Monday, May 30, 2011

"Hanya yang bodoh dan gila percaya Ummi Hafilda "

"Barangkali hanya orang yang bodoh dan gila saja yang percaya dengan hujah-hujah penceramah jemputan Umno Ummi Hafilda", kata sahabat saya Li (nama benar tetapi panggilan ringkas).

Li semalam kebetulan sempat mendengar ceramah oleh 'senjata Umno menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim' yang berlangsung di padang awam itu berhampiran Taman Saga, Mentakab anjuran Umno.

Menurut Li, sepanjang ceramah solo Umi Hafilda dari jam 9 malam hingga jam 12 di hadapan antara 20 ke 30 orang yang kebanyakannya wanita itu, beliau lebih banyak menyemburkan kalimat-kalimat sumpah seranah dan maki hamun sambil kembali mengulang semula kisah Anwar Ibrahim sejak tahun 1998.

Ceramahnya berputar balik dan berlegar-legar mengenai tuduhan yang dihadapi Anwar dalam kes liwat pertama dulu. Ceramah yang jika diringkaskan boleh dihabiskan dalam masa antara 10 ke 15 minit itu, diulang-ulang sehingga menjadi tiga jam!

Antara perkataan-perkataan tidak bertamadun yang dilaungkan Ummi Hafilda terhadap Anwar ialah panggilan anjing, dajal, binatang, bapak rasuah, bapak perompak, bapak perogol, perogol bersiri. Dalam masa yang sama beliau menyanjung Dr Mahathir.

Penganjur ceramah menyediakan dua kanopi dengan kira-kira 100 buah kerusi dan pembesar suara berkemampuan tinggi. Ceramah yang tidak diketahui ada permit atau tidak, turut dikawal oleh pasukan Rela tempatan dan disertai Kementerian Penerangan.

Ummi Hafilda diiringai empat orang bodyguard dan kereta bercermin gelap, Beliau dalam rangka lawatan 'menyerang Anwar' yang pada masa yang sama turut mempunyai program di Temerloh, Jenderak dan Kerdau anjuran Pakatan Rakyat.

Kali terakhir Ummi Hafilda memaki hamun Anwar ialah dua bulan lalu di pentas bersebelahan di Rumpun Makmur, iaitu sewaktu PRK Kerdau.

Akhirnya Li berpendapat, Ummi Hafilda hanya bertindak memperbodohkan wanita-wanita tidak bermaklumat yang hadir ke situ.

6 comments:

  1. Ummi tu baik sangat ke. Perempuan tak ada maruah, kerana tu bapak dia tak mengaku anak.

    ReplyDelete
  2. Dah tak laku la tu!!!!!!!!!
    Mulut macam cibai sape nak buat bini????
    Kat bandar tak ada sape nak layan dia ni..masuk kampung2 nak jual minyak..
    Blah la Hafilda...duda rompong pun tak stim kat kau ni....

    ReplyDelete
  3. Kahkahkah!!!
    ... baik punya komen...
    hahahah!!!

    ReplyDelete
  4. Hanya org yg tak beriman saja yg sanggup memfitnah org?

    ReplyDelete
  5. wow...yang si Anwar tu percaya plak....jangan jadi pak turut...ada otak fikir..timbang dua belah...tengok sapa yang salah...

    ReplyDelete
  6. KALAU NAK TAU KEBENARAN, SEMBAHYANG HAJAT DAN BERISTIKHARAH UNTUK MENCARI KEBENARAN KERANA KITA HIDUP KERANA ALLAH. ITU YANG TERBAIK DARIPADA KITA MENEMPELAK DUA KELOMPOK INI. MUNGKIN YANG KITA KATA BETUL, PUJA DAN PUJI ITU PENIPU & MUNAFIK, DAN YANG KITA KUTUK DAN HINA ADALAH MEREKA YANG BENAR.

    ReplyDelete