Saturday, November 6, 2010

Mengapa PAS gagal pertahan Galas: Analisis sahabat

Sahabat saya saudara Abdullah Abdul Karim yang berada jauh nun di luar negeri, membetulkan sedikit fakta pilihan raya kecil (PRK) yang saya tulis iaitu kedudukan sebenarnya bagi BN dan PR ialah 2-2. PR merampas Sibu dan Kuala Terengganu daripada BN. BN pula merampas Hulu Selangor(PKR) dan Galas (PAS). Manakala PRK lain semuanya mengekalkan status quo.

Terima kasih di atas penelitiannya. Dengan ini, Umno sebenarnya tidak boleh mendakwa bahawa rakyat telah berpusing balik menyokong mereka selepas PRU 2008. Sebab kedudukannya masih sama kuat dan status quonya masih sama.

Seorang lagi sahabat saya, Cikgu Azman menghantar mesej memberikan pendapat dan analisisnya berhubung kegagalan PAS mempertahan kerusi Dun Galas. Dalam PRK tersebut BN menang dengan majoriti 1,190 undi. Calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperolehi 4,,134 undi.

Sementara analisis rasmi dan hasil post-mortem belum dikeluarkan, elok juga diteliti pandangan sahabat saya yang turut serta, turun dan memerhati dari dekat PRK ini.

1. Hari mengundi pada hari bekerja. Ini menyebabkan tidak ramai pengundi luar yang menyokong PAS berkesempatan untuk balik mengundi.

2. PRK Galas dan Batu sapi diadakan serentak. Ini menyebabkan jentera PR terbahai dua. Tumpuan PKR lebih ke Batu Sapi. DAP pula terpaksa berbahagi tugas untuk berkempen. Hasilnya,tidak dapat memberi tumpuan kepada Galas. MCA memanfaatkan sepenuhnya dengan berkampung di Bandar Gua Musang. Sedangkan strategi PAS untuk menang ialah meningkatkan undi Cina.

3. Isu tanah dan projek mega berjaya menarik undi Cina dan Orang Asli. Kaum Cina memang dikenali mementingkan peningkatan ekonomi dalam pemilihan mereka sementara isu tanah merupakan kesedaran baru bagi Orang Asli.

4. Faktor aura YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga dikenal pasti memenangkan BN di sana. Ini bermakna renungan makrifat Umno Pusat yang mahukan Ku Li sebagai Pengarah, ternyata tepat.

5. Hakikat yang harus diakui ialah jentera kempen PAS Gua Musang memang lemah. Seperti yang dimaklum, PAS tidak pernah menang di situ sehinggalah pada PRU 2008. Tetapi dikatakan, itupun kerana kekuatan Allahyarham Cik Hashim Sulaiman sendiri, yang mana peribadinya yang memenangkan dicampur tsunami politik ketika itu.

6. Penyelarasan kempen juga agak ‘berterabur’ dan lemah, biarpun petugas kempen daripada luar ramai. Sebagai bandingan, lebih kurang samalah dengan PRK Sanggang pada 2000 dulu. Iaitu jentera Kawasan (Mentakab) lemah dan petugas luar tidak ada kerja.

7. Seperti biasa, media arus perdana yang propagandanya boleh sampai terus ke rumah pengundi dimanupulasi sepenuhnya oleh Umno begitu juga dengan penggunaan jentera kerajaan Pusat, Sebagai contoh, JHEOA jelas bekerja untuk Umno mengawal Orang Asli.

8. Strategi kempen yang tidak berapa menjadi. Sebagai contoh PAS mengambil sikap ‘tidak menyentuh’ Ku Li. Apakah itu tepat? Bagaimana pula strategi Umno yang bermati-matian memburuk, memfitnah, menghentam dan mengaibkan peribadi Tuan Guru Datuk Niz Aziz sebagai sasaran? Ingat 'terompah kayu Umno' Mohd Nor Deris dengan biadabnya mengisytiharkan tangan Tuan Guru sebagai 'tangan syaitan'. Apa PAS buat?

9. Kempen saat akhir oleh Tan Sri Anuar Musa yang mempergunakan kejuaraan Kelantan menggondol Piala Malaysia kelihatannya berjaya mempengaruhi undi orang muda yang diterjemahkan sebagai jasa Umno.

Satu lagi yang sahabat saya tidak sebut, tetapi sebenarnya saya fikir antara punca utama ialah taburan duit yang begitu jelas dan tiada kekangan.










4 comments:

  1. Salam,

    Duit dah jadi tuhan no 2.........

    ReplyDelete
  2. Betul Aki.Net

    Tu lah kalau dah jauh dgn agama... duit boleh ditukar dgn aqidah.

    Kita harap kerja berterusan pada ulamak akan dapat juga memperbetulkan kekusustan ini...

    ReplyDelete
  3. Ada satu lagi... PAS dan PKR kurang menfokuskan kepada bakal2 pengundi wanita... dimana kekuatan Muslimah dan Srikandi??? cuba bandingkan dgn Puteri Umno... lebih ramai pemudi2 yg menganggotai Puteri umno ... Oleh perlunya Muslimah2 Pas dan Srikandi2 PKR bekerja lebih kuat utk mentarbiahkan bakal2 pengundi wanita... lagipun sekarang populasi wanita sudah hampir sama dgn lelaki.. jadi apa lagi?? mula bekerja dari sekarang kalau mahukan kerajaan yg baru!!!! usaha + tawakkal pasti kita akan berjaya!! inshaallah...

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dgn JM

    paling menonjol ialah di Felda, pengundi wanita langsung diabaikan. Bayangkan, kekadang ada kes si-suami PAS, bini pula ngundi Umno....
    sebab apa?
    sebab Umno melalui GPW kerja kuat!

    ReplyDelete