Wednesday, October 12, 2011

Kontroversi hudud: Antara Sultan Brunei dan Najib

Dalam masa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekelian penggemar Umno menolak untuk pelaksanaan hukum Islam (hudud) Sultan Brunei Hasanal Bolkiah pula menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Katanya, akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

Walaupun Brunei baru saja merdeka daripada penjajah Inggeris, iaitu lebih 30 tahun lewat daripada Semenanjung Tanah Melayu, tetapi negara yang kaya minyak itu tetap mahukan hudud dilaksanakan.

Di Malaysia pula, pelaksanaan hudud hanya dupersendakan saja oleh parti pemerintah negara ini. Media lidah rasmi Umno pula sering menggambarkan hudud dalam bentuk kartun sebagai lawak jenaka.

Sejak dulu-dulu, kepada orang bukan Melayu Umno akan hampiri dan berbisik: “Kalau PAS perintah, lancau potong ooo... tak boleh makan babi,” dan sebagainya.

Pemimpin Umno juga yang sentiasa beranggapan apabila hukum Islam digunapakai maka banyaklah tangan yang akan kudung, mangsa rogol akan teraniaya, jalan raya tak boleh dibina lagi kerana batu habis buat rejam... dan sebagainya.

Apakah TUAN yang mencipta hukum itu terlalu bodoh sehingga tidak memahami aspirasi manusia? Atau akal manusia yang menentangkah sebenarnya yang bodoh?


Kami kagum dengan Sultan Brunei yang jauh lebih memahami hudud daripada Najib bahkan berpendapat tidak harus dilewatkan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.

Alangkah seronoknya hati orang beriman apabila mendengar titah Sultan Brunei berbanding Najib beserta konco-konco Umno dan MCAnya.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.

Saya fikir jikalau Najib mahu berilham dan bercita-cita seperti Sultan Brunei, maka PAS dan Umno tidak akan berbalah lagi...


2 comments:

  1. That man, he is my sultan. :)

    ReplyDelete
  2. "Kalau PAS perintah, lancau poyong ooo...". Ada bukti? Nasib baik hudud tak termasuk fitnah. Kalo tak, habis kau.

    ReplyDelete