Wednesday, November 3, 2010

Sah Umno rasuah di Galas!

Begitulah double standardnya Umno yang menuduh wang zakat untuk muallaf Orang Asli sebagai rasuah. Tetapi betapa buta hati dan matanya, memang memberi rasuah kepada pengundi Galas melalui perarakan Satu Malaysia di mana sesiapa yang mengambil bahagian dibayar RM100 apabila menunjukkan kad pengenalan mereka.

Bukti tersebut diperolehi oleh wartawan MerdekaReview yang berada di situ dengan mendapat kepastian daripada penerima. Laman tersebut menjelaskan, ketika ditanya penduduk tempatan yang menerima wang, pada mulanya enggan berterus-terang kepada wartawan. Ada yang mendakwa "ada pemeriksaan darah percuma" di tingkat atas, ada pula yang berkata "ada tiket jamuan malam". Makcik-makcik yang turun dari tingkat atas melipat sampul surat putih dan memasukkannya ke dalam kocek, meninggalkan situ secara tergesa-gesa.

MerdekaReview melaporkan, ketika wartawan sampai ke tingkat atas, kononnya tempat di mana wang diberikan, seorang wanita yang berpakaian "Satu Malaysia" dengan kolar merah kelihatan berada di situ. Terdapat juga beberapa helai senarai nama dalam bahasa Malaysia, dan nombor kad pengenalan yang disalin menggunakan tangan. Penduduk yang mengelilinginya meletakkan kad pengenalan di atas meja, menunggu untuk dikenalpasti.

Wartawan mendapati makcik-makcik yang turun ke tingkat bawah mempunyai sampul surat putih dalam koceknya. Mereka menerima isyarat daripada penganjur, yang disyaki didalangi MCA, enggan ditemuramah wartawan, dan meninggalkan tempat kejadian dengan terburu-buru.

Tetapi, seorang makcik yang turun dari tangga memberi isyarat kepada wartawan bahawa wang diberikan di tingkat atas. Wartawan MerdekaReview menunggu di kawasan berdekatan untuk hampir sejam, dan menanya seorang lelaki yang turun dari tingkat atas.

Beliau mengangguk secara senyap, ketika ditanya sama ada wang diberikan di tingkat atas. Wartawan menyusul dengan pertanyaan sama ada "RM500 diberikan", beliau menafikan sambil ketawa, dan memberi isyarat tangan bahawa RM100 diberikan.

Pada kira-kira jam 11.30 pagi, wartawan cuba untuk naik ke tingkat atas sekali lagi. Kebetulan wartawan terserempak dengan dua orang wanita yang sedang turun dengan sampul surat putih di tangannya. Seorang daripadanya dengan tangkas memasukkan sampul surat ke dalam begnya, sementara seorang lagi memasukkan ke dalam koceknya dan meninggalkan tempat kejadian sambil berlari.

Taukeh kedai yang berdekatan bertanya wartawan, "Kamu ada menyertai perarakan Satu Malaysia semalam? Naik tangga, bagi dia tengok kad pengenalan, kemudian kamu akan dapat RM100."

Selepas itu, beberapa orang penduduk menyerahkan sampul surat berwarna putih itu kepada wartawan, yang ditulis nombor siri dengan pen merah, juga tertera perkataan "Food and Lodging". Dua helai RM50 didapati di dalam sampul.

Inilah sikap hipokrit Umno yang kononnya begitu prihatin tak mahukan rasuah, walhal merekalah bapa segala rasuah selama ini. Moga-moga pengundi Galas melihat kepura-puraan ini.


Gambar:
1. Gambar pertama memperlihatkan peserta-peserta perarakan 1Malaysia berpusu-pusu menunjukkan kad pengenalan untuk mendapatkan wang RM100.
2. Gambar kedua pula membuktikan sampul berisi wang nampak jelas terselit di poket seluar seorang wanita selepas menerimanya daripada pihak tertentu.



2 comments:

  1. Dalam sistem politik ala Barat hari ini jika kita bermula dengan cara dan kaedah yang sama dengan mereka maka mana mungkin kita kata putih sedangkan asalnya kelabu. Caci mencaci dan mencari keaiban sama saja dikedua pihak. Usah kita bicara dengan wang sogokan mana yang betul mana yang salah kerana kedua-dua parti sudah kemarut untuk menang .Jadi jangan salah orang jika mereka berkata demikian kerana cara kita adalah sama. Malah lebih hebat lagi bila ustaz kita mengamin doa dan membiarkan orang asing membaca ayat-ayat suci demi menjamin kemenangan parti kita. Mana letaknya perjuangan tulin dan iklas kita jika maruah parti sudah tergadai?.....Walahualam...

    ReplyDelete
  2. Saya fikir walaupun dua-dua parti bertanding, kena beza juga antara mana yg hak mana yg batil. Takkan kita kata perang Badar, dua-dua pihak yg berperang sama saja nak cari kemenangan. Dan begitu jugalah dlm perang2 yg lain. Boleh dinamakan satu kaedah bagaimana nak menggantikan kerajaan jahiliyyah yg tidak mendaulatkan hukum Islam sekarang ini selain daripada pilihan raya? Apakah mahu guna kaedah bersenjata? jawapannya tentulah tidak. Jadi kenapa dipertikaikan kaedah pilihan raya sementara kaedah menumbangkan kerajaan zalim ini belum ada? Yg penting, umpama menebang sepohon pokok besar yg berhatu, gunalah apa cara yg kita termampu, asalkan matlamatnya sama iaitu menumbangkan sebuah kerajaan jahiliyyah ini terlebih dahulu, kemudian barulah kita menegakkan sebuah kerajaan yg adil di atas runtuhan tadi. kerajaan adil ialah sebuah kerajaan yg semua semua bangsa dan makhluk boleh bernaung dgn aman di bawahnya!
    Wallahua'lam...

    ReplyDelete