Monday, November 8, 2010

Ibu tunggal perlu bantuan

KUALA LIPIS: Nasib seseorang tidak seperti skrip drama yang boleh digubah mengikut selera sendiri bagi menggembirakan perasaan. Semuanya takdir Ilahi yang telah menentukannya sejak di Luh Mahfuz.

Demikianlah nasib seorang ibu tunggal, Tun Fatimah binti Ibrahim (gambar), 40-an, yang terpaksa berjuang untuk hidup demi menyara 7 orang anaknya termasuk empat orang yang masih bersekolah.

Beliau yang kematian suami kira-kira dua tahun lalu, pada masa ini mengusahakan perniagaan lemang bakar di Kampung Berchang.

Bagaimanapun, untuk mengembangkan perniagaannya beliau perlukan bantuan modal berjumlah kurang lebih RM5 ribu.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang yang juga Timbalan YDP Lipis, Roslan Zainal Al-Ahmadi ketika menyiarkan dalam laman facebook mengharapkan orang ramai segera mengambil kesempatan berbuat kebaikan ini dengan menghulurkan sumbangan ke akaun Tun Fatimah di BSN 061062900007928.

Untuk maklumat lanjut, boleh diperolehi di 013-336 2945 (Norzaini, anak beliau).


No comments:

Post a Comment