Selangor negeri yang kaya dan memiliki sumber pendapatan yang tinggi, tidak seperti Pahang yang banyak bergantung dengan wang ihsan kerajaan pusat.
Bahkan Selangor berupaya hidup dengan hasil sendiri, walaupun keluar daripada Malaysia sekalipun.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah Umno berusaha bersungguh termasuk mungkin melalui jalan ‘pintu belakang’ bagi menawan semula negeri termaju di Malaysia itu pada PRU akan datang selepas tewas dengan memalukan pada PRU 2008 kepada Pakatan Rakyat.
Pada ketika ini, disebarkan bahawa Umno telah cuba menambah pengundi baru bagi menyokong mereka termasuk kepada warga asing dengan memberi mereka kewarganegaraan segera.
Jika ini benar, ia sudah tentu melalui konspirasi antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga dengan kerjasama penuh Umno.
Keseriusan Umno untuk menakluk Selangor terbukti apabila Presiden Umno Najib Tun Razak sendiri yang memegang jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri. Sejak itu pelbagai propaganda dimainkan dalam lidah rasmi Umno bagi menampakkan berlaku huru-hara. Pendek kata Selangor adalah maruah Umno, jika tewas bermakna Umno kehilangan segala-galanya.
Barangkali Umno lebih rela terlepas Pahang yang tidak banyak sumber hasilnya (kerana pemimpinnya tak pandai menjana sumber asli) daripada kalah sekali lagi memiliki Selangor yang terlepas kepada Pakatan.
Tetapi kita percaya rakyat Selangor bijak setelah tiga tahun di bawah Pakatan, sehingga sudah mampu membezakan kerajaan manakah yang terbaik boleh mentadbir mereka!
No comments:
Post a Comment