TEMERLOH – 4 November: Seorang anak ahli PAS dari Cawangan Buntut Pulau dekat sini, Nur Hajarul Iqwal Suhaimi, 17, dilaporkan hilang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika bermalam di rumah neneknya.
Suhaimi Abdullah ketika bertemu Selamatkan Pahang memberitahu, kira-kira jam 6.40 pagi hari ini semasa di rumahnya, beliau menerima panggilan telefon daripada isterinya yang ketika itu berada di rumah ibu mertuanya yang berada di Kuala Krau, memberitahu anak perempuannya telah tiada di rumah.
Sebelum ini, seorang pemuda mahu mengahwini anaknya yang masih belajar itu.
“Pada malam tadi anak saya itu ada tidur di rumah mak mertua saya bersama ibunya. Saya syak anak saya telah diculik oleh seorang pemuda bernama Mohd Shafik Abdul Jabar berasal dari Felda Chini kerana anak saya berkawan dengannya.
“Sebenarnya kami tidak merestui perhubungan mereka. Sebelum ini duit tabung anak saya telah hilang sebanyak RM400 dan saya mengsyaki pemuda itu juga yang mencurinya,” jelasnya.
Suhaimi juga turut membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh hari ini mengenai kehilangan anaknya.
Beliau yang AJK MTD Kuala Semantan, turut menyeru sesiapa yang melihat kelibat anaknya di mana saja (berdasarkan gambar), diminta menghubunginya di talian: 0199288379
No comments:
Post a Comment