Sunday, October 2, 2011

Kita kata ‘kafir’ dia marah...

Apabila kita katakan seseorang tidak boleh menghina hukum Tuhan kerana ia samalah dengan menghina Allah Ta’ala sendiri, mereka tak pernah hiraukan.

Apabila kita katakan seseorang menghina hukum Islam boleh jatuh munafik, kafir atau murtad mereka marah sebab mereka tahu pula hinanya hukum tersebut di sisi Islam.

Akan tetapi keceluparan menghina dan mengaibkan Islam terus berlaku. Cuba tengok bagaimana penyokong Umno tegar berbicara tentang hukum hudud di facebook.

Sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan ucapan pemimpin Umno, nescaya dapat melihat bagaimana sikap mereka mengenai hukum Islam sama saja sejak dulu lagi. Daripada zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman yang pernah memperleceh hukum Islam, hinggalah ke hari ini. Ertinya selagi mereka dalam Umno, mereka tidak pernah berubah daripada menghina dan memburukkan hukum ciptaan Allah.

Puak ini mungkin jahil justeru tahap pengajian agama yang terhad, mungkin juga jahat lantaran tidak ada langsung rasa sensitif dengan penghinaan yang berlaku.

Ini tidak dapat dielakkan kerana lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia sudah acap kali menyiarkan cerita dan kurikator berbentuk menghina hukum Islam. Namun setiap kali dibantah, tidak ada perubahan dilakukan dan tidak sebarang tindakan dikenakan. Malah mereka tampak makin seronok dan tambah teruja menghina hukum Islam kerana hukum itu dibawa oleh lawan politik mereka, PAS!

Apabila penghinaan terhadap Islam sengaja dibiarkan bahkan seolah-olah direstui pihak berkuasa negara ini, apa lagi yang boleh dilakukan?

Orang berbangsa India (keling) akan marah apabila agama Hindu dihina. Orang Cina juga akan melenting apabila patung ‘sembahyang datuk’ mereka dicerca. Tetapi apabila orang Melayu sendiri memaki hamun hukum Islam?


4 comments:

  1. INILAH UMMAT AKHIR ZAMAN....

    ReplyDelete
  2. inilah satu kejayaan umno-bn kerana berjaya melahirkan warganegara islam yg jahil tntg agama. umno brjya mgkaburkan mata rakyat tntg tggjwb sbnar mrka untk lksanakn hukum ni. ni keja syaitan kerana menafikan yg haq n mngakkn yg batil. sedarlah wahai sdara islamku. perbaharuilah syahadahmu.

    ReplyDelete
  3. Inilah jadinya masyarakat Melayu bila penagih dadah dipilih memimpin pemuda mereka.Apa nak jadi dengan Malaysia?Sejarah mengajar kita bagaimana tentera Amarika yang mempunyai peralatan canggih dan letihan yang hebat hebat akhirnya kecundang diViatnam .Ini baru isu agama.Belum yang lain lain lagi.
    Ditambah pula dengan sayap yang ditubuhkan,Putra kononnya..Diketuai oleh orang yang mempunyai pengalaman jenayah dan rekod rekod jenayah.Sejak tahun 80an menjual dadah disekitar Petaling Jaya malah sampai keperengkat yang paling tinggi iaitu bersama sama Bentong Kali.Patutnya dalam siri TV Fail Bukit Aman,siarkan teman teman rapat Bentong Kali terutama dalam pembersihan saki baki Bentong Kali sudah tentu ada gambar Ketua Putra tu.Tak cukup dengan itu,terlalu banyak kes penipuan jual beli kereta disyarikat kewangan terutama mbf finence sehingga syarikat kewangan itu lingkup!Dan pengurus syarikat kewangan itu yang sedang menyiasat kes kes penipuan oleh Ketua Putra tiba tiba saja mati dalam kemalangan jalan raya padahal pengurus itu ketika berada diPerlis ada menelefon rakan rakannya dan mungkin juga ada menelefon isterinya mengatakan sepanjang berada diPerlis dia sentiasa diekori oleh Ketua Putra itu bersama sama konco konconya.Tau tau dalam perjalanan balik pengurus tu mati kemalangan.Aku tak mau buat apa apa spekulasi,tapi lu pikirlah sendiri!!!!
    UMNO mungkin dah ketandusan orang yang amanah untuk mengagih agihkan bantuan keSomalia dan Plastin dengan duit derma sumbangan rakyat melalui tabung tabung bantuan yang dilancarkan.Pilih juga orang ini!Siapa ada audit duit duit sumbangan ini??Itu pasal aku tak akan derma walau 1 sen pun.Sebabnya?Untuk melobi dalam PU13 Ketua Putra ni telah menganjurkan rombongan kaum wanita PJS keBandung.Dan baru baru ni memberi sumbangan RM50k kepada Pemuda UMNO PJS.Mana dia dapat duit ni?Padahal kaki cekai tipu sana tipu sini!Kalaulah duit sumbangan rakyat untuk bantuan mangsa kebuluran diSomalia ditaburkan untuk wanita dan pemuda UMNO PJS Petaling Jaya bagi tujuan politik...nauzubillah....
    Jadi tak hairanlah apabila ada anak Melayu yang kurang ajar seperti yang disiarkan disini.Biasalah...penagih dadah boleh dikatagorikan kepada golongan yang tidak sempurna akal.Mana nak ingat hukum hakam dah...Tapi jangan menghancurkan Bangsa!!!Itulah antara sebabnya aku bersama seluruh keluarga dan orang orang kampung menolak UMNO dan memilih PAS demi memartabatkan serta menjaga maruah Bangsa dan Agama demi generasi akan datang.Hidup hanya sementara dan pasti akan pulang kepadaNya.

    ReplyDelete
  4. Ini maklumat baru ni bro...
    ... mampuslah Umno kalau orang kampung dah tau rehsia nih...

    ReplyDelete