Selama ini, semua orang tahu bahawa negeri Pahang memiliki tanah terbiar yang terluas di Semenanjung. Tidak kira tanah kerajaan mahupun tanah persendirian, masalah ini nampaknya tidak seolah-olah tidak ada jalan penghujung.
Sedangkan semua orang tahu bahawa pemakanan utama manusia di atas planet bumi ini ialah hasilnya daripada pertanian. Meskipun segawat manapun dunia, walau dalam keadaan perang atau aman, rakyat mewah atau kebulur, hasil pertanian tetap diperlukan sebagai makanan manusia untuk meneruskan kehidupan.
Setakat ini kerajaan negeri Pahang gagal untuk mencipta peluang atau memanfaatkan keluasan tanah subur yang ada. Kendatipun negara terpaksa mengimport begitu banyak sumber makanan berasaskan pertanian, kerajaan negeri seolah-olah masih gagal memahami kehendak semasa.
Bayangkan, daripada beras yang merupakan makanan asasi rakyat negara ini, hinggalah kepada susu yang menjadi inuman bayi hingga orang dewasa. Semuanya diimport, walhal negeri ini mempunyai tapak asas yang cukup luas. Itu belum lagi dibincangkan tentang bidang perikanan air tawar yang nampaknya kurang dipedulikan oleh kerajaan BN.
Namun seruan Pegawai Pertanian Daerah, Jusri Jusoh, yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang menyeru orang ramai mempunyai tanah terbiar perlu mencontohi mana-mana petani yang berjaya mengusahakan tanah mereka, amatlah dihargai.
“Masih banyak tanah terbiar milik penduduk yang tidak diusahakan. Ia terbiar semak dan sangat merugikan. Jika kita berbakti kepada tanah, pasti ia mendatangkan hasil yang lumayan.
“Sesetengah daripada mereka bersikap malas untuk mengusahakan sektor pertanian sedangkan bidang ini mampu memberikan pulangan yang lumayan selain dapat menampung keperluan harian,” katanya.
Jusri berkata, terdapat beberapa kawasan tanah terbiar di daerah ini berjaya diusahakan dengan tanaman seperti pisang, nanas dan sayur-sayuran hijau yang mampu memberikan pulangan kepada pengusaha.
Menurutnya, petani juga tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan membantu mengusahakan tanaman itu hingga mengeluarkan hasil dan memberikan bimbingan mengenai cara tanaman, penjagaan serta merawat penyakit jika diserang ulat.
“Jika semua tanah terbiar diusahakan dengan pelbagai tanaman, sudah pasti ia dapat menampung keperluan makanan penduduk sekitar daerah ini selain boleh dipasarkan ke kawasan lain.
“Rebutlah peluang yang ada dan jangan biarkan tanah itu ditumbuhi semak-samun sebaliknya raihlah pendapatan yang lumayan untuk menampung keluarga,” katanya.
Memang salah satu manifesto Pakatan Rakyat Pahang nanti sudah tentu berkaitan pertanian. Sebab kita menyedari jika pertanian diusahakan dengan fokus dan serius, Pahang boleh menjadi pengeluar pemakanan yang hebat setara Belanda!
No comments:
Post a Comment