Sunday, October 30, 2011

9 bulan lagi lahirlah anak haram gegaria

Seorang rakan menghantar SMS pagi ini, malam tadi 9 pasangan telah dicekup khalwat hasil operasi oleh jabatan agama dalam hotel di sekitar bandar Temerloh.

Seorang rakan lagi menghantar SMS berbunyi: “9 bulan lagi lahirlah anak haram gegaria”.

Pada ketika ini di Temerloh berlangsung Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) di Taman Awam Kubang Gajah di sini, bermula Jumaat hingga hari ini.

Antara lain, turut diadakan konsert melibatkan artis dan biasanya berlarutan sehingga jauh malam. Bagi muda mudi, peluang inilah diambil bagi ‘melaksanakan projek maksiat’ dan melepaskan gian nafsu mereka yang sudah berkobar-kobar sekian lama.

Sebelum ini, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh, Ahmad Zubir Omar, telahpun menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) bagi menghalang program yang bersifat negatif itu.

Alasannya, konsert tersebut bakal mencampur-adukkan remaja berlainan jantina bukan mahram yang sudah tentu mendedahkan kepada gejala kurang sihat seperti seks bebas, rogol, kecurian, minuman keras dan bertindak di luar sedar.

“Lokasi yang berhampiran dengan surau dan kawasan perumahan berdekatan dengan lokasi konsert tersebut pula bakal mengundang rasa tidak selesa, biadab, gangguan bunyi dan bakal mengganggu konsentrasi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

“Penganjuran aktiviti ini hanyalah mengundang kepada penularan gejala maksiat dan mungkar yang semakin berleluasa dan membarah di kalangan remaja, seolah-olah tiada rasa keprihatinan terhadap bala bencana yang menimpa negara-negara seluruh dunia dunia.”

Malangnya, memorandum tersebut tidak dipedulikan.

Sebenarnya, konsert melibatkan persembahan artis yang menjadi kegilaan anak-anak muda ini terlalu acap diadakan di lokasi tersebut, boleh dikatakan hampir sebulan sekali. Sudah tentu bila terlalu banyak program seumpama itu, mestilah lebih banyak perkara negatif berlaku. Tetapi sesetengah agensi kerajaan seolah-olah lebih seronok menjadi promoter kepada prgram maksiat.

Inilah sebabnya yang PAS bantah.

Kita percaya, penyokong-penyokong tegar Umno mesti marahkan PAS kerana selalu bersifat pembantah kepada program. Barangkali jika ada di kalangan ahli keluarga penyokong Umno itu yang akan memboyot mengandungkan “anak gegaria”, agaknya baru itulah mereka nak insaf.

Tidak sedarkah mereka bahawa, ruang maksiat ini tidak boleh didedahkan sama sekali, kerana syaitan akan cepat menyelinap menjadikan muda-mudi terus dirasuk kegilaan. Sebab itulah pintu maksiat seperti percampuran bebas ini mesti ditutup serapat-rapatnya.

Tetapi, orang Umno tahu apa? Yang mereka tahu ialah seronok melihat maksiat berleluasa!


5 comments:

  1. 9 bulan lagi, bakal lahir la anak luar nikah di Kelantan. Kenapa tak bantah Karnival Jom Heboh? Pelikkan? Nampak nyamuk diseberang laut, bangkai gajah mati depan mata, buat - buat lupa? Jangan jadi MUNAFIK la.

    ReplyDelete
  2. Komer nampok gajoh depan mata jer waktu ni weh...Sbb komer duk sini nampok gajoh pon pening tengok muda/i ijak2 pejuang Islam "Tok Gajoh" yang digeruni dulu kala oleh penjajoh tapi skrg jadi sarang MAKSIAT yang menumbohkan bibit benih manusia berwatak IBLIS LAKNATULLAH. Nyamok seberang sungai Pahang pon komer tok nampok ni kan seberang laut...Jangan merepek jika sdra/i adalah peminat "tegor lagi berahi" kepada kemungkaran KGHM ni yang mengundang Bala' Allah SWT rupanye yek.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah turunkan RahmatMu selebat2nye petang ni sehingga tengoh malam ni.....HambaMu tak upaya untuk mencegoh kemungkaran KGHM ini dari terus menghuni dibumi tumpah daroh PAHLAWAN & Pejuang ISLAM Mu ini.

    ReplyDelete
  4. Teruskan Cegahan Malam ini Sahabat2 walau hanya selembar edaran dari keratan @ coretan "Anti KeMungkaran" kepada cintakan dan "Sokong KeMaarufan"........Jangan memada anto memo ke MPT jer kerana IBLIS KORIN akan ketawa besor tengok ketidaktegasan Pimpinan Kwsn,YB dan seluruh sahabat2 yang CINTAkan ISLAM di bumi Temerloh yang berTUAH ini......Moh kite weh.....

    ReplyDelete
  5. Kita berdoa agar kemaksiatan tak menjadi supaya Allah tidak menurunkan bala bencana dan malapetakanya.

    Orang Umno yang jelas meminati maksiat dan kemungkaran pun berdoa juga, berdoa supaya maksiat akan terjadi juga.

    Malangnya apabila bala bencana dan malapetaka terjadi, ia tidak pula mengenal sama ada dia orang PAS atau Umno. Walaupun yang jahat, suka mengundang bala dan munafiknya, jelas Umno yang mendapat nasihat Apco.

    Jadi jangan pedulikan saudara kita yang Umno itu, tugas kita ialah berusaha menghalang supaya malapetaka sebagai penghinaan daripada ALlah tidak mengena semuanya termasuk saudara-saudara kita yang bukan PAS ataupun Umno.

    Syabas Pemuda PAS kerana bertekad untuk mengedarkan risalah kesedaran nanti. Nak mengharapkan UmnoApcoPOrno, mereka lebih suka mengedarkan risalah (secara curi2) gambar orang telanjang (kononnya Anwar)!

    ReplyDelete