Monday, November 1, 2010

Pakwe Mat Lazim meninggal dunia

TEMERLOH: Aktivis PAS yang juga calon pilihan raya PAS bagi Dun Mentakab pada tahun 1980-an, Haji Mat Lazim, 70an, kembali ke rahmatullah subuh tadi.

Menurut SMS yang diterima, jenazah beliau akan disempurnakan hari ini.

Mat Lazim yang dikenali dengan panggilan Pakwe oleh kalangan yang rapat dengannya, dikatakan menderita strok sejak beberapa bulan yang.

Allahyarham ialah bapa kepada bekas Ketua Pemuda PAS Pahang yang juga bekas Yang Di Pertua PAS Mentakab Ustaz Suhardiman Mat Lazim.

Allahyarham yang fasih berbahasa Inggeris, semasa hayatnya perna memegang jawatan Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan.

Selamatkan Pahang mengambil kesempatan mengucap takziah kepada keluarga Pakwe, di samping mendoakan agar beliau ditempatkan di kalangan para solihin. insyaAllah, Amin....




No comments:

Post a Comment