Monday, October 17, 2011

Utusan terus jadi pengacung

Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia terus menjadi pengacung, pengadu domba dan penghasut supaya masyarakat dalam negara ini terus bercelaru, resah dan biul. Kerana itulah kemahuan mereka.

Hampir setiap hari dari dulu, mereka akan menyiarkan laporan menghasut yang akan direka daripada pembangkang, supaya rakyat berasa ‘miang’ badan mereka.

Jika sebelum ini, Utusan mengacung supaya semua pembacanya membenci Mohamad Sabu kononnya menyokong komunis, kemudian memfitnah Lim Guan Eng supaya dibenci pembacanya kerana kononnya memburukkan Johor, lepas itu mempersendakan Tuan Guru Nik Aziz dalam isu hudud supaya pembaca mentertawakannya, maka kali ini memburukkan seorang profesor pula kerana kononnya memburukkan titah Sultan Selangor.

Profesor yang menjadi mangsa terbaru Utusan itu ialah pensyarah dan pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Bukan sekali dua media yang dikawal oleh think-tank Najib ini disaman kerana kesalahan memfitnah, tetapi itu tidak menjadi iktibar kepada mereka.

Begitu berkuasa dan berpengaruhnya Utusan sehingga semua boleh dipermainkannya, iaitu selain Umno.

Namun istimewanya lidah rasmi Umno ini, setiap kali laporan yang difokuskannya akan segera mendapat reaksi pihak penguatkuasan kerajaan. Seolah-olah, berita Utusan boleh menjadi ‘arahan’ kepada pihak penguatkuasa bertindak.

Terbaru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memulakan siasatan terhadap, Aziz Bari dipercayai ekoran desakan (kolumnis) Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam.

Awang, pengarang kanan Utusan, dalam kolumnya di akhbar ternakan Umno itu semalam berkata, ada pihak yang sepatutnya diberi tanggungjawab tidak membuat kerja dengan cekap, tegas dan berkesan (dimaksudkan SKMM).

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia seperti biasa akan ada alasannya," tulis Awang lagi.

Akhirnya SKMM bertindak dengan pantas.

Dengan lain-lain perkataan, janganlah bercakap sesuatu sehingga dihingga dikritik Utusan. Sekali apabila sudah tersiar, anda tidak boleh duduk diam lagi dan akan diambil tindakan!

Tetapi, sudahkah SKMM menyiasat Utusan sendiri? Apakah lidah rasmi itu kebal dan dilindungi?


1 comment:

  1. dah berabad aku tak tengok utusan..mengintai2 muka depan kat kedai pepper pun aku tak hingin...baik aku layan harakah,siasah,sinar,buletin rakyat dan selamatkanpahang.blogspot kat internet...

    ReplyDelete