Tuesday, October 11, 2011

Bob Lokman ditahan Polis ketika memberi tazkirah di surau


MAKLUMAT yang diperolehi daripada laman mikroblogging Twitter editor Keadilandaily Fazallah Pit mendakwa saudara Bob Lokman telah ditahan ketika memberikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat [Twitter].

Berita ini juga turut tersebar secara meluas di internet terutama di Facebook dan Twitter. Menyaksikan ramai pihak yang merasa hairan dengan berita ini.

Negara ini semakin hari semakin gila. Macam-macam perkara gila berlaku, orang bagi tazkirah pun boleh kena tangkap Polis.

Apa yang menariknya orang yang menyebarkan video lucah disanjung bagaikan hero pejuang kebenaran. Orang yang menyebabkan anak-anak anda menonton video lucah disanjung.

Kalau menyanyi melalak depan orang ramai, tak ada siapa nak tangkap. Bila mengajak orang ramai kepada Allah, mengajak orang ramai membesarkan Allah boleh ditangkap.

Selama ini ReJaM© sendiri selalu memberikan tazkirah di surau terutama di surau universiti dan bersama rakan-rakan. Begitu juga dengan sahabat-sahabat Tabligh yang selalu memberikan tazkirah dari rumah ke rumah.

Namun baru kali ini perkara gila ini boleh berlaku. Anda akan ditangkap sekiranya memberikan tazkirah tanpa tauliah.

Sabda Rasulullah, "Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat...". Namun hari ini usaha dakwah yang disarankan oleh Rasulullah ini disekat dengan pelbagai cara dan alasan.

ReJaM© "Mengajak kepada Allah ditahan, mengajak kepada kemungkaran disanjung..."

~ source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/bob-lokman-ditahan-polis-ketika-memberi.html#ixzz1aQuxIR5S

1 comment:

  1. Salam.........
    Jika Bob didakwa,jom kita ramai ramai pergi bagi sokongan padu pada Bob.Cina bagi ceramah disurau dekat Serdang dulu boleh pulak ye?

    ReplyDelete