No comments:

Post a Comment