Saya menyeru para blogger Pakatan Rakyat, yang Islamik dan pengguna facebook agar tidak memanjang ataupun menyebarluaskan satu video yang menggambarkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menyembah salib di tangan ketua agama Kristian.
Sebagai muslim, kita mempunyai adab untuk mengembangkan sesuatu perkara apatah lagi yang berkaitan akidah ia sangat besar kesannya.
Keduanya, ia belum tentu betul dan benar serta tidak diketahui dari mana datangnya.
Meskipun kita tahu blogger upahan dan cyber trooper Umno sebelum ini begitu rancak menyebarkan video porno atau gambar super impose fitnah untuk mengaibkan pimpinan Pakatan Rakyat, tetapi kita tidak boleh meniru gaya mereka dengan perkara yang sama kerana kita mesti berbeza daripada mereka.
Pada ketika ini heboh disebarkan di internet terutamanya menerusi laman sembang sosial Facebook aksi Najib Tun Razak menyembah salib yang dipegang oleh Pope Benedict XVI di Apostolic Palace ketika kunjungan beliau ke kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rome pada 19 Julai 2011 yang lalu.
Najib bersama rombongan kemudian mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.
Kita tahu kebanyakan upahan Umno di alam siber sedang tergamam, bercelaru dan tidak tahu bertindak apa-apa kerana selama ini hanya mereka yang begitu berserakah sekali menyebarkan fitnah di internet sebagai senjata.
Tetapi kita kena faham bahawa implikasi perbuatan tersebut amat besar walaupun benar, iaitu boleh terbatal akidah. Apa gunanya berseronok di atas kemusnahan akidah orang lain?
Mungkin juga ia satu bentuk provokasi, sebab kita tak tahu.
Wal ‘iyazubillah.
Maka marilah kita beretika sikit jangan menyerupai blogger dan penyembang facebook ternakan Umno.
No comments:
Post a Comment