Rejim Najib didakwa kini sudah menyamai atau menghampiri penggunaan kuasa melampau seperti yang diamalkan pada zaman rejim Tun Dr Mahathir dulu.
Antaranya ialah penggunaan media semahu-mahunya bagi tujuan kepentingan politik mereka bagi meneruskan propaganda ke seluruh isi rumah dalam negara ini. Propaganda yang biasanya diamalkan menjelang pilihan raya dulunya, kini sudah berlangsung setiap hari.
Dalam propaganda tersebut, semua hal ehwal pembangkang diperburukkan sementara agenda Umno diperhalusi imejnya.
Isu-isu baru akan dicipta setiap hari bagi menekan Pakatan Rakyat.
Media yang digunakan ialah elektronik melalui Tv3 dan media cetak Utusan Malaysia selaku lidah rasmi Umno. Terdapat beberapa kali media Umno ini dianggap melakukan kesalahan besar seperti mempromosikan porno selama berbulan-bulan dan mempermainkan hukum Islam dalam bentuk kartun. Namun mereka ‘tidak terusik’ kerana kekuasaan tadi.
Daripada kekuasaan media itu pula, boleh ‘memaksa’ agensi kerajaan yang lain untuk bertindak dengan segera seperti polis, SPRM dan SKMM bagi membuat penyiasatan terhadap pembangkang.
Malah, istana juga cuba diheret seperti dalam kes di Perak, Johor dan Selangor. Di Perak rakyat diajak membenci kerajaan Pakatan Rakyat Perak di bawah Nizar. Di Johor baru-baru ini rakyat diajak membenci KM Lim Guan Eng. Di Selangor terbaru rakyat diajak membenci Dr Aziz Bari.
Sebelum ini, rakyat diajak untuk membenci PAS dan Timbalan Presidennya dalam isu Mat Indera dan kononnya mengangkat perjuangan komunis. Semuanya putar belit tetapi berjaya menipu pemikiran penyokong-penyokong Umno seluruh negara.
Paling baru, institiut pengajian tinggi juga boleh menggunakan agenda Umno apabila UIAM menggantung seorang pensyarahnya, pakar undang-undang dan Perlembagaan Dr Aziz Bari.
Perangai parti pemerintah menguasai segala-galanya pada zaman Dr Mahathir dulu, amat dimarahi rakyat sehingga kira-kira 65% orang Melayu bangun mengalahkan kerajaan BN.
Sayangnya orang-orang Cina dan India pada masa itu tidak menyertai Melayu untuk bangun menaikkan kerajaan baru.
Kini Najib mengulangi isu-isu yang menjadi kemarahan rakyat yang serupa dilakukan Dr Mahathir.
Malah, pada ketika rakyat marahkan Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah tidak ‘lepas laku’ seperti Rosmah sekarang.
Walau bagaimanapun dari segi pemborosan perbelanjaan dan tekanan hidup rakyat akibat melambungnya harga barang, tetap sama.
Kita berharap dan berdoa, kebangkitan rakyat yang terjadi di zaman Dr M dulu tetapi terbantut di era Pak Lah (umpama rumah yang belum siap) akan disempurnakan pada zaman kekuasaan rejim Najib ini!
No comments:
Post a Comment