Friday, October 7, 2011

Artis dah mohon maaf, Umno bila lagi?

Hari ini akhbar Sinar Harian menyiarkan perisytiharan maaf serta pernyataan rasa insaf Enot, iaitu seorang pelakon dan pelawak setelah memberi komen yang tidak sepatutnya tentang hudud Islam.

(http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9611137.asp)

Wartawan media bertanyakan tentang sesuatu hokum (hudud) yang tidak pernah difahami mahupun dipelajari mereka melainkan yang disiarkan dalam media arus perdana milik Umno.

Semuanya gara-gara hudud disolekkan dengan wajah buruk oleh media propaganda Umno.

Kalau mengikut ustaz, banyak yang sepatutnya mengucap dua kalimah syahadah semula akibat komen-komen yang boleh merosakkan akidah, jika mereka mengaku seorang muslim.

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan dengan gejala murtad ini?

Namun kesalahan paling besar ialah media propaganda Umno sendiri yang sengaja mmeburukkan wajah hudud, sengaja dipolitikkan kerana kononnya agenda PAS, sedangkan itu merupakan hokum daripada Allah SWT.

Jika sesebuah iklan seperti 1 Malaysia, mari mengundi dan alat kosmetik boleh diperkenal dan dipromosi dengan baik sehingga umum boleh menerimanya sebagai baik, kenapa tidak hudud?

Kenapa tidak hari demi hari dipanggil ulamak untuk menerangkan kebaikan hokum Tuhan kerana undang-undang ciptaan Inggeris yang diguna pakai sekarang gagal, malah menyebabkan semakin berleluasanya jenayah?Semakin gawatnya gejala social?

Kenapa tidak cuba menjadikan hukum cipataan Pencipta manusia ini sebagai alternatif terbaik?

Itu kena Tanya Umno!


No comments:

Post a Comment